PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label mencuri. Show all posts
Showing posts with label mencuri. Show all posts

Edisi Ngeri! Kerana Mahu Mencuri Kabel TNB, Maut kena renjatan!

Oleh Kaki Wayang on

PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat lelaki yang  dipercayai maut akibat renjatan elektrik, semalam.
Tindakan seorang lelaki yang dipercayai mahu mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bilik bawah tanah sebuah pusat perniagaan pakaian di Jalan Tuanku Munawir di sini, mengundang padah apabila dia maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 415 voltan, semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata lelaki berusia 40-an itu yang melecur teruk di muka, mati di tempat kejadian.

Menurutnya, polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 11.30 pagi dan menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui lelaki yang hanya berseluar panjang, terbaring tidak sedarkan diri.


“Bagaimanapun, lelaki itu dipercayai sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Kerana Mahu Mencuri Kabel TNB, Maut kena renjatan!

Edisi Sentap! Awek Cantik Jadi Buruan Polis Kerana Mencuri di Perak!

Oleh Kaki Wayang on

Polis sedang memburu dua orang gadis Melayu kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes kecurian dan pengedaran dadah.

Suspek pertama, Syazwana Rubil, 24, adalah pemegang kad pengenalan 880924-08-6228.

Alamat terakhirnya adalah di No 84, Taman Bukit Senyum, Lenggong, Perak. Dia sangat dikehendaki kerana sedang disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (Curi).

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai Syazwana bolehlah menghubungi Sarjan Suhaimi (IPD Perak Tengah) di talian 012-5020499 atau 05-3712222.

Suspek kedua ialah Nasiha Al Sakinah Binti Kamaruzzaman berusia 20 tahun.


SEBARKAN: Dua Gadis Melayu Diburu Polis!


Dia kini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Alamat terakhirnya ialah di Blok H-9-12, PPR Desa Rejang Setapak, Kuala Lumpur. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali remaja tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Nurul Akma Kamadudin di talian 019-354 5054 / ASP Chandra Segaran Subramaniam di 012-977 7900 / Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Kuala Lumpur di talian 03-2146 0693 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Maklumat dan identiti anda akan dirahsiakan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Awek Cantik Jadi Buruan Polis Kerana Mencuri di Perak!

Edisi Sentap! Chef selebriti mengaku mencuri kat TESCO!

Oleh Kaki Wayang on

Chef selebriti, Antony Worall Thompson semalam memohon maaf kerana ‘tindakan bodoh dan tidak bertanggungjawab’ yang mengecewakan keluarganya selepas ditangkap mencuri keju dan wain dari sebuah pasar raya Tesco. Bintang rancangan Ready Steady Cook, berusia 60 tahun itu ditangkap mencuri lima kali dalam masa 16 hari di pasar raya berkenaan di Henley-on-Thames, Oxfordshire.

Worrall Thompson berkata, dia ‘kecewa’ dan akan berusaha mendapatkan rawatan yang amat diperlukannya ekoran perbuatannya itu.

Dia juga secara terbuka memohon maaf kepada Tesco dan kakitangannya di cawangan itu. Perbuatan Worrall Thompson dirakam kamera dalam pasar raya itu.

Dia gagal mengimbas kod bar beberapa barangan dan memasukkannya ke dalam beg sebelum cuba keluar dari pasar raya berkenaan. Pasukan keselamatan kemudian menahan bapa empat anak itu dan memeriksa begnya sebelum memanggil polis.

“Saya memohon maaf kerana perbuatan bodoh dan tidak bertanggungjawab saya baru-baru ini. “Saya sudah pasti kecewa kerana memalukan keluarga dan rakan. Saya akan mendapatkan rawatan yang amat saya perlukan. “Saya bukan orang pertama dan sudah pasti bukan orang yang terakhir yang melakukan perbuatan seperti itu.

“Sudah tentu saya juga memohon maaf secara ikhlas kepada Tesco dan kakitangannya di cawangan Henley. “Ramai di kalangan mereka yang saya kenal sejak beberapa tahun lalu kerana saya sudah mempunyai hubungan kerja dengan pasar raya itu sejak sekian lama. “Sekali lagi saya memohon maaf dan berharap akan mengubah tabiat buruk saya pada masa depan,” kata Worall Thompson.

Satu sumber berkata: “Dia memesan keju di kaunter, mengambil beberapa botol wain, kemudian meletakkan beberapa barang di mesin pengimbas sebelum berjalan dengan beberapa barangan lain.”

Bekas bintang siri ‘I'm A Celebrity... Get Me Out Of Here! itu ditangkap kerana disyaki mencuri dan diberi amaran.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Chef selebriti mengaku mencuri kat TESCO!

Betol-betol Sengal! Di kubur pun sanggup mencuri

Oleh Kaki Wayang on

Ini gambar mengejutkan yang menunjukkan seorang wanita mencuri di kubur seorang kanak-kanak.
Keluarga kanak-kanak berusia 11 tahun itu yang mati dilanggar sebuah kereta pada 1980, memasang kamera litar tertutup di tanah perkuburan di Barking, Essex, selepas barangan yang mereka letakkan di kubur itu dicuri berulang kali.

Mereka terkejut apabila rakaman kamera berkenaan menunjukkan seorang wanita mengambil pasu bunga dari kubur kanak-kanak itu dan memasukkannya ke dalam beg tangannya. Steve Rose, sepupu si mati, memasang kamera berkenaan di atas sebatang pokok berhampiran kubur kanak-kanak itu selepas barangan perhiasan dan bunga yang diletakkan keluarga itu hilang setiap dua minggu sejak 18 bulan lalu.

Rose, 37, berkata: “Saya baru berusia enam tahun apabila dia mati. Ibu saudara saya yang mati dua tahun lalu tidak pernah melupakan kejadian itu. “Kerana itu, kami begitu kecewa dengan kejadian curi di kubur sepupu saya.” Keluarga berkenaan sebelum ini merayu pencuri menghentikan perbuatan mereka tetapi rayuan itu tidak diendahkan.

“Kami meninggalkan nota merayu mereka berhenti mencuri, tetapi mereka tidak mempedulikannya. Mereka tidak malu,” kata Rose, pemandu teksi di London.

Sementara itu, jurucakap Polis London berkata: “Pihak kami mahukan maklumat mengenai identiti wanita dalam gambar itu. ‘Dia dikehendaki untuk disoalsiasat oleh polis berhubung kecurian bunga yang ditinggalkan di kawasan kubur di Rippleside.

“Polis memahami perasaan keluarga yang berdepan dengan kecurian seumpama itu.” Menurut Rose, kakitangan tanah perkuburan itu membenarkannya memasang kamera berkenaan.

Majlis Tempatan Barking Dan Dagenham berkata, kecurian di tanah perkuburan jarang berlaku dan berikrar untuk bekerjasama dengan polis.

Bagaimanapun, jurucakapnya enggan mengulas mengenai wanita yang gambarnya dirakam dalam kamera Rose.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Di kubur pun sanggup mencuri