Edisi Sentap! Kerana Ayam Goreng KFC, Jadi Isu Perkauman!

Oleh Kaki Wayang on

Kerana Ayam Goreng KFC, Jadi Isu Perkauman
Hanya kerana ayam goreng, terjadi pergaduhan di antara seorang pelanggan berbangsa Cina dengan beberapa pekerja restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di cawangan rangkaian makanan segera itu di I-City, Shah Alam.

Menurut individu yang memuat naik rakaman insiden tersebut, TheAMOTimes, pelanggan berbangsa Cina itu tidak dapat menahan sabar apabila terpaksa menunggu selama satu jam untuk mendapatkan ayam goreng KFC di restoran berkenaan.

“Bila sampai gilirannya, sudah tidak ada lagi ayam goreng (yang sedia untuk pelanggan) untuknya. Ia mencetuskan pergaduhan tersebut,” kata TheAMOTimes.

Seterusnya, pelanggan itu naik berang dan memaki hamun para pekerja serta pihak pengurusan restoran berkenaan sehingga menjengkelkan ramai pelanggan yang melihat perlakuan melampau lelaki Cina itu.

Menurut saksi yang turut berada di tempat kejadian Tempewarrior yang meninggalkan komennya di youtube itu berkata rakaman video tersebut seolah-olah di salahertikan oleh pemuat naiknya dan menegaskan bahawa pelanggan Cina itulah yang memulakan api pergaduhan tersebut.

“Video ini sangat mengelirukan…saya berada di sana…pelanggan Cina itu kata ‘cibai punya Melayu’, jadi bagaimana? Tak boleh dihentam? Apakah pelanggan itu berhak untuk memaki hamun dengan membabitkan kaum lain?,” ujarnya menjelaskan perkara sebenar.

Kenyataan Tempewarrior juga dikuatkan dengan seorang lagi saksi, cynerji, yang menyatakan bahawa pelanggan itu mencaci pekerja KFC itu dengan kata-kata ‘Melayu babi’ sehingga menyebabkannya dipukul.

“Pelanggan yang gagal membeli ayam goreng itu (kerana sudah habis) menengking kuat pada lelaki Melayu di kaunter tersebut dan menyebabkan mereka keluar dari situ untuk memukulnya. Saya sendiri berada di situ. Jangan salahkan KFC, salahkan pelanggan yang tidak berpelajaran tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, pelanggan tersebut dalam kenyataannya bersama ADUN DAP Segambut, Lim Lip Eng, hari ini menafikan dirinya bertindak melampau sehingga mencetus insiden yang mampu mencetus isu perkauman di ibu negara itu.

Dalam penafiannya, dia menyatakan tidak melakukan sebarang provokasi atau perkataan-perkataan yang bersifat diskriminasi perkauman terhadap para pekerja KFC di I-City itu. Dalam perkembangan terkini, sebuah restoran KFC di Seksyen 13, Shah Alam dikatakan terbakar hari ini dan ada pihak yang cuba mengaitkan insiden tersebut dengan peristiwa yang tercetus di I-City itu.
 


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Unknown said...

sedap..padan muka....

Post a Comment