PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label KFC. Show all posts
Showing posts with label KFC. Show all posts

Edisi Sentap! KFC mohon maaf pada mangsa kekasaran di i-City!

Oleh Kaki Wayang on


Pihak pengurusan KFC Malaysia hari ini bertemu dan memohon maaf kepada pelanggan Danny Ng, yang telah dikasari oleh kakitangannya di cawangan i-City di Shah Alam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Presidennya,  Alan Au berkata rangkaian makanan segera itu juga memohon maaf  kepada semua pelanggan pada hari kejadian kerana khidmat yang tidak memuaskan oleh kakitangannya dan kesulitan yang dihadapi mereka.

Ng dan keluarganya bertemu dengan pihak pengurusan KFC petang ini dan menerima permohonan maaf tersebut.

Au berkata, pihaknya amat kesal dengan kejadian tersebut dan memberi jaminan bahawa ia berkaitan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan dan bukan kerana apa juga sebab lain.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! KFC mohon maaf pada mangsa kekasaran di i-City!

Edisi Terkini! Akhirnya Kes Pelanggan KFC Danny Ng disepak selesai!

Oleh Kaki Wayang on


Solving Things Amicably…From left: Mr Danny Ng and his family members together
with Mr Alan Au, Deputy President, KFC Malaysia; Mr Conrad De Lima, Vice President,
KFC Operations and Puan Rosniza Baharum, General Manager, Group Corporate Communications.


Adalah difahamkan bahawa perselisihan faham antara Danny dan pekerja KFC telah pun berjaya diselesaikan dengan cara baik. Namun begitu, butiran perbincangan antara Danny dan pihak KFC masih lagi dirahsiakan.

Bagi yang mengikuti kisah ini sudah tentu ingin mengetahui apa yang telah terjadi dengan Danny dan pekerja KFC itu kan. Dah dipenjara ke pekerja KFC tu? Dah kena saman ke? Atau Danny dah maafkan ke pekerja dan pihak KFC tu? Semua tu kita masih tak tahu..Penulis sendiri pun sebenarnya tak tahu siapa yang bersalah dalam hal ni..dah macam kisah Bangau Oh Bangau pula kan..Penulis tak naklah tuding jari kepada sesiapapun..diharapkan masalah ini dapat disesesaikan dengan aman tanpa sebarang perbalahan..lebih-lebih lagi kita duduk dalam masyarakat majmuk (sedikit “tacink” disitew)..

Atas apa alasan sekalipun, “CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT”..namun begitu customer janganlah pula ambik kesempatan dalam kesempitan itu..biar kedua-dua pihak sama-sama bertoleransi (erkkk betul ke tu!) ataupun sama-sama dediaksi (erkk betul ke tu part 2!)..tak pun sama-sama bekerjasama (Win Win Situation)..barulah dapat wujudkan “1Malaysia, 1 Tempat Makan, 1KFC” yang harmoni gehtooo..

Buat pengetahuan semua, di WALL KFC agak panas yer dengan berates-ratus komen mengenai gambar di atas dan ramai diantaranya komen yang berbaur perkauman..ala komen ala-ala Kes Luiz Suarez dan Patrice Evra tu (okeh tak de kena mengena langsung)..Macam yang aku katakana tadi..sebagai “1Malaysia, 1 Tempat Makan, 1KFC”..Buang Yang Keruh (pastu minum..) eh taklah..buang yang keruh, ambil yang jernih..tok sah lah nak protes sana, kritik sini dan macam-macam lagi..

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Akhirnya Kes Pelanggan KFC Danny Ng disepak selesai!

Edisi Sentap! Kerana Ayam Goreng KFC, Jadi Isu Perkauman!

Oleh Kaki Wayang on

Kerana Ayam Goreng KFC, Jadi Isu Perkauman
Hanya kerana ayam goreng, terjadi pergaduhan di antara seorang pelanggan berbangsa Cina dengan beberapa pekerja restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di cawangan rangkaian makanan segera itu di I-City, Shah Alam.

Menurut individu yang memuat naik rakaman insiden tersebut, TheAMOTimes, pelanggan berbangsa Cina itu tidak dapat menahan sabar apabila terpaksa menunggu selama satu jam untuk mendapatkan ayam goreng KFC di restoran berkenaan.

“Bila sampai gilirannya, sudah tidak ada lagi ayam goreng (yang sedia untuk pelanggan) untuknya. Ia mencetuskan pergaduhan tersebut,” kata TheAMOTimes.

Seterusnya, pelanggan itu naik berang dan memaki hamun para pekerja serta pihak pengurusan restoran berkenaan sehingga menjengkelkan ramai pelanggan yang melihat perlakuan melampau lelaki Cina itu.

Menurut saksi yang turut berada di tempat kejadian Tempewarrior yang meninggalkan komennya di youtube itu berkata rakaman video tersebut seolah-olah di salahertikan oleh pemuat naiknya dan menegaskan bahawa pelanggan Cina itulah yang memulakan api pergaduhan tersebut.

“Video ini sangat mengelirukan…saya berada di sana…pelanggan Cina itu kata ‘cibai punya Melayu’, jadi bagaimana? Tak boleh dihentam? Apakah pelanggan itu berhak untuk memaki hamun dengan membabitkan kaum lain?,” ujarnya menjelaskan perkara sebenar.

Kenyataan Tempewarrior juga dikuatkan dengan seorang lagi saksi, cynerji, yang menyatakan bahawa pelanggan itu mencaci pekerja KFC itu dengan kata-kata ‘Melayu babi’ sehingga menyebabkannya dipukul.

“Pelanggan yang gagal membeli ayam goreng itu (kerana sudah habis) menengking kuat pada lelaki Melayu di kaunter tersebut dan menyebabkan mereka keluar dari situ untuk memukulnya. Saya sendiri berada di situ. Jangan salahkan KFC, salahkan pelanggan yang tidak berpelajaran tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, pelanggan tersebut dalam kenyataannya bersama ADUN DAP Segambut, Lim Lip Eng, hari ini menafikan dirinya bertindak melampau sehingga mencetus insiden yang mampu mencetus isu perkauman di ibu negara itu.

Dalam penafiannya, dia menyatakan tidak melakukan sebarang provokasi atau perkataan-perkataan yang bersifat diskriminasi perkauman terhadap para pekerja KFC di I-City itu. Dalam perkembangan terkini, sebuah restoran KFC di Seksyen 13, Shah Alam dikatakan terbakar hari ini dan ada pihak yang cuba mengaitkan insiden tersebut dengan peristiwa yang tercetus di I-City itu.
 


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kerana Ayam Goreng KFC, Jadi Isu Perkauman!

Edisi Hangat! Punca Sebenar Pekerja KFC belasah Pelanggan!

Oleh Kaki Wayang on

Dari apa yang diberitahu oleh orang yang berada di lokasi kejadian, apa yang berlaku ialah seperti di bawah neh ;
KFC worker fight with customer in I-City…the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him… the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing instead the worker shouted at customer – “kalau mau makan, buat sendiri lah BABI..” …. -Yang upload video di youtube-

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Punca Sebenar Pekerja KFC belasah Pelanggan!

Edisi Khas Puasa! Selamat Berbuka Puasa semua!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKQs5oGRUrQcpBEXx0-9m2W0Hcipy89ngSRC7l9vyg1Xe_EnemSaBrr3uBKtNG-e6KBHQ8-8-ftilqJM-jSWBzSpGYCxvxaqqBKTwlimsdNExB7vAe_g4DAK40sA2OQJK6jqXF8vlmdYWo/s400/selamat+berbuka.jpg

Alhamdulillah sempurna sudah puasa heri ketujuh..segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..syukur atas nikmat yang Engkau berikan..dengan nikmat kesihatan, tubuh badan dapatlah hambaMu ini menjalankan kewajipan sempena dengan bulan yang penuh mulia ini..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-5wzN3VYg5NCjXraK-8fHzN-t2_Gp9Z1GSQ7EZyyASWxZlcZ87RlYqDocWHiPRtJec5_5PlPxtTM7WOgZYyFJeo1if_es1Gq8Wm7XK3PvHGpuL8Y2_JdC0gOlwJPjonGKfvbZpWW96Uk7/s1600/060613_kfc_fat_hmed_9a.hmedium.jpg

Alhamdulillah hari ni dapat berbuka dengan rezeki-rezeki yang Engkau kurniakan..sume sedap-sedap..bukan makan ikut nafsu..tapi itulah hakikatnya..bulan Ramadhan ini..penuh dengan rezeki melimpah ruah..makanan bukan main banyak lagi dijual..Hari ni makan ayam KFC, Ikan Patin Masak Tempoyak, Nasi Ayam Kukus dan macam-macam lagi..

http://farm5.static.flickr.com/4094/4892765874_470276d46a.jpg

Diketika ini aku berehat sebentar sambil mencoretkan sesuatu agar ianya boleh dijadikan satu perkongsian pengalaman dengan para pembaca semua..anda puasa tak hari ni?bukan bersikap syak wasangka..tapi itulah hakikatnya..kekadang tengok muka je macam puasa tapi hakikatnya tak puasa..tepuk dada tanya iman..tahun ini sahaja dari statistik yang didapati dari Berita Harian..seramai 25 orang sudah ditangkap atas sebab-sebab tak berpuasa dan makan dikhalayak ramai..sentap mak nokss..dah akil baligh (tua-tua) pun masih tak berpuasa lagi..lebih teruk lagi yang dah boleh dianggap atok atau yang sewaktu dengannya boleh pula g kat kedai 4D nak cepat kaya lah katakan..sekali lagi menyentap mak..hehehehe..

http://1.bp.blogspot.com/_68Fc2BzWvas/SeotH7RBOMI/AAAAAAAAAB8/d4DCfzzvMbk/s400/P5160001.JPG

Bagi mereka yang berpuasa..Alhamdulillah..setiap kali anda berjaya menyelesaikan dan menyempurnakan puasa sehari..anda sebenarnya sudah mencapai kejayaan yang begitu besar disisi Allah SWT..tahniah BBH ucapkan yerr..dan selamat berbuka puasa..esok jangan pula tak puasa yer..dan jangan lupa g tarawih malam ni...

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Selamat Berbuka Puasa semua!