PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Ikan patin. Show all posts
Showing posts with label Ikan patin. Show all posts

Betol-betol Hangat! Udang bakar RM100!

Oleh Kaki Wayang on

 
Kebiasaannya bazar Ramadan dikaitkan dengan jualan makanan murah atau sederhana tetapi lain pula di Taman Melawati, di sini, apabila sebuah gerai menawarkan udang kara bakar berharga RM100 seekor. Keunikan itu menyebabkan gerai Botak Ikan Bakar menjadi tumpuan pengunjung bazar itu hingga pengusahanya tidak menang tangan melayan pelanggan.

Pemilik gerai, Ahmad Rahamat, 48, berkata dia menjual udang kara seberat satu kilogram pada harga RM100 selepas siap dibakar dengan ramuannya yang pasti membangkitkan selera pelanggan. “Saya tidak menjual udang kara setiap hari, sebaliknya bergantung kepada jumlah udang yang saya berjaya dapatkan di pasar sekitar Kuala Lumpur.

“Sambutan diberi sungguh menggalakkan. Walaupun ada yang mengatakannya mahal, bagi individu yang tahu nilai sebenar udang ini, harga itu berpatutan,” katanya.

Dia yang menjalankan perniagaan sejak tiga tahun lalu berkata, selain ikan bakar, dia menjual ketam, udang dan sotong bakar serta menampilkan pelbagai pilihan hidupan laut yang lain. Sementara itu, Suhaimi Yahman, 37, sanggup meninggalkan sementara kerja tetapnya selama sebulan semata-mata mahu merebut peluang menjalankan perniagaan pada bulan puasa.

Katanya, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikannya kerana pada masa itulah gerainya kembali beroperasi selepas berehat 11 bulan sebelumnya. Suhaimi yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta berkata, dia memohon cuti sebulan hanya kerana mahu berniaga di bazar Ramadan dan persiapan dilakukan beberapa minggu sebelum itu.

“Saya menjalankan perniagaan roti john hanya pada Ramadan sejak berusia 18 tahun lagi kerana bulan ini meriah dengan pelbagai juadah makanan dan mendatangkan rahmat kepada peniaga. “Tidak seperti hari biasa, tempoh sebulan ini dianggap peluang menjana pendapatan kerana kebanyakan umat Islam gemar mengunjungi bazar Ramadan untuk mendapatkan juadah berbuka,” katanya.

Sekali imbas, gerai roti johnnya di bazar Ramadan Taman Setiawangsa, di sini, mungkin sama dengan gerai lain tetapi apabila dilihat secara dekat, roti john yang dijualnya mempunyai kelainan. Tidak seperti roti john yang biasanya hanya berintikan daging atau ayam, dia menawarkan dua jenis inti tambahan yang unik iaitu rendang dan sardin.

Katanya, dia mendapat idea menukar inti roti john itu selepas mendapat maklum balas daripada pelanggannya yang mahukan kelainan dan daripada situ tercetusnya idea untuk membuat inti itu.

“Pada awal perniagaan, saya hanya menjual roti john biasa tetapi sejak kira-kira lima tahun lalu, saya menjual roti john berintikan sardin dan rendang. Sambutan diberi pelanggan sungguh menggalakkan, malah saya ada pelanggan tetap.

“Saya menjual roti john biasa berukuran 30 sentimeter panjang dengan harga RM3.50 manakala bagi inti sardin dan rendang, saya meletakkan harga RM5 setiap satu,” katanya.

Suhaimi berkata dia berjaya menjual 300 biji sehari dan berdasarkan hasil jualan tahun lalu, dia mampu mengaut keuntungan sekitar RM10,000 hanya dalam tempoh sebulan berniaga.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Udang bakar RM100!

Edisi Khas Puasa! Selamat Berbuka Puasa semua!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKQs5oGRUrQcpBEXx0-9m2W0Hcipy89ngSRC7l9vyg1Xe_EnemSaBrr3uBKtNG-e6KBHQ8-8-ftilqJM-jSWBzSpGYCxvxaqqBKTwlimsdNExB7vAe_g4DAK40sA2OQJK6jqXF8vlmdYWo/s400/selamat+berbuka.jpg

Alhamdulillah sempurna sudah puasa heri ketujuh..segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..syukur atas nikmat yang Engkau berikan..dengan nikmat kesihatan, tubuh badan dapatlah hambaMu ini menjalankan kewajipan sempena dengan bulan yang penuh mulia ini..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-5wzN3VYg5NCjXraK-8fHzN-t2_Gp9Z1GSQ7EZyyASWxZlcZ87RlYqDocWHiPRtJec5_5PlPxtTM7WOgZYyFJeo1if_es1Gq8Wm7XK3PvHGpuL8Y2_JdC0gOlwJPjonGKfvbZpWW96Uk7/s1600/060613_kfc_fat_hmed_9a.hmedium.jpg

Alhamdulillah hari ni dapat berbuka dengan rezeki-rezeki yang Engkau kurniakan..sume sedap-sedap..bukan makan ikut nafsu..tapi itulah hakikatnya..bulan Ramadhan ini..penuh dengan rezeki melimpah ruah..makanan bukan main banyak lagi dijual..Hari ni makan ayam KFC, Ikan Patin Masak Tempoyak, Nasi Ayam Kukus dan macam-macam lagi..

http://farm5.static.flickr.com/4094/4892765874_470276d46a.jpg

Diketika ini aku berehat sebentar sambil mencoretkan sesuatu agar ianya boleh dijadikan satu perkongsian pengalaman dengan para pembaca semua..anda puasa tak hari ni?bukan bersikap syak wasangka..tapi itulah hakikatnya..kekadang tengok muka je macam puasa tapi hakikatnya tak puasa..tepuk dada tanya iman..tahun ini sahaja dari statistik yang didapati dari Berita Harian..seramai 25 orang sudah ditangkap atas sebab-sebab tak berpuasa dan makan dikhalayak ramai..sentap mak nokss..dah akil baligh (tua-tua) pun masih tak berpuasa lagi..lebih teruk lagi yang dah boleh dianggap atok atau yang sewaktu dengannya boleh pula g kat kedai 4D nak cepat kaya lah katakan..sekali lagi menyentap mak..hehehehe..

http://1.bp.blogspot.com/_68Fc2BzWvas/SeotH7RBOMI/AAAAAAAAAB8/d4DCfzzvMbk/s400/P5160001.JPG

Bagi mereka yang berpuasa..Alhamdulillah..setiap kali anda berjaya menyelesaikan dan menyempurnakan puasa sehari..anda sebenarnya sudah mencapai kejayaan yang begitu besar disisi Allah SWT..tahniah BBH ucapkan yerr..dan selamat berbuka puasa..esok jangan pula tak puasa yer..dan jangan lupa g tarawih malam ni...

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Selamat Berbuka Puasa semua!

Betol-betol Hangat! Makan kat kedai Ikan Patin RM 13,000.00

Oleh Kaki Wayang on

6hb Mei 2011 - Hari tu masa nak balik Muadzam..kitorang nak kena hantar Fazleen Manjer kat Hotel Seri Malaysia Temerloh..dan sekali lagi kitorang sesat walaupun terdapat papan tanda sebesar alam sebelah kiri..pemandu seolah-olah sengaja x nampak..aku yang duk blakang pon nampak signboard tu..kejilaaaa...dah satu hal pula kene melalui Mentakab dan patah balik ke Temerloh..perjalanan yang sepatutnya amik masa 20 minit dah jadi 45 minit..ni sume pasal havang si Yazid Yahya tulaaaa...suke sangat nak lama-lama dalam bas..


Akhirnya sampai jugak ke Hotel Seri Malaysia ngan bantuan GPS Yazid yang sangat mahal itew..dah hantar Manjer..kitorang berhenti rehat jap..nak beli buah dan minum serta makan..Temerloh?terkenal ngan ikan patin yang sangat sedap dan mahal..so kitorang pon berhenti kat 1 kedai makan...konfiden je..

Sebab ikan patin mahal..so aku ngan Yazid makan Mee Goreng jela..xmampu nak bayar..hahahahaha..dan ada 1 cerita yang sangat hangit telah berlaku masa singgah makan kat kedai ni...hanya yang terlibat sahaja yang tahu..Moralnya, jangan cuba menipu orang yang disangkakan bodoh..orang nampak kelakuan anda..orang dah tahu yang "awak" tu memang kejam dan sejahat tu..berubah lah yerrr..semoga kengkawan kita dapat iktibar dan pengajaran dari peristiwa ini..nanti kita singgah lagi yerrr kat Singgah Sokmo ni..mee goreng dia sedaplaaaa...
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Makan kat kedai Ikan Patin RM 13,000.00