PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label udang kara. Show all posts
Showing posts with label udang kara. Show all posts

Edisi Pelik! Gambar Ular Tedung Berkepala 3!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Gambar Ular Tedung Berkepala 3!

Edisi Pelik! Serius Pelik: Subhanallah! Ikan Keli Gergasi (5 Gambar)!

Oleh Kaki Wayang on

Seekor ikan keli bersaiz gergasi telah ditangkap oleh nelayan di Mukah, Sarawak. Berita tentang ikan keli gergasi ini telah menggemparkan bukan sahaja penduduk tempatan tetapi seluruh Malaysia. Ikan pelik yang mempunyai berat lebih kurang 2 tan (2000kg) itu dikatakan tersesat dan mati di tepian sungai. 

Seorang pemborong ikan cuba mengangkat ikan keli tersebut dengan menggunakan kren tidak berjaya. Dia hanya berjaya mengangkat ikan keli gergasi itu hanya selepas menyiat kulit ikan pelik itu. Daging ikan keli gergasi itu dikatakan dipotong-potong dan dijual dengan harga RM6 sekilo. Satu kampung boleh kenyang kalau buat kenduri ni. Mari kita tengok gambar pelik ikan keli gergasi yang terdampar di Mukah Sarawak ini. Jom!

Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Serius Pelik: Subhanallah! Ikan Keli Gergasi (5 Gambar)!

Betol-betol Hangat! Udang bakar RM100!

Oleh Kaki Wayang on

 
Kebiasaannya bazar Ramadan dikaitkan dengan jualan makanan murah atau sederhana tetapi lain pula di Taman Melawati, di sini, apabila sebuah gerai menawarkan udang kara bakar berharga RM100 seekor. Keunikan itu menyebabkan gerai Botak Ikan Bakar menjadi tumpuan pengunjung bazar itu hingga pengusahanya tidak menang tangan melayan pelanggan.

Pemilik gerai, Ahmad Rahamat, 48, berkata dia menjual udang kara seberat satu kilogram pada harga RM100 selepas siap dibakar dengan ramuannya yang pasti membangkitkan selera pelanggan. “Saya tidak menjual udang kara setiap hari, sebaliknya bergantung kepada jumlah udang yang saya berjaya dapatkan di pasar sekitar Kuala Lumpur.

“Sambutan diberi sungguh menggalakkan. Walaupun ada yang mengatakannya mahal, bagi individu yang tahu nilai sebenar udang ini, harga itu berpatutan,” katanya.

Dia yang menjalankan perniagaan sejak tiga tahun lalu berkata, selain ikan bakar, dia menjual ketam, udang dan sotong bakar serta menampilkan pelbagai pilihan hidupan laut yang lain. Sementara itu, Suhaimi Yahman, 37, sanggup meninggalkan sementara kerja tetapnya selama sebulan semata-mata mahu merebut peluang menjalankan perniagaan pada bulan puasa.

Katanya, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikannya kerana pada masa itulah gerainya kembali beroperasi selepas berehat 11 bulan sebelumnya. Suhaimi yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta berkata, dia memohon cuti sebulan hanya kerana mahu berniaga di bazar Ramadan dan persiapan dilakukan beberapa minggu sebelum itu.

“Saya menjalankan perniagaan roti john hanya pada Ramadan sejak berusia 18 tahun lagi kerana bulan ini meriah dengan pelbagai juadah makanan dan mendatangkan rahmat kepada peniaga. “Tidak seperti hari biasa, tempoh sebulan ini dianggap peluang menjana pendapatan kerana kebanyakan umat Islam gemar mengunjungi bazar Ramadan untuk mendapatkan juadah berbuka,” katanya.

Sekali imbas, gerai roti johnnya di bazar Ramadan Taman Setiawangsa, di sini, mungkin sama dengan gerai lain tetapi apabila dilihat secara dekat, roti john yang dijualnya mempunyai kelainan. Tidak seperti roti john yang biasanya hanya berintikan daging atau ayam, dia menawarkan dua jenis inti tambahan yang unik iaitu rendang dan sardin.

Katanya, dia mendapat idea menukar inti roti john itu selepas mendapat maklum balas daripada pelanggannya yang mahukan kelainan dan daripada situ tercetusnya idea untuk membuat inti itu.

“Pada awal perniagaan, saya hanya menjual roti john biasa tetapi sejak kira-kira lima tahun lalu, saya menjual roti john berintikan sardin dan rendang. Sambutan diberi pelanggan sungguh menggalakkan, malah saya ada pelanggan tetap.

“Saya menjual roti john biasa berukuran 30 sentimeter panjang dengan harga RM3.50 manakala bagi inti sardin dan rendang, saya meletakkan harga RM5 setiap satu,” katanya.

Suhaimi berkata dia berjaya menjual 300 biji sehari dan berdasarkan hasil jualan tahun lalu, dia mampu mengaut keuntungan sekitar RM10,000 hanya dalam tempoh sebulan berniaga.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Udang bakar RM100!