PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label ikan bergigi pelik. Show all posts
Showing posts with label ikan bergigi pelik. Show all posts

Edisi Pelik! Serius Pelik: Subhanallah! Ikan Keli Gergasi (5 Gambar)!

Oleh Kaki Wayang on

Seekor ikan keli bersaiz gergasi telah ditangkap oleh nelayan di Mukah, Sarawak. Berita tentang ikan keli gergasi ini telah menggemparkan bukan sahaja penduduk tempatan tetapi seluruh Malaysia. Ikan pelik yang mempunyai berat lebih kurang 2 tan (2000kg) itu dikatakan tersesat dan mati di tepian sungai. 

Seorang pemborong ikan cuba mengangkat ikan keli tersebut dengan menggunakan kren tidak berjaya. Dia hanya berjaya mengangkat ikan keli gergasi itu hanya selepas menyiat kulit ikan pelik itu. Daging ikan keli gergasi itu dikatakan dipotong-potong dan dijual dengan harga RM6 sekilo. Satu kampung boleh kenyang kalau buat kenduri ni. Mari kita tengok gambar pelik ikan keli gergasi yang terdampar di Mukah Sarawak ini. Jom!

Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Serius Pelik: Subhanallah! Ikan Keli Gergasi (5 Gambar)!

Edisi Pelik! Gambar dan Kisah Nelayan Tangkap Udang Karang Gergasi!

Oleh Kaki Wayang on



AIMEE HAYDEN-Rodriques memegang udang karang gergasi yang ditangkap oleh Robert Malone pada 17 Februari lalu. 


Seekor udang karang gergasi telah ditangkap di luar perairan pantai Maine dekat sini tetapi ia tidak akan dimasak untuk dijadikan makanan. Pengarah Akuarium Negeri Maine, Aimee Hayden-Rodriques menyatakan seorang nelayan yang menangkap udang, Robert Malone menangkap udang karang gergasi itu pada Jumaat lalu. 

Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Gambar dan Kisah Nelayan Tangkap Udang Karang Gergasi!

Edisi Pelik! Umur Presiden Senegal dikatakan 90 tahun!

Oleh Kaki Wayang on

Umur Presiden Senegal, Abdoulaye Wade menjadi persoalan kerana ada dakwaan beliau berusia 90 tahun. Secara rasmi, Wade dilahirkan pada 29 Mei 1926 menjadikan beliau berumur 85 tahun semasa kebanyakan daripada penduduk di negara ini meninggal dunia semasa berusia 59 tahun.

Namun, para pengkritiknya menyatakan beliau mungkin berusia 90 tahun. Masalah yang dihadapinya ialah dokumen kelahirannya dikunci dalam sebuah bilik. Persoalan itu timbul kerana beliau kini cuba meyakinkan penduduknya supaya memberikan peluang kali ketiga kepadanya untuk memerintah Senegal. Isu itu timbul bahawa seorang penduduk yang mengenali Wade menerima ancaman bunuh selepas beliau mendakwa presiden tersebut lahir pada tahun 1919.

"Umurnya menjadi satu masalah. Adakah beliau layak mempinpin negara?, soal Datuk bandar Saint Louis, Cheikh Bamba Dieye.

Dokumen kelahiran Wade disimpan dalam sebuah bilik berkunci di bandar Saint Louis.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Umur Presiden Senegal dikatakan 90 tahun!

Edisi Sentap! Lembu Lagi Tau Guna Jejantas Dari Manusia!

Oleh Kaki Wayang on


Manusia dikurniakan akal dan fikiran..itulah yang membezakan kita daripada makhluk lain..kita mampu memikirkan baik dan buruknya sesuatu perbuatan..namun kadang-kadang kita tidak menggunakan akal fikiran kita untuk tafsir benda yang baik untuk kita..sebagai contoh..

Aku, kalau ke bandar..pasti akan lalui beberapa kawasan yang ada jejantas..tapi jejantas tu tak pernah digunakan oleh masyarakat kat situ..sedangkan pada dasarnya jejantas ini dibina untuk mengelakkan dan mengurangkan kadar kemalangan..apa yang aku dapati, diorang ni nak juga lalu ikut jalan pintas..kira redah jalan raya tulaaa..sanggup redah walaupun dah tua, mengandung dan sebagainya..tapi gambar kat atas???

Aku tak maksudkan kita ni tak bijak berbanding dengan lembu kat atas tu..tapi kita tak gunakan anugerah Allah SWT yang Maha Kaya ini sebaiknya..

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Lembu Lagi Tau Guna Jejantas Dari Manusia!

Edisi Pelik! Basikal Berkaki dan Memakai Kasut!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Basikal Berkaki dan Memakai Kasut!

Edisi Kagum! Subhanallah, Air Laut tiba-tiba Membeku!

Oleh Kaki Wayang on







 
Lokasi lautan beku ini terletak di negara Pakistan??. betul ke Pakistan?? ermmm..ada sumber mengatakan ini ialah lautan di Constanta, Romania dimana airnya adalah campuran air masin dan air tawar. Suhu disana sangat rendah sehingga sebahagian dari lautan tersebut membeku. Hakikatnya ia adalah kebesaran Allah…. 

Sila baca selanjutnyaEdisi Kagum! Subhanallah, Air Laut tiba-tiba Membeku!

Edisi Hangat! Subhanallah! Hujan Ikan Di Honduras Australia!

Oleh Kaki Wayang on


Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ.

Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia.


Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.


Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup. Jangan lupa menonton video Hujan Ikan Di Honduras Australia di atas. Subhanallah!

Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.

Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.

Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.

Kredit: HUJAN IKAN
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Subhanallah! Hujan Ikan Di Honduras Australia!

Edisi Pelik! Gambar Keluarga Gadis Serigala - Serius Pelik!

Oleh Kaki Wayang on

ANITA (tiga dari kanan) bersama anaknya di rumah mereka di Sangli, Maharashtra.
TIGA gadis malang (dari kiri) Monisha, Savitri dan Savita berharap mereka masih ada harapan untuk hidup bahagia.

Tiga wanita adik-beradik bimbang ‘Sindrom Serigala Jadian’ yang dialami bakal menyebabkan mereka sukar mencari suami. Berdepan masalah penumbuhan bulu tidak terkawal, Savita, 23; Monisha, 18; dan Savitri, 16, mungkin menjadi anak dara tua gara-gara Hypertrichosis Universalis.

Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Gambar Keluarga Gadis Serigala - Serius Pelik!

Edisi Sentap! Lelaki mati muncul semula!

Oleh Kaki Wayang on



ADI SAIFUL (kanan) menunjukkan pasport membuktikan bahawa dia ke Singapura kepada Azizah di Kampung Bukit Sawa, Marang semalam.
 
Misteri kehilangan seorang lelaki selepas menonton perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun tahun lalu akhirnya terjawab. Pada Ahad lalu, lelaki terbabit, Adi Saiful Che Kor, 27, pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Sawa di sini selepas lapan bulan menghilangkan diri kerana bekerja di Singapura.

Kemunculan semula lelaki itu melegakan seluruh ahli keluarganya selepas mereka dimaklumkan oleh beberapa bomoh bahawa Adi Saiful kononnya sudah meninggal dunia.

Mengimbau semula apa yang berlaku, Adi Saiful berkata, ketika itu dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuantan.

"Selepas tengok bola di Bukit Jalil (Stadium Nasional), saya balik semula ke Kuantan. Saya kemudian dapat kerja di Singapura melalui seorang ejen.

"Sebelum bertolak ke Johor Bahru menaiki bas kira-kira seminggu kemudian, telefon bimbit saya hilang dan saya bercadang menghubungi keluarga setelah bekerja di sana," katanya di sini semalam.

Sepanjang berada di Singapura, dia bekerja di sebuah kedai dobi dengan gaji bulanan sebanyak S$1,200 (RM2,800), namun dia tidak dibenarkan meninggalkan negara itu dalam tempoh enam bulan pertama.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Lelaki mati muncul semula!

Edisi Ngeri! Disangka Sakit Biasa, Rupanya Ulat Tinggal Di Kelopak Matanya!

Oleh Kaki Wayang on


 
Seorang lelaki Eropah mengalami sakit mata yang melampau. Mulanya dia menyangka sakit matanya itu hanyalah sakit mata biasa sahaja. Akan tetapi lama kelamaan, sakit matanya itu menjadi parah dan mulai membengkak.

Dia kemudiannya bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Apa yang memeranjatkan adalah, rupanya kesakitan yang dialaminya itu adalah disebabkan oleh seekor ulat yang sangat besar telah mendiami di bawah kelopak matanya.


Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Disangka Sakit Biasa, Rupanya Ulat Tinggal Di Kelopak Matanya!

Edisi Sentap! Kaki Kanan Abang ni Hancur, tapi Muka Selamba Main Mesej!

Oleh Kaki Wayang on


Perghhhh..memang menyentapkan mata yang memandang..tapi lagi sentap bila tengok orang ni bermuka selamba dan masin leh taip mesej walaupun kakinya hancur..

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kaki Kanan Abang ni Hancur, tapi Muka Selamba Main Mesej!

Edisi Hangat! Nelayan Tangkap Jerung Paus Gergasi 40 Kaki Panjang!

Oleh Kaki Wayang on



Adalah sukar untuk mempercayai cerita ikan sepanjang 40 kaki berjaya ditangkap, tetapi itulah hakikatnya. Sekumpulan nelayan menangkap ikan gergasi jenis jerung paus itu dari Laut Arab.

Beberapa keping gambar menunjukkan bagaimana ikan jerung paus itu dibawa ke pelabuhan di Karachi, Pakistan. Ramai orang berkerumun untuk melihat raksasa itu – yang dipercayai adalah tangkapan terbesar – ketika ia ditarik keluar dari air di Charai Fishery. Dua kren digunakan untuk menarik bangkai seberat lapan tan itu tetapi setelah gagal, mereka akhirnya menggunakan satu lagi kren untuk menyelesaikan kerja tersebut.

Jerung itu dilihat terapung dalam keadaan tidak sedar dalam laut sejak sepuluh hari lepas, kira-kira 90 batu jauh dari pesisiran pantai. Ikan jerung yang disahkan terbesar adalah 41 kaki panjang tetapi ia dipercayai boleh membesar lagi. Ikan jerung itu dijumpai di perairan tropika dan hidup selama kira-kira 70 tahun. Ikan tersebut biasanya memakan plankton, tumbuhan-tumbuhan yang amat halus dan ikan kecil.

Ia mempunya mulut kaverna yang boleh mencapai sehingga 5 kaki lebar dan mempunyai 300 hingga 350 baris gigi kecil.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Nelayan Tangkap Jerung Paus Gergasi 40 Kaki Panjang!

Edisi Hangat! Bayi Dalam Rahim Sujud Diperdengar Kalamullah!

Oleh Kaki Wayang on


Bayi Dalam Rahim Sujud Diperdengar Kalamullah

“Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka,

“Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Betul, kami menjadi saksi” agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini,” (Surah Al-A’raf: 172).

Maha Suci Allah, segala puji-pujian bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa serta Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya dengan nikmat yang diberikan untuk lahir ke dunia sebagai seorang Muslim.


Saksikanlah bagaimana seorang bayi di dalam rahim ibunya yang kebiasaannya tidak duduk diam secara tiba-tiba tenang dan bersujud sejurus didengarkan ayat suci Al-Quran Al-Karim sudah cukup untuk menyedarkan ramai umat Islam betapa hebatnya mukjizat yang diturunkan kepada Muhammad SAW.

Rakaman video yang dimuat turun di laman Youtube itu jelas sekali mempamerkan keajaiban Kitabullah itu dan sememangnya fitrah manusia untuk tunduk kepada Allah serta firmanNya.

Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari juga menjelaskan bahawa setiap manusia itu dilahirkan di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa dan seterusnya terpulang kedua ibubapanya untuk ‘mewarnainya’.

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kecuali orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi,” (Riwayat Al-Bukhari).

Jelas sekali kebenaran riwayat para ulama yang berpendapat bahawa setiap insan sebelum lahir ke muka bumi ini sememangnya  sudah mengaku Allah SWT itu sebagai Tuhan sejak di alam roh (roohul mumayyiz) lagi.

Malah, diriwayatkan juga bahawa semua roh manusia telah berjanji kepada Allah Azza Wa Jalla untuk menyembahNya dan menjadi seorang hamba yang taat pada Tuhan mereka.

Dan penulis mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri sendiri dan seluruh umat Islam untuk terus tidak lupa untuk sujud kepada Maha Pencipta agar kita semua bertemu kembali denganNya juga di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa, Insyaallah.

Alhamdulillah, Allahu Akbar dan sama-samalah kita memperingati pengertian syahadah yang kita lafazkan setiap kali bersolat kepada Allah SWT, wallahu’alam.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Bayi Dalam Rahim Sujud Diperdengar Kalamullah!

Edisi Sentap! Tolong Jangan Picit PISANG saya yer!

Oleh Kaki Wayang on

419303 286213341433170 259034834151021 716756 633655707 n Tolong Jangan Picit Pisang Saya Lah!

Kredit: Rojaklah.com
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Tolong Jangan Picit PISANG saya yer!

Edisi Sentap! Kek Jamban dan Tahi yang boleh buat korang muntah!

Oleh Kaki Wayang on

431688 285198564867981 259034834151021 714413 401197783 n Kek Jamban + Tahi (Taik) Yang Buat Rasa Nak Muntah

Kredit: Rojaklah.com
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kek Jamban dan Tahi yang boleh buat korang muntah!

Edisi Pelik! Gambar mumia berpenyakit kanser!

Oleh Kaki Wayang on

Satu mumia yang mempunyai kes kanser prostat dan hidup pada zaman Mesir purba dipamerkan di sini sejak Isnin lalu. 

Seorang profesor Amerika Syarikat dari Universiti Amerika di Kaherah, Mesir, Salima Ikram menyatakan, penemuan penyakit kanser prostat itu pada mumia berusia 2,200 tahun lalu itu menunjukkan penyakit tersebut berpunca daripada genetik dan bukan disebabkan alam sekitar.


Menurutnya, mumia itu adalah seorang lelaki berusia 40-an.

Mumia itu adalah yang kedua di dunia yang diketahui menghidap penyakit tersebut.

Menurut satu kenyataan universiti itu, kes penyakit itu yang paling tua adalah daripada tulang berusia 2,700 tahun yang merupakan milik seorang raja di Rusia.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Gambar mumia berpenyakit kanser!