Edisi Sentap! Lelaki mati muncul semula!

Oleh Kaki Wayang on



ADI SAIFUL (kanan) menunjukkan pasport membuktikan bahawa dia ke Singapura kepada Azizah di Kampung Bukit Sawa, Marang semalam.
 
Misteri kehilangan seorang lelaki selepas menonton perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun tahun lalu akhirnya terjawab. Pada Ahad lalu, lelaki terbabit, Adi Saiful Che Kor, 27, pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Sawa di sini selepas lapan bulan menghilangkan diri kerana bekerja di Singapura.

Kemunculan semula lelaki itu melegakan seluruh ahli keluarganya selepas mereka dimaklumkan oleh beberapa bomoh bahawa Adi Saiful kononnya sudah meninggal dunia.

Mengimbau semula apa yang berlaku, Adi Saiful berkata, ketika itu dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuantan.

"Selepas tengok bola di Bukit Jalil (Stadium Nasional), saya balik semula ke Kuantan. Saya kemudian dapat kerja di Singapura melalui seorang ejen.

"Sebelum bertolak ke Johor Bahru menaiki bas kira-kira seminggu kemudian, telefon bimbit saya hilang dan saya bercadang menghubungi keluarga setelah bekerja di sana," katanya di sini semalam.

Sepanjang berada di Singapura, dia bekerja di sebuah kedai dobi dengan gaji bulanan sebanyak S$1,200 (RM2,800), namun dia tidak dibenarkan meninggalkan negara itu dalam tempoh enam bulan pertama.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment