PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label mumia berpenyakit kanser. Show all posts
Showing posts with label mumia berpenyakit kanser. Show all posts
Home » Posts filed under mumia berpenyakit kanser
Edisi Simpati! Al-Fatihah: Zulhafiz Akhirnya Meninggalkan Kita….!
Oleh Kaki Wayang on
Masih ingatkah Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani, 21, pemuda yang mengalami
penyakit misteri di mana terdapat ketumbuhan seberat kira-kira 20
kilogram di bahagian bahu kirinya itu?
Dia akhirnya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan semalam. Menurut laporan akhbar, anak bongsu daripada lima adik-beradik itu
meninggal dunia di sisi semua ahli keluarganya selepas dua minggu
mendapatkan rawatan di HTAA.
Kata bapa Allahyarham, Abdul Ghani Mohamed, 64, seminggu lalu,
ketumbuhan seberat 20 kilogram di bahu kiri anaknya tiba-tiba sahaja
pecah dengan mengeluarkan darah dan cecair.
“Kira-kira segayung cecair yang keluar dari ketumbuhan tersebut dengan meninggalkan lubang sebesar bola ping pong.
“Selepas kejadian itu, saya lihat penderitaan arwah semakin
berkurangan, malah pergerakannya lebih mudah kerana ketumbuhan tersebut
semakin mengecil.
“Namun siapa sangka arwah akhirnya pergi meninggalkan kami semua,”
katanya ketika ditemui selepas pengkebumian Mohd. Zulhafiz di tanah
perkuburan Perkampungan Felda Bukit Goh di sini hari ini.
Jenazah dikebumikan pada pukul 11 pagi ini selepas disembahyangkan di
rumah keluarga Allahyarham dengan dihadiri kira-kira 100 orang.
Al-Fatihah…
Edisi Simpati! Derita Hidap Kanser Tulang 20 Kilogram Di Bahu!
Oleh Kaki Wayang on
Akibat
menghidap kanser tulang tahap kritikal, ketumbuhan seberat 20 kilogram
di bahu kiri Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani, 21, tidak boleh dibedah
melainkan tangan kirinya dipotong bagi memulihkan penderitaan yang
sedang ditanggung pemuda malang tersebut.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri
Pahang (JKNP), Datuk Dr. Nooraini Baba berkata, Mohd. Zulhafiz yang kini
dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hanya diberikan
rawatan paliatif yang bertujuan mengurangkan kesakitan yang dihadapi
pemuda itu.
“Rawatan paliatif ini kita berikan
kepada pesakit yang menghidap kanser tahap kritikal yang tidak ada
rawatan bagi memulihkan penyakit itu. Ia rawatan terakhir yang mana kita
akan beri ubat tahan sakit yang dosnya di tahap paling tinggi bagi
mengurangkan kesakitan Mohd. Zulhafiz.
“Tidak ada pembedahan akan dilakukan
kerana Mohd. Zulhafiz telah melakukan rawatan sebelum ini di Hospital
Kuala Lumpur (HKL). Pelbagai rawatan termasuk kemoterapi telah dibuat
dan sehingga kini keadaannya masih sama kerana Mohd. Zulhafiz menghidap
kanser tulang tahap kritikal,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang
akhbar bersama Majlis Belia Pahang (MBP) yang hadir melawat dan
memberikan sumbangan berupa wang tunai RM1,000 kepada ibu Mohd.
Zulhafiz, Supiah Yahya, 58, di HTAA di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah HTAA, Datuk Dr.
Marlia Mohamad Salleh, Setiausaha Agung MBP, Azrul Khairi Muhamad dan
Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan Masyarakat MBP, Nurasyikin Sulaiman.
Sementara itu, mengenai laporan yang
memetik kenyataan Supiah sebelum ini bahawa RM20,000 diperlukan bagi kos
rawatan Mohd. Zulhafiz, Nooraini menjelaskan, tiada kos rawatan yang
diminta oleh HTAA kepada keluarga pemuda itu.
”Ini kerana apabila seseorang pesakit itu ditempatkan di hospital kerajaan, semuanya adalah percuma,” jelasnya.
Sementara itu, Nurasyikin berkata,
MBP akan memantau perkembangan pemuda malang itu dari semasa ke semasa
kerana tidak mahu dia keseorangan menanggung penyakit yang sedang
dihidapinya itu.
“Kita tahu, banyak kos diperlukan
terutama untuk membeli keperluan harian sepanjang Mohd. Zulhafiz berada
di hospital. Kita (MBP) akan membantu dari segi kebajikan. Kalau pemuda
ini perlukan lampin pakai buang, kita juga akan berikan.
“Kami juga akan terus mengumpul dana
melalui program yang MBP laksanakan untuk disumbangkan kepada Mohd.
Zulhafiz. Dan buat permulaan untuk hari ini, sebanyak RM1,000 kita
berikan kepada ibunya,” katanya.
Edisi Pelik! Gambar mumia berpenyakit kanser!
Oleh Kaki Wayang on
Satu mumia yang mempunyai kes kanser prostat dan hidup pada zaman Mesir purba dipamerkan di sini sejak Isnin lalu.
Seorang profesor Amerika Syarikat dari Universiti Amerika di Kaherah,
Mesir, Salima Ikram menyatakan, penemuan penyakit kanser prostat itu
pada mumia berusia 2,200 tahun lalu itu menunjukkan penyakit tersebut
berpunca daripada genetik dan bukan disebabkan alam sekitar.
Menurutnya, mumia itu adalah seorang lelaki berusia 40-an.
Mumia itu adalah yang kedua di dunia yang diketahui menghidap penyakit tersebut.
Menurut satu kenyataan universiti itu, kes penyakit itu yang paling
tua adalah daripada tulang berusia 2,700 tahun yang merupakan milik
seorang raja di Rusia.