Edisi Terkini! Badrulamin dan wanita tampil beri keterangan!

Oleh Kaki Wayang on


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron memberi keterangan mengenai dakwaan kes khalwatnya dengan seorang wanita berstatus isteri orang selama dua jam setengah di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini semalam.


Beliau dilihat tiba di pekarangan bangunan JAIP dengan menaiki kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam pada pukul 2.40 petang dengan ditemani isteri pertamanya, Zumrah Husni serta tiga peguam iaitu Mohamad Sazali Abdul Aziz, Muhamad Irfan Abdullah dan Ahmad Nizam Abd. Hamid.

Soal siasat dikatakan bermula pada pukul 2.50 petang dan berakhir pada pukul 5.25 petang.

Dr. Badrulamin yang berbaju-T putih, memakai jaket hitam serta kopiah dilihat tenang dan sempat melambai tangan kepada para pemberita yang menunggu kehadiran beliau sejak pukul 8 pagi di pekarangan bangunan JAIP.

Turut hadir ialah wanita berumur 28 tahun yang didakwa berkhalwat dengan Dr. Badrulamin. Wanita yang merupakan isteri orang itu tiba pada pukul 3.05 petang dan selesai memberi keterangan pada pukul 6.20 petang.

Kedua-dua mereka memberi keterangan secara berasingan bagi membantu siasatan selepas didakwa berkhalwat di sebuah hotel di Balok di sini dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu.

Ketua peguam yang mewakili Dr. Badrulamin dan wanita itu, Mohamad Sazali berkata, pihaknya berpuas hati dengan proses siasatan tersebut.

“Kita sudah beri kerjasama penuh dan yakin sejak dua tiga hari lalu, isu ini digembar-gembur oleh media adalah lebih kepada fitnah dan spekulasi.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment