PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Kes Khalwat Ustza Badrul Amin. Show all posts
Showing posts with label Kes Khalwat Ustza Badrul Amin. Show all posts

Edisi Terkini! Gambar Wanita Kes Khalwat Ustaz Badrolamin kini dalam proses cerai dengan suaminya!

Oleh Kaki Wayang on

Wanita yang dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron telah mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada pertengahan Januari lalu.

Difahamkan, alasan permohonan cerai yang dinyatakan oleh wanita berusia 28 tahun itu adalah kerana sudah tidak mempunyai persefahaman dengan suaminya.

Menurut jurucakap mahkamah, sebutan pertama kes berkenaan telah dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus di dalam kamarnya Isnin lalu sebelum wanita itu memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Kuantan berhubung kes khalwat dengan pemimpin PKR berkenaan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Gambar Wanita Kes Khalwat Ustaz Badrolamin kini dalam proses cerai dengan suaminya!

Edisi Terkini! Tiada siasatan jika Badrolamin tidak buat laporan polis - Isu Khalwat Ustaz Badrolamin!

Oleh Kaki Wayang on



Polis tidak akan membuat sebarang siasatan berhubung dakwaan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron kononnya beliau dipukul kira-kira 20 orang ketika ditangkap atas dakwaan berkhalwat, Sabtu lalu. 

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, sebarang siasatan hanya dilakukan jika pengadu membuat laporan polis.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Tiada siasatan jika Badrolamin tidak buat laporan polis - Isu Khalwat Ustaz Badrolamin!

Edisi Terkini! Gambar Wanita kes Khalwat Badrulamin: 'Fitnah, saya tak khalwat'!

Oleh Kaki Wayang on


Media digemparkan dengan berita anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga. Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian? Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Gambar Wanita kes Khalwat Badrulamin: 'Fitnah, saya tak khalwat'!

Edisi Terkini! Ustaz Badrolamin dakwa pembantunya disogok - Isu Khalwat!

Oleh Kaki Wayang on


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron mendakwa pembantunya ditawarkan imbuhan lumayan oleh sekumpulan lelaki sebagai dorongan supaya menjadi saksi memburukkannya. Menurut Badrolamin, pembantunya itu diugut supaya memberi kerjasama dan ditawarkan upah lumayan bagi membantu menjayakan satu rancangan pihak tersebut.

“Ketika saya berada di Kuantan, pembantu saya didatangi enam lelaki dengan nada memujuk dan mengugut meminta supaya memberikan kerjasama.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Ustaz Badrolamin dakwa pembantunya disogok - Isu Khalwat!

Edisi Terkini! Isu Khalwat - Tiada rakaman Ustaz Badrulamin dipukul kumpulan samseng!

Oleh Kaki Wayang on

INILAH lobi hotel terkenal di Pantai Balok, Kuantan, tempat Dr. Badrulamin didakwa berkhalwat dengan isteri orang. 
 
Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.
 Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.
Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Isu Khalwat - Tiada rakaman Ustaz Badrulamin dipukul kumpulan samseng!

Edisi Terkini! Pekerja Hotel Nampak Ustaz Badrulamin Berkhalwat - Penjelasan dan Pengakuan Saksi!

Oleh Kaki Wayang on


Kelmarin JAIP telah menjawab tuduhan Ustaz Badrulamin itu. Di antaranya :

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menafikan dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron yang ditangkap khalwat semalam bahawa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz menegaskan, tindakan tersebut dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Pekerja Hotel Nampak Ustaz Badrulamin Berkhalwat - Penjelasan dan Pengakuan Saksi!

Edisi Terkini! Badrulamin dan wanita tampil beri keterangan!

Oleh Kaki Wayang on


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron memberi keterangan mengenai dakwaan kes khalwatnya dengan seorang wanita berstatus isteri orang selama dua jam setengah di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini semalam.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Badrulamin dan wanita tampil beri keterangan!

Edisi Terkini! Saya dipukul, dikepung 20 lelaki sebelum didakwa berkhalwat – Ustaz Badrulamin!

Oleh Kaki Wayang on


Sedikit petikan yang diambil dari KOSMO:

Dipukul, dikepung sebelum didakwa berkhalwat, 20 lelaki diketuai seorang suami halang Dr. Badrulamin keluar dari bilik hotel.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Saya dipukul, dikepung 20 lelaki sebelum didakwa berkhalwat – Ustaz Badrulamin!

Edisi Terkini! Cerita Sebenar dan Penjelasan dari Ustaz Badrul Amin - Isu Khalwat!

Oleh Kaki Wayang on


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar) menafikan laporan media yang beliau ditangkap khalwat bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.
 
Malah beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz yang mengesahkan tangkapan khalwat itu sebagai tidak benar serta menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor itu mendakwa, beliau hanya ditahan oleh pegawai JAIP untuk membantu siasatan selepas hampir 20 minit dipukul dan dikurung dalam bilik hotel oleh sekumpulan lelaki yang diketuai oleh suami wanita berkenaan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Cerita Sebenar dan Penjelasan dari Ustaz Badrul Amin - Isu Khalwat!

Edisi Terkini! Ustaz Badrul Amin nafi laporan ditangkap khalwat!

Oleh Kaki Wayang on


Pemimpin kanan PKR, Dr Badrul Amin Baharon menafikan laporan media bahawa beliau telah ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan awal pagi semalam, sebaliknya menegaskan beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Ustaz Badrul Amin nafi laporan ditangkap khalwat!

Edisi Terkini! Ustaz Badrul Amin dakwa tangkapan khalwat adalah perangkap - Ikuti Penjelasan beliau!

Oleh Kaki Wayang on


Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Ustaz Badrul Amin dakwa tangkapan khalwat adalah perangkap - Ikuti Penjelasan beliau!