Edisi Terkini! Cerita Sebenar dan Penjelasan dari Ustaz Badrul Amin - Isu Khalwat!

Oleh Kaki Wayang on


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar) menafikan laporan media yang beliau ditangkap khalwat bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.
 
Malah beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz yang mengesahkan tangkapan khalwat itu sebagai tidak benar serta menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor itu mendakwa, beliau hanya ditahan oleh pegawai JAIP untuk membantu siasatan selepas hampir 20 minit dipukul dan dikurung dalam bilik hotel oleh sekumpulan lelaki yang diketuai oleh suami wanita berkenaan.

Menurut Badrulamin, beliau membantu wanita tersebut mendapatkan bilik penginapan di hotel itu atas rasa tanggungjawab selepas melihat wanita berkenaan yang didakwanya menghadapi masalah rumah tangga, datang menemuinya pada pukul 2 pagi bersama anak yang masih kecil.

"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai JAIP. Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin PKR pada 24 hingga 26 Februari dan saya mengambil peranan aktif dalam majlis itu.

"Pada petang 24 Februari, wanita tersebut menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat untuk melarikan diri dari rumah kerana bimbang keselamatan diri. Saya dengan tegas menasihatkan supaya jangan berbuat demikian.

"Bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari, beliau menghubungi saya memaklumkan berada di lokasi Temurapat Pemimpin PKR dan atas rasa tanggungjawab, saya membantu mendapatkan bilik penginapan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Badrulamin memberitahu, beliau mengenali pasangan suami isteri tersebut sejak lebih setahun lalu, semasa wanita berkenaan bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah dan sejak itu, sering berhubung kerana mereka menghadapi masalah rumah tangga.

Jelasnya, dalam usaha membantu pasangan tersebut, beliau dan isteri pernah menziarahi keluarga itu di Rompin, Pahang.

"Saya berharap dengan penjelasan ini, semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya,'' katanya. 

Menurut Badrulamin, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadapnya.


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment