Edisi Hangat! Piala Liga: Malaysia Tewas di Stadium Wembley ditangan Liverpool - Ulasan penuh!

Oleh Kaki Wayang on


Pemain Liverpool, Steven Gerrard (kanan) dihalang pemain Cardiff City, Aron Gunnarsson pada saingan Piala Liga di Stadium Wembley di London. Liverpool menang melalui penentuan sepakan penalti 3-2. 27 Februari 2012.


Liverpool mengakhiri kemarau kejuaraan selama enam tahun dengan menjulang Piala Liga selepas menewaskan Cardiff City (Malaysia) 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti. Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 2-2 selepas mengharungi 120 minit perlawanan.

Cardiff berada di depan seawal minit ke-19 menerusi jaringan Joe Mason, sebelum kedudukan disamakan Martin Skrtel pada minit ke-60 untuk mengheret permainan ke masa tambahan.

Dirk Kuyt menceriakan penyokong Liverpool apabila menjadikan kedudukan 2-1pada minit ke-108, namun kegembiraan itu tidak bertahan sehingga wisel penamat dengan pemain pertahanan, Ben Turner muncul hero Cardiff dua minit sebelum masa tambahan tamat dan memastikan pertarungan dramatik itu ditentukan dengan sepakan penalti. 

Kemenangan Liverpool diperolehi apabila pemain gantian Cardiff, Anthony Gerrard, adik sepupu kepada kapten Kop, Steven Gerrard, yang mengambil sepakan kelima yang juga terakhir, tersasar.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment