Polis tidak akan membuat sebarang siasatan berhubung dakwaan anggota 
Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron kononnya beliau 
dipukul kira-kira 20 orang ketika ditangkap atas dakwaan berkhalwat, 
Sabtu lalu. 
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, sebarang siasatan hanya dilakukan jika pengadu membuat laporan polis.
"Namun jika beliau (Badrulamin) tidak mahu membuat laporan polis, itu 
terpulang kepadanya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata 
pihak polis hanya menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Pahang 
(Jaip) berhubung tangkapan khalwat pemimpin PKR itu.
Pihak polis menerima laporan tangkapan khalwat terhadap individu 
terbabit yang dibuat Jaip pada 25 Feb lepas, di Balai Polis Beserah di 
sini pada pukul 10.28 pagi.
Sementara itu, pihak pengurusan hotel yang diserbu Jaip berhubung kes 
khalwat pemimpin terbabit bersedia memberi kerjasama dengan pihak 
berkuasa jika ia dapat membantu siasatan kes itu.
Menurut jurucakap hotel berkenaan, pihaknya tidak mempunyai masalah 
jika pihak berkuasa ingin mendapatkan rakaman kamera litar tertutup 
(CCTV).
"Rakaman CCTV memang boleh diberikan tetapi perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak hotel," katanya.
 


 

 0 Comments
0 Comments