Polis menahan dua lelaki berusia 32 dan 39 tahun bagi membantu siasatan
berhubung kejadian dua sahabat disimbah asid ketika sedang tidur di
sebuah rumah sewa di Kampung Padang, Merchang, Marang, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan,
berkata dua lelaki terbabit yang masing-masing seorang nelayan dan
penganggur ditahan di rumah mereka di Kampung Padang Rusa dan Kampung
Padang Merchang jam 7.30 malam untuk membantu siasatan.
Katanya, hasil maklumat awam, kedua-dua suspek pernah bertengkar dengan
mangsa, Shahrulzaman Salim, 38, yang juga seorang nelayan, tetapi buat
masa ini polis masih belum mengetahui motif kejadian sehingga siasatan
lengkap diperoleh.
“Polis tidak menolak kemungkinan kejadian simbahan asid yang menyebabkan dua rakan melecur di muka dan badan dalam kejadian di sebuah rumah bujang awal pagi kelmarin bermotifkan cemburu berdasarkan siasatan awal setakat ini,” katanya tidak mendedahkan maklumat lanjut ketika ditemui di sini semalam.
Manoharan berkata, polis sudah mendapat perintah menahan reman kedua-dua suspek selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
“Kita akan cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada mereka, begitu juga dengan kedua-dua mangsa yang kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya.

Semalam, Berita Harian melaporkan nasib malang dua sahabat yang cedera selepas dipercayai disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang, Marang, awal pagi kelmarin.
Kejadian jam 5.10 pagi itu menyebabkan Mohd Fadzil Hanafi Idrus, 18, yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melecur teruk di muka, tangan dan kaki manakala Shahrulzaman melecur di muka dan badan.