PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label simbah asid. Show all posts
Showing posts with label simbah asid. Show all posts

Edisi Terkini! Dua suspek kes simbah asid ditahan!

Oleh Kaki Wayang on

Polis menahan dua lelaki berusia 32 dan 39 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua sahabat disimbah asid ketika sedang tidur di sebuah rumah sewa di Kampung Padang, Merchang, Marang, kelmarin. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata dua lelaki terbabit yang masing-masing seorang nelayan dan penganggur ditahan di rumah mereka di Kampung Padang Rusa dan Kampung Padang Merchang jam 7.30 malam untuk membantu siasatan. 
 
Katanya, hasil maklumat awam, kedua-dua suspek pernah bertengkar dengan mangsa, Shahrulzaman Salim, 38, yang juga seorang nelayan, tetapi buat masa ini polis masih belum mengetahui motif kejadian sehingga siasatan lengkap diperoleh.

“Polis tidak menolak kemungkinan kejadian simbahan asid yang menyebabkan dua rakan melecur di muka dan badan dalam kejadian di sebuah rumah bujang awal pagi kelmarin bermotifkan cemburu berdasarkan siasatan awal setakat ini,” katanya tidak mendedahkan maklumat lanjut ketika ditemui di sini semalam.

Manoharan berkata, polis sudah mendapat perintah menahan reman kedua-dua suspek selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Kita akan cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada mereka, begitu juga dengan kedua-dua mangsa yang kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya.

Semalam, Berita Harian melaporkan nasib malang dua sahabat yang cedera selepas dipercayai disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang, Marang, awal pagi kelmarin.

Kejadian jam 5.10 pagi itu menyebabkan Mohd Fadzil Hanafi Idrus, 18, yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melecur teruk di muka, tangan dan kaki manakala Shahrulzaman melecur di muka dan badan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Dua suspek kes simbah asid ditahan!

Edisi Sentap! Mangsa asid azab!

Oleh Kaki Wayang on

REDA... Mahyuddin menunjukkan kesan simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian Ogos lalu.
“Semua yang berlaku sudah suratan takdir dan isteri sekadar menjadi penyebabnya,” kata Mahyuddin Abdullah, 47, yang menjadi mangsa simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian di Kampung Kok Lanas, di sini, Ogos lalu. Akibat kejadian itu, Mahyuddin yang sebelum ini berniaga murtabak di pasar malam sekitar Kok Lanas, dekat sini, menanggung azab apabila muka dan separuh badannya melecur, manakala mata kanannya pula buta.

Difahamkan, sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan II (HRPZ II), sudah tiga pembedahan dilakukan termasuk pembedahan pemindahan kulit dan telinga, sebelum disusuli pembedahan mata kanan oleh pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.Mahyuddin berkata, kehidupannya berubah selepas kejadian berkenaan kerana selain cacat, pergerakannya terbatas sehingga terpaksa mendapatkan bantuan keluarga dalam menguruskan dirinya.

“Saya tidak pernah menyimpan dendam terhadap isteri walaupun terseksa menanggung derita akibat perbuatannya. Sebagai suami, saya tidak berhak membalas perbuatannya dan biarlah Tuhan mengadilinya.

“Saya juga perlu muhasabah diri untuk menjadi insan lebih baik. Dalam keadaan sekarang, hanya keluarga menjadi punca kekuatan saya untuk meneruskan hidup,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini.


Ditanya mengenai hubungan dengan isterinya, sehingga hari ini, Mahyuddin mengakui mereka masih suami isteri tetapi tidak pasti apa akan berlaku pada masa akan datang.

“Selepas kejadian itu, kami tidak pernah berjumpa dan saya hanya berkesempatan bertemu seorang anak perempuan berusia 15 tahun,” katanya yang mengakui dirinya tidak membuat sebarang laporan polis atas tindakan isterinya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Mangsa asid azab!

Betol-betol Sengal! Isteri simbah muka suami dengan cuka getah

Oleh Kaki Wayang on

PARAH...mangsa melecur pada muka dan badan  akibat disimbah asid oleh isterinya. 


Seorang peniaga murtabak melecur di muka dan separuh badan manakala mata kanannya kabur akibat disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah oleh isterinya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di Kampung Kok Lanas di sini, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mahyudin Abdullah, 47, sedang menguli tepung roti canai di rumahnya untuk dijadikan doh sebelum dijual kepada pelanggan di bazar Ramadan Kok Lanas. Ketika asyik menguli tepung roti canai itu, tiba-tiba datang isterinya membawa sejenis cecair dipercayai asid dalam sebuah bekas sebelum menyimbah ke arahnya menyebabkan mangsa menggelupar kepanasan.

Insiden itu menyebabkan mangsa dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dibawa menaiki sebuah ambulans ke wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berikutan keadaannya yang kritikal.

Difahamkan, perselisihan faham berkenaan berlaku dua hari lalu, menyebabkan isteri mangsa yang berusia 40-an nekad menyimbah cuka getah ke tubuh suaminya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Isteri simbah muka suami dengan cuka getah

Betol-betol Sengal! Isteri disimbah asid, suami dicampak tepi jalan selepas disamun !

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnbeMLT-boD-uFEZSqhXtdGSWKPID-o4sBAt5qCCAqEPTdedEi5oSvVTg_szw68Q6nAlSyqRjqGsYaGpuA8xNHpaudF5N5P34jVdpsOUd7tCpqjEJ-CCEXLuSpJUwmxgBWv1fvpBcWfUxW/s1600/Zarina+Wahab+mangsa+simbah+asid.jpg
Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita melecur kira-kira 20 peratus pada bahagian muka, leher, mata dan dada akibat disimbah asid oleh dua lelaki dalam kejadian samun di Guar Chempedak dekat Yan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam apabila kereta Proton Waja yang dinaiki Rosnani Husin, 53, bersama suaminya dipercayai ditahan oleh dua lelaki yang tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Kota Sarang Semut dekat sini. 

Katanya, dua lelaki terbabit berpura-pura mahu menumpang kereta mangsa disebabkan kereta mereka kehabisan minyak dan suami mangsa bersetuju menumpangkan kedua-dua suspek menuju ke Jalan Baru melalui Jalan Permatang Buluh, Kota Sarang Semut. 

"Ketika dalam perjalanan suspek, dikatakan mengacu pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengikat kaki dan tangan suami mangsa sebelum mencampakkannya di tepi jalan di Jalan Baru, Bukit Besar. "Kira-kira 50 kilometer dari tempat suami mangsa dicampak, suspek memberhentikan kereta (berdekatan Guar Chempedak) lalu menyimbah asid ke muka mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Suami mangsa dijumpai orang awam dalam keadaan kaki dan tangan berikat manakala mangsa dan kereta yang ditinggalkan ditemui Polis Guar Chempedak. Jumlah kerugian yang dialami pasangan suami isteri terbabit belum dikenal pasti. Adzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan mendatangkan kecederaan. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menerima rawatan.

Pengarah HSB Dr Juita Ghazali ketika dihubungi berkata, mangsa dirawat di Unit Rawatan Kebakaran dan dalam keadaan stabil. Mangsa terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana menghadapi masalah paru-paru disebabkan terhidu asid yang terkena padanya. Suami mangsa ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemuramah kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpa isterinya itu.

Sumber: Bharian Online

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Isteri disimbah asid, suami dicampak tepi jalan selepas disamun !

Betol-betol Simpati! Cemburu mungkin punca Rafie disimbah asid!

Oleh Kaki Wayang on


Faktor cemburu dipercayai menjadi punca Mohd. Rafie Abdul Latif, disimbah dengan asid berhampiran Wisma Bumi Raya, Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu, sehingga menyebabkan mukanya mengalami kecederaan teruk.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan berhubung kes itu mendapati ia melibatkan hubungan cinta mangsa.

"Berdasarkan maklumat yang kita ada hasil tangkapan seorang lelaki baru-baru ini, polis berjaya menyelesaikan kes simbah asid melibatkan Mohd. Rafie," katanya

Mohd. Rafie yang juga anak saudara kepada penyanyi era 80-an, Datin Ramziela Radzillah disimbah asid ketika berada dalam kereta berhampiran tandas awam di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut di ibu negara. Susulan siasatan polis, seorang lelaki ditahan kelmarin di ibu negara bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, Khalid memberitahu, polis turut mengenal pasti seorang suspek yang terlibat dalam beberapa kes simbahan cecair dipercayai asid di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini. 

"Bagi mengesan suspek kes ini, ia memakan masa kerana dia dipercayai melakukan aktiviti itu tanpa motif. Kita mengenal pasti seorang suspek namun belum menahannya. "Saya juga percaya, mereka yang melakukan perkara ini tidak waras namun polis akan melakukan apa yang patut untuk menjaga keselamatan awam," katanya.

Sejak Februari lalu, kes simbah cecair dipercayai asid berleluasa di ibu negara dan polis menerima lebih 20 kes yang kebanyakannya melibatkan mangsa wanita. LAGI CERITA KAT SINI dan SINI.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Cemburu mungkin punca Rafie disimbah asid!

Betol-betol Ngeri! Susulan Lelaki disimbah asid! Tak tahu motif simbah asid

Oleh Kaki Wayang on

Sebelum ini BBH ada membuat satu entri berkenaan dengan kes SIMBAH ASID..DI SINI..dan kini entri ini merupakan susulan daripada kes terbabit...

SIMPATI...Muhd Khairun (kiri) berbual dengan mangsa di HKL, semalam. 

“Sebaik menerima berita anak saya disimbah asid, badan saya menjadi lemah dan tak tahu nak buat apa. Sepanjang pengetahuan saya, dia anak yang baik dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

“Kejadian itu benar-benar mengejutkan saya. Saya sedih kerana pada tahun ini dia akan menyambut hari raya di hospital dalam kesakitan akibat kejadian ini. Saya harap pihak tidak bertanggungjawab diberi balasan setimpal,” kata Abdul Latiff Kassim, bapa kepada seorang lelaki yang disimbah asid ketika sedang menunggu rakannya berhampiran tandas awam di Jalan Raja Laut, 8 Ogos lalu.


Katanya, perasaan sedih tidak dapat dibendung apabila melihat kecederaan teruk di muka, badan dan dua tangan anaknya serta berdepan kemungkinan terjejas penglihatan selepas mata kanannya kabur manakala mata kiri belum dapat dibuka.

Abdul Latiff berkata, dia yang sedang menonton televisyen di rumah bersama isteri bergegas ke hospital sebaik menerima panggilan telefon daripada rakan Mohd Raffie yang berada bersamanya pada malam kejadian.

“Ketika tiba, saya terkejut mendapati dia dalam keadaan begitu teruk. Selepas bertemu rakannya, baru saya tahu dia menjadi mangsa simbahan asid oleh orang tidak dikenali ketika sedang menunggu di dalam kereta,” katanya pada sidang media bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Menurut Abdul Latiff, dia sekeluarga menolak kemungkinan kejadian berkenaan bermotifkan dendam kerana anak ketiga daripada empat beradik itu tidak mempunyai masalah di tempat kerja, malah dia disenangi semua orang.

“Ini turut diakui majikan yang datang melawatnya baru-baru ini. Malah ramai rakan sekerjanya turut memberikan sokongan moral dan bersedih dengan kejadian itu. “Saya yakin ia bukan bermotifkan permusuhan dan sebagainya. Ia mungkin dilakukan individu bermasalah,” katanya.

Sementara itu, Muhd Khairun berkata, bironya akan menubuhkan Jawatankuasa Tabung Amanah bagi mencari dana membantu meringankan beban anggota keluarga selain menampung perbelanjaan yang mungkin diperlukan Mohd Raffie. Katanya, beliau akan mempengerusikan jawatan itu yang dianggotai seorang peguam Mahkamah Tinggi, selain ahli keluarga yang akan ditentukan kemudian bagi mencari dana untuk menampung segala kos berkemungkinan.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Ngeri! Susulan Lelaki disimbah asid! Tak tahu motif simbah asid

Betol-betol Ngeri! Lagi kes Simbah Asid!

Oleh Kaki Wayang on

Semakin lama semakin menjadi-jadi kes Simbah Asid ni..macam takut pula nak keluar ke mana-mana tempat terbuka..kang tak pasal-pasal disimbah asid..ngerinyerrr..kalau dah duk dalam kereta pun masih leh disimbah asid..kita nak buat apa lagi supaya kita dapat elak benda tu dari berlaku? so, pada kengkawan jangan cari musuh k..cari kawan dan sahabat..bukan cari musuh..bulan baik ni kita kene baik dengan semua orang..kang tak pasal-pasal disimbah asid pula..


KEADAAN mangsa serangan simbahan asid, Mohd Raffie Abdul Latiff, 28 (gambar atas) ketika menerima kunjungan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini. Raffie disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada dalam keretanya berdekatan Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut pada 8 Ogos lalu.

P/s: Dah lah tarikh 8 Ogos tu tarikh birthday aku..hehehehe..seramnyerr..hati-hati yer kengkawan sekalian..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Ngeri! Lagi kes Simbah Asid!

Betol-betol Simpati! Apa salah saya!

Oleh Kaki Wayang on

Sedih dan simpati menyelubungi diri apabila kisah simbah asid kembali menjadi duri dalam daging setiap manusia di muka bumi ini..entah apa salah dan silapnya mereka diperlakukan sedemikian..sedih dan pilu bila membaca kisah mereka..

Alkisahnya:-

http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2011/05/klserialacidsplashervictim.jpg

Bukan gambar sebenar

Muka saya tiba-tiba menjadi panas selepas dibaling ‘air’ oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke rumah rakan untuk mengulang kaji pelajaran,” kata Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, mangsa simbahan asid seorang lelaki kurang siuman dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam di Felda Jengka 9 di sini, Selasa lalu.

Beliau berkata, dia yang menunggang motosikal bersama adiknya, Shafiq Aiman, 9, baru pulang dari mengaji al-Quran dan bercadang ke rumah rakan untuk mengulang kaji pelajaran bersama tetapi secara tiba-tiba dikejar seorang lelaki sebelum membaling sesuatu ke arah mereka. “Lelaki itu berlari ke arah kami dan terus melempar sesuatu menyebabkan muka dan badan kami menjadi pedih serta terbakar.

“Motosikal yang ditunggang pula hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan sebelum terjatuh. Nasib baik saya menunggang perlahan dan tiada kecederaan parah tapi sedih apabila cecair itu menyebabkan hampir keseluruhan muka dan badan terbakar,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Katanya, dunianya bertukar gelap serta-merta selepas mata kiri cedera dan menarik tangan adiknya yang cedera di kedua-dua mata supaya bangun untuk meminta pertolongan.

Menurutnya, lelaki yang membaling cecair itu kemudian terus melarikan diri,” katanya yang kini di rawat di unit kebakaran kanak-kanak HKL.

Sementara itu, ibu mangsa, Rohashimah Julaili, 33, tidak menyangka perkara itu menimpa anak sulung dan keduanya kerana sebelum ini lelaki berkenaan hanya mengamuk tetapi tidak pernah membuat tindakan di luar kawalan.

P/s: Tak tahu lah macam mana keadaan mereka untuk meneruskan kehidupan penuh dengan dugaan ini..kalau boleh biar akta atau undang-undang yang lebih "kejam" lagi dikenakan kepada manusia-manusia jahat (penyimbah asid) ini..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Apa salah saya!

Betol-Betol Hangat! Teruja hendak balas dendam

Oleh Kaki Wayang on

AMENEH menunjukkan gambarnya sebelum diserang asid di Teheran, semalam.
 
AMENEH menunjukkan gambarnya sebelum diserang asid di Teheran, semalam.
 
Seorang wanita yang buta dan cacat selepas seorang lelaki yang kecewa kerana cintanya ditolak melontar asid pada mukanya berkata, dia gembira untuk membalas dendam terhadap lelaki itu. Sebuah mahkamah di Iran memberi kebenaran kepada Ameneh Bahrami untuk menitiskan asid pada mata penyerangnya, bekas rakan pelajarnya di Universiti Teheran.

Mahkamah memberikan pampasan berjumlah kira-kira RM95,000 dan menjatuhkan hukuman penjara ke atas lelaki itu, Majid Movahedi. Bagaimanapun, Ameneh menolak pampasan berkenaan, sebaliknya mahu penyerangnya menderita sepertinya.

Persediaan dibuat untuk membolehkan Ameneh menyuntik asid ke dalam mata Majid di sebuah hospital semalam, di bawah pengawasan doktor. Ameneh dibenarkan menitik 20 titisan asid pada setiap belah mata lelaki itu.

Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan semalam ke satu tarikh yang tidak ditetapkan. Namun, Ameneh yang kembali ke Teheran dari Sepanyol untuk melaksanakan hukuman itu memberitahu wartawan, dia tetap mahukan lelaki itu buta sepertinya.

“Saya mahu hukuman qisas dilaksanakan. Saya sudah bersedia untuk menjalankan tugas itu. Hanya dengan membutakan dia baru saya boleh tenteram,” kata Ameneh.
 
 
Sila baca selanjutnyaBetol-Betol Hangat! Teruja hendak balas dendam