Betol-betol Simpati! Cemburu mungkin punca Rafie disimbah asid!

Oleh Kaki Wayang on


Faktor cemburu dipercayai menjadi punca Mohd. Rafie Abdul Latif, disimbah dengan asid berhampiran Wisma Bumi Raya, Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu, sehingga menyebabkan mukanya mengalami kecederaan teruk.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan berhubung kes itu mendapati ia melibatkan hubungan cinta mangsa.

"Berdasarkan maklumat yang kita ada hasil tangkapan seorang lelaki baru-baru ini, polis berjaya menyelesaikan kes simbah asid melibatkan Mohd. Rafie," katanya

Mohd. Rafie yang juga anak saudara kepada penyanyi era 80-an, Datin Ramziela Radzillah disimbah asid ketika berada dalam kereta berhampiran tandas awam di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut di ibu negara. Susulan siasatan polis, seorang lelaki ditahan kelmarin di ibu negara bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, Khalid memberitahu, polis turut mengenal pasti seorang suspek yang terlibat dalam beberapa kes simbahan cecair dipercayai asid di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini. 

"Bagi mengesan suspek kes ini, ia memakan masa kerana dia dipercayai melakukan aktiviti itu tanpa motif. Kita mengenal pasti seorang suspek namun belum menahannya. "Saya juga percaya, mereka yang melakukan perkara ini tidak waras namun polis akan melakukan apa yang patut untuk menjaga keselamatan awam," katanya.

Sejak Februari lalu, kes simbah cecair dipercayai asid berleluasa di ibu negara dan polis menerima lebih 20 kes yang kebanyakannya melibatkan mangsa wanita. LAGI CERITA KAT SINI dan SINI.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment