Edisi Terkini! Lagi Berita Terkini Mengenai Kes Kematian Whitney Houstan!

Oleh Kaki Wayang on

SEDIH...peminat menghadiri acara memperingati Whitney di Leimert Park, Los Angeles. 
SEDIH...peminat menghadiri acara memperingati Whitney di Leimert Park, Los Angeles.  


Mayat penyanyi Whitney Houston tiba di bandar kelahirannya, di Newark, New Jersey malam tadi di sebalik laporan bahawa doktor peribadinya bakal berdepan soalan bagaimana dia boleh mendapat dadah yang ditemui di bilik hotelnya. Mayat Whitney diterbangkan dari Los Angeles dengan jet peribadi dan dibawa ke rumah pengurusan mayat Whigham di Newark yang menguruskan pengebumian bapanya pada 2003.

Keluarga Whitney dikatakan menimbangkan mengadakan majlis pengebumian di Pusat Prudential Newark yang mengacarakan majlis sukan profesional dan kolej yang mampu memuatkan 18,000 orang.
 
Mayat Whitney diterbangkan pulang ketika doktor peribadinya dijangka disoal sama ada dia mendapat dadah yang ditemui di biliknya di Hotel Beverly Hilton secara haram. Mayat penyanyi berusia 48 tahun itu ditemui dalam tab mandi di bilik hotel Sabtu lalu, di kelilingi pelbagai ubat termasuk ibuprofen - pil tahan sakit, Xanax - ubat anti-resah, Midol - untuk sakit datang bulan, amoxicillin - untuk jangkitan bakteria dan pelbagai ubat lain. Koroner akan meminta salinan rekod perubatannya dan akan membandingkannya dengan pelbagai ubat yang ditemui di bilik hotelnya, kata satu sumber kepada The Sun. Sekiranya seseorang memberi Whitney ubat secara haram, mereka boleh didakwa.

“Pihak berkuasa perlu menentukan tiada siapa yang bersalah terlepas. Mungkin ada dakwaan dalam kes ini,” kata sumber itu. Koroner belum menentukan punca kematian Whitney, tetapi dipercayai dia mati mungkin akibat campuran dadah sebelum dia tenggelam di dalam tab mandi di mana mayatnya ditemui.

Rakan Whitney mengatakan kematian tidak dijangka penyanyi itu bukan “satu kejutan besar” berikutan “tahap kesihatan dan emosi semakin teruk” dialaminya yang turut dibantu oleh pihak lain. “Kedengarannya ia memang sedih, tetapi ia bukan satu kejutan besar, namun ia tetap sukar dipercayai,” kata seorang pemuzik kepada majalah People. “Ada kuasa jahat yang dilawannya secara peribadi dan terang-terangan selama beberapa tahun. Dia berada dalam lingkungan kesedihan dalam tempoh yang lama dan apabila anda mempunyai rakan seperti itu di keliling anda yang mendorong kepada perlakuan sedemikian...dia tidak dapat menolak kejahatan itu,” katanya.

Menurut satu sumber, penyanyi itu menghabiskan hari-hari terakhirnya dengan dadah.

“Dia kelihatan seperti mayat hidup,” kata sumber itu. Menurut RadarOnline, pengurusan Hotel Beverly Hilton juga meminta koroner meninggalkan mayat Whitney di bilik hotel itu hingga parti pra-Grammy Clive Davis selesai.

Satu sumber memberitahu laman web berkenaan, keputusan itu dibuat “sebagai menghormati Whitney Houston” dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment