PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Whitney Houston meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label Whitney Houston meninggal dunia. Show all posts

Edisi Sentap! Gambar Terakhir Whitney Houstan dalam Keranda!

Oleh Kaki Wayang on


Gambar Whitney Houstan sebelum dikebumikan..macam
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Terakhir Whitney Houstan dalam Keranda!

Edisi Terkini! Diva pop Whitney dikebumi!

Oleh Kaki Wayang on


Mendiang diva pop Whitney Houston dikebumikan di tempat kelahirannya di bandar raya Newark, semalam. Pengebumian yang diadakan secara tertutup itu diiringi dengan persembahan koir. Keranda Houston kemudiannya dibawa keluar dari gereja pada jam 3.41 petang (4.41 pagi ini waktu Malaysia). Beberapa orang rakan artis turut kelihatan pada upacara pengebumian, antaranya Rickey Minor dan Kevin Costner.


Penyanyi itu ditemui tidak sedarkan diri dalam tab mandi di bilik hotelnya di Los Angeles,11 Februari lalu. Mendiang berusia 48 tahun. Berita kematian penyanyi itu mengejutkan banyak pihak, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi berhubung punca kematiannya, yang dikaitkan dengan ketagihan dadah dan alkohol.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Diva pop Whitney dikebumi!

Edisi Sentap! Bobby Brown dihalau pada majlis pengebumian Whitney Houstan!

Oleh Kaki Wayang on


Penyanyi Bobby Brown tiba-tiba meninggalkan majlis penghormatan bekas isterinya, Whitney Houston di gereja New Hope Baptist di Newark kelmarin. Dia mendakwa pengawal peribadi memintanya keluar beberapa kali dan menghalangnya daripada melihat anak perempuannya yang dijaga oleh Houston.

Menurut satu kenyataan Brown, semasa tiba pada majlis penghormatan itu, dia tidak dibenarkan untuk menemui anak perempuannya hasil perkongsian hidupnya dengan Houston, Bobbi Kristina Brown, 18. Brown dan Houston bercerai pada 2007 selepas 15 tahun rumah tangga mereka berdepan dengan masalah.

“Pada majlis itu, saya memberikan ciuman pada keranda bekas isteri saya dan meninggalkan majlis kerana saya tidak mahu mewujudkan satu ledakan emosi atau kemarahan,” kata Brown.

“Anak saya kecewa dengan insiden itu.” tambahnya.

Houston yang punca kematiannya masih belum diketahui selepas dia ditemui tidak bernyawa dalam tab mandi pada 11 Februari lalu di Hotel Beverly Hilton, Los Angeles.

Mayat Houston yang meninggal dunia pada usia 48 tahun dikebumikan di kubur sebelah bapanya di Newark, New Jersey semalam.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Bobby Brown dihalau pada majlis pengebumian Whitney Houstan!

Edisi Hangat! Siaran Langsung: Pengebumian Whitney disiar secara langsung!

Oleh Kaki Wayang on

Upacara pengebumian ratu pop, Whitney Houston, akan disiarkan secara langsung dari gereja Baptist New Jersey di mana mendiang membesar sebagai ahli kumpulan koir gereja berkenaan.

"Pegawai seranta beliau sudah memilih seseorang yang akan dibenar masuk dan menyiarkan (video) kepada anda semua," kata pengendali persiapan pengebumian Whitney, Carolyn Whigham. 

Whigham berkata, sebuah skrin gergasi akan dipasang di luar New Hope Baptist Church bagi membolehkan peminat penyanyi berusia 48 tahun yang meninggal dunia Sabtu lalu itu, menyaksikan upacara pengebumian berkenaan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Siaran Langsung: Pengebumian Whitney disiar secara langsung!

Edisi Panas! Whitney Houston lesbian!

Oleh Kaki Wayang on

WHITNEY (kiri)  bersama beberapa rakan dalam gambar yang dirakam pada 1994. Dia dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Robyn Crawford (kanan). 
WHITNEY (kiri) bersama beberapa rakan dalam gambar yang dirakam pada 1994. Dia dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Robyn Crawford (kanan).  

Whitney Houston didakwa merahsiakan dia lesbian dan menagih arak dan dadah bagi melupakan kehidupan yang penuh penipuan itu. Bagaimanapun ketagihan melampau menyebabkan penyanyi itu terbunuh.Khabar angin yang mula tersebar mendakwa, penyanyi itu, selama 30 tahun, mempunyai hubungan sulit dengan bekas penolongnya.

Tetapi rakannya kini bercakap secara terbuka mengenai nafsu seks songsang penyanyi itu selepas kematiannya. Aktivis hak asasi gay, Peter Tatchell berkata, perkahwinan Whitney dengan Bobby Brown hanya menjadi tabir kepada kehidupan sebenarnya.

“Adalah penting untuk mendedahkan perkara sebenar mengenai aspek kehidupannya ini. “Whitney paling bahagia dan berada di puncak kehidupannya pada 1980-an apabila dia menjalinkan hubungan songsang dengan teman wanitanya. "Mereka saling mencintai satu sama lain dan gembira bersama. Kemungkinan ketidakupayaannya untuk menerima dan melahirkan cinta sesama jenis menyebabkan dia menagih dadah. “Dia terdesak untuk berkahwin dengan Bobby Brown. Perkahwinan itu menjadi satu bencana. Kehidupan Whitney semakin merosot selepas itu,” ” kata Tatchell kepada akhbar Daily Star.

Aktivis yang berpangkalan di Britain itu bagaimanapun tidak menyebut nama wanita berkenaan. Namun, sumber lain berkata, wanita itu ialah Robyn Crawford. Bekas pembantu penyanyi itu menulis kata-kata penghormatan bertemakan Valentine untuk Whitney beberapa jam selepas penyanyi itu mati. Ia disiarkan oleh sebuah majalah Amerika Syarikat. Robyn menulis: “Saya mula mengenali Whitney ketika saya berusia 16 tahun dan serta-merta tahu bahawa dia wanita istimewa. Whitney menjadi peragawati ketika itu dan mempunyai kulit kuning kemerah-merahan. Dia tidak kelihatan seperti orang lain yang pernah saya temui di New Jersey.

“Saya tidak percaya tidak dapat lagi memeluk atau mendengar ketawanya lagi.”

Dakwaan itu disokong oleh adik ipar Whitney dan bekas pengawal peribadinya, Kevin Ammons. Malah, bekas suaminya, Brown menggambarkan bahawa perkahwinan mereka adalah untuk melindungi keinginan Whitney terhadap wanita. 
 
Adik Bobby, Tina Brown berkata: “Saya melihatnya dengan seorang wanita beberapa kali.”

Dan Brown, 43, menulis dalam biografinya bahawa dia yakin Whitney mempunyai agenda lain. Beberapa pihak percaya Brown merujuk kepada perkahwinan itu sebagai cara untuk menghentikan khabar angin.

“Perkahwinan kami musnah sejak awal lagi,” kata Brown.

Bekas pengawal peribadinya menulis dalam bukunya mengenai bintang itu bahawa Robyn menampar Whitney selepas dia melihat penyanyi itu berseronok dengan lelaki dan begitu berang apabila Whitney berikrar untuk berkahwin dengan Brown. Ammons juga mendakwa Whitney membayar bekas pegawai perhubungan awamnya supaya tidak mendedahkan hubungan sulitnya dengan Robyn. Whitney, 48, ditemui mati dalam kamar mandi di Hotel Hilton Beverly di Beverly Hills, California, Sabtu lalu. Dia didakwa memakan terlalu banyak campuran dadah dan arak sebelum itu. Whitney akan dikebumikan Sabtu ini di New Jersey.

Ketika menyangkal khabar angin pada 2000, Whitney berkata: “Saya adalah ibu, bukan lesbian. Saya bukan gay.”

Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Whitney Houston lesbian!

Edisi Terkini! Situasi Akhir Whitney Houstan Sebelum ditemui mati (Gambar)

Oleh Kaki Wayang on

Mayat Whitney Houstan tiba di rumah pengurusan mayat Whigham



Sisa sandwich ayam dan pencukur yang berselerakan di atas lantai bilik air




Sajian akhir Whitney Houstan ketika menginap di hotelnya

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Situasi Akhir Whitney Houstan Sebelum ditemui mati (Gambar)

Edisi Terkini! Lagi Berita Terkini Mengenai Kes Kematian Whitney Houstan!

Oleh Kaki Wayang on

SEDIH...peminat menghadiri acara memperingati Whitney di Leimert Park, Los Angeles. 
SEDIH...peminat menghadiri acara memperingati Whitney di Leimert Park, Los Angeles.  


Mayat penyanyi Whitney Houston tiba di bandar kelahirannya, di Newark, New Jersey malam tadi di sebalik laporan bahawa doktor peribadinya bakal berdepan soalan bagaimana dia boleh mendapat dadah yang ditemui di bilik hotelnya. Mayat Whitney diterbangkan dari Los Angeles dengan jet peribadi dan dibawa ke rumah pengurusan mayat Whigham di Newark yang menguruskan pengebumian bapanya pada 2003.

Keluarga Whitney dikatakan menimbangkan mengadakan majlis pengebumian di Pusat Prudential Newark yang mengacarakan majlis sukan profesional dan kolej yang mampu memuatkan 18,000 orang.
 
Mayat Whitney diterbangkan pulang ketika doktor peribadinya dijangka disoal sama ada dia mendapat dadah yang ditemui di biliknya di Hotel Beverly Hilton secara haram. Mayat penyanyi berusia 48 tahun itu ditemui dalam tab mandi di bilik hotel Sabtu lalu, di kelilingi pelbagai ubat termasuk ibuprofen - pil tahan sakit, Xanax - ubat anti-resah, Midol - untuk sakit datang bulan, amoxicillin - untuk jangkitan bakteria dan pelbagai ubat lain. Koroner akan meminta salinan rekod perubatannya dan akan membandingkannya dengan pelbagai ubat yang ditemui di bilik hotelnya, kata satu sumber kepada The Sun. Sekiranya seseorang memberi Whitney ubat secara haram, mereka boleh didakwa.

“Pihak berkuasa perlu menentukan tiada siapa yang bersalah terlepas. Mungkin ada dakwaan dalam kes ini,” kata sumber itu. Koroner belum menentukan punca kematian Whitney, tetapi dipercayai dia mati mungkin akibat campuran dadah sebelum dia tenggelam di dalam tab mandi di mana mayatnya ditemui.

Rakan Whitney mengatakan kematian tidak dijangka penyanyi itu bukan “satu kejutan besar” berikutan “tahap kesihatan dan emosi semakin teruk” dialaminya yang turut dibantu oleh pihak lain. “Kedengarannya ia memang sedih, tetapi ia bukan satu kejutan besar, namun ia tetap sukar dipercayai,” kata seorang pemuzik kepada majalah People. “Ada kuasa jahat yang dilawannya secara peribadi dan terang-terangan selama beberapa tahun. Dia berada dalam lingkungan kesedihan dalam tempoh yang lama dan apabila anda mempunyai rakan seperti itu di keliling anda yang mendorong kepada perlakuan sedemikian...dia tidak dapat menolak kejahatan itu,” katanya.

Menurut satu sumber, penyanyi itu menghabiskan hari-hari terakhirnya dengan dadah.

“Dia kelihatan seperti mayat hidup,” kata sumber itu. Menurut RadarOnline, pengurusan Hotel Beverly Hilton juga meminta koroner meninggalkan mayat Whitney di bilik hotel itu hingga parti pra-Grammy Clive Davis selesai.

Satu sumber memberitahu laman web berkenaan, keputusan itu dibuat “sebagai menghormati Whitney Houston” dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Lagi Berita Terkini Mengenai Kes Kematian Whitney Houstan!

Edisi Hangat! Mayat Whitney disemadikan di New Jersey!

Oleh Kaki Wayang on

Foto
Jet Peribadi yang mambawa mayat mendiang Whitney Houstan ke New Jersey

Mayat mendiang Whitney Houston dihantar pulang ke tempat asalnya di New Jersey malam tadi untuk disemadikan pada hujung minggu ini.

Foto
Tanda peringatan yang diberikan oleh peminat


Keluarga Whitney bertanggungjawab sepenuhnya terhadap majlis itu dan upacara pengebumian akan diadakan di Newark Prudential Center, yang boleh memuatkan kira-kira 18,000 orang.

Pegawai majlis bandar raya di sini menunggu ketibaan ahli keluarga ratu pop popular itu untuk menyempurnakan majlis pengebumian berkenaan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Mayat Whitney disemadikan di New Jersey!

Edisi Simpati! Anak Whitney Houstan mahu bunuh diri!

Oleh Kaki Wayang on


Keluarga Whitney Houston bimbang anak perempuan penyanyi itu, Bobbi Kristina (atas), 18, mungkin cuba membunuh diri selepas ibunya meninggal dunia menyebabkan mereka mengkaji menghantarnya ke pusat pemulihan.  Bobbi Kristina dibawa ke hospital sekali malam kelmarin dan sekali lagi pagi semalam.

“Kami dimaklumkan dia dalam keadaan histeria, kepenatan dan gagal dipujuk,” kata laman web TMZ. Sumber rapat penyanyi itu memberitahu TMZ, keluarganya percaya anak perempuan Whitney itu mungkin cuba membunuh diri.

Bobbi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan menjerit ke arah anggota polis pada malam kematian ibunya 11 Februari lalu selepas dilarang melihat mayat ibunya.

Ketika industri muzik dan jutaan peminat meraikan anugerah Grammy, sumber memberitahu Hollywoodlife.com secara eksklusif bahawa Bobbi Kristina, terlalu sedih selepas kematian ibunya sehingga dia tidak mahu hidup lagi.

“Kami bimbangkan Bobbi Kristina ketika ini. Ketika semua orang menyambut Grammy, Bobbi Kristian berjuang meneruskan hidupnya,” kata sumber keluarga itu kepada Hollywoodlife.com.

Anak perempuan mendiang penyanyi pop terkenal itu dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Cedars-Sinai di sini tengah hari semalam dan Hollywoodlife.com mendapat tahu dia dibawa ke sebuah lokasi rahsia oleh bapanya, Bobby Brown dan beberapa ahli keluarganya.

Sumber memberitahu Hollywoodlife.com bahawa Bobbie Kristina menunjukkan tanda-tanda ‘dilanda tekanan jiwa yang teruk’ dan dia ‘secara fizikalnya terlalu murung.’

“Bobbi Kristina terlalu sedih selepas mendapat tahu kematian ibunya. Dia enggan menerima pujukan orang lain,” lapor sumber.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Simpati! Anak Whitney Houstan mahu bunuh diri!

Edisi Hangat! Perkembangan Terbaru! Paru-paru Whitney Houston ada air!

Oleh Kaki Wayang on

 
HOTEL Beverly Hilton, California tempat Whitney Houston menginap smeasa dia mati pada Sabtu lalu.  


Laporan bedah siasat mendapati paru-paru mayat legenda pop wanita Amerika Syarikat (AS), Whitney Houston mengandungi air, menurut stau laporan berita semalam. Bagaimanapun, sumber-sumber penguat kuasa undang-undang menyatakan para pemeriksa perubatan perlu mengetahui secara tepat berapa jumlah air dalam paru-parunya sebelum kematian penyanyi berkenaan boleh diputuskan akibat lemas, lapor laman berita hiburan TMZ.com.


Houston ditemui mati di dalam bilik hotelnya di Hotel Beverly Hilton, California, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu dan beberapa laporan mendakwa dia ditemui mati di dalam tab mandi. Pihak berkuasa masih belum lagi menentukan sama ada Houston mati sebelum dia lemas dalam air atau selepas itu kerana masih ada kemungkinan penyanyi tersebut telah mati sebelum memasuki tab mandi.


Walaupun, keputusan bedah siasat penyanyi itu sudah selesai, punca kematiannya tidak boleh ditentukan sehingga keputusan toksikologi diperoleh yang selalunya mengambil masa di antara empat hingga enam minggu. Penolong Ketua Koroner, Ed Winter enggan memberi komen lanjut tentang keadaan bilik atau sebarang bukti yang ditemui oleh para penyiasat, lapor agensi berita AP.


Winter berkata, tiada tanda-tanda jelas terdapat trauma pada tubuh Houston malah para penyiasat tidak akan memberikan sebarang punca kematian sehingga mereka memperoleh keputusan daripada makmal yang akan diperoleh beberapa minggu lagi.


Pada masa sama, seorang pegawai polis Beverly Hills, Leftenan Mark Rosen berkata, pihaknya mungkin mendedahkan butiran lanjut yang diperoleh mengenai kematian Houston namun ia bergantung sama ada para penyiasat berasa selesa untuk mendedahkan sebarang maklumat.

 


Pada Sabtu lalu, seorang anggota rombongan Houston menemui penyanyi tersebut yang tidak sedarkan diri di biliknya di Hotel Beverly Hilton hanya beberapa jam sebelum dia sepatutnya menghadiri parti menjelang Anugerah Grammy.


Menurut Rosen, tiada tanda-tanda perbuatan khianat. Seorang anggota rombongannya mengubungi talian kecemasan 911 sebelum anggota-anggota paramedik tiba untuk memberikan bantuan bagi menyelamatkan nyawa Houston di bilik hotelnya tetapi mereka gagal berbuat demikian sehingga polis tiba. 


Houston memang mempunyai sejarah ketagihan dadah sejak 10 tahun lalu. Dia yang juga penerbit dan bekas model pernah berkahwin dengan penyanyi blues, Bobby Brown pada tahun 1992 sebelum bercerai pada tahun 2007.


Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Bobbi Kristina. Sementara itu, akhbar dalam talian MailOnline melaporkan Houston yang juga bintang filem ditemui lemas dalam tab mandi akibat pengambilan ubat penenang melebihi dos dan minuman keras selepas dia menghadiri parti menjelang Anugerah Grammy.


Antara ubat yang ditemui di biliknya ialah Lorazepam, Valium, Xanax dan ubat tidur.  Ubat-ubat itu dipercayai digunakan sebagai penenang yang menyebabkan dia tertidur dalam tab mandi sebaik sahaja bercampur dengan arak dalam tubuhnya. Sebelum kematiannya, Houston kelihatan berpeluh dan tidak kemas ketika dia meninggalkan kelab malam Tru Hollywood pada malam Khamis lalu. Dia juga berparti dengan sekumpulan besar rakannya sebelum pulang ke hotel tempat dia ditemui mati pada Sabtu lalu.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Perkembangan Terbaru! Paru-paru Whitney Houston ada air!

Edisi Hangat! Kisah Hidup Whitney Houstan sejak kecil!

Oleh Kaki Wayang on


DILAHIRKAN pada 9 Ogos 1963 di New Jersey, Amerika Syarikat (AS), permulaan kerjaya seni Whitney Houston adalah dengan menyanyi di gereja dan kelab-kelab kecil bersama ibunya, Cissy Houston.
Houston boleh dikatakan agak bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga seni kerana sepupunya, Dionne Warwick juga merupakan seorang penyanyi terkenal.

Di zaman remajanya, Houston juga pernah menjadi penyanyi pengiring bagi artis-artis popular antaranya Chaka Khan dan Jermaine Jackson. Bukan hanya berbakat besar dalam bidang nyanyian, Houston juga dikurniakan dengan wajah jelita yang jarang ada pada wanita kulit hitam yang lain. Tidak hairanlah atas faktor itu, Houston mendapat peluang menjadi gadis penghias kulit majalah dengan salah satunya adalah majalah Seventeen dan dianggap sebagai salah seorang wanita kulit hitam untuk mendapat penghargaan setinggi itu.

Kehidupannya berubah pada tahun 1983 apabila mogul muzik, Clive Davis yang menjadi ketua syarikat rakaman, Artista Records di bawah syarikat BMG Music ketika itu hadir menonton persembahan Houston di salah sebuah kelab malam di New York, AS. Terpukau dengan vokal Houston yang menakjubkan dan segar, Davis tidak menunggu lama untuk menjadikan Houston sebagai artis rakaman di bawah Arista.

Pada tahun 1985, Houston muncul dengan album perdananya, Whitney Houston yang serta-merta mendapat sambutan luar biasa dan kritikan positif daripada pengkritik muzik malah membolehkannya meraih anugerah Grammy pertamanya bagi Vokal Pop Wanta Terbaik. Memuatkan lagu-lagu popular seperti How Will I Know, All At Once, Saving All My Love For You dan Greatest Love Of All, ia dengan pantas meletakkan nama Houston sebagai bintang baru yang wajar diberi perhatian ketika itu. Perlahan-lahan dia mendaki puncak populariti sehingga menjadi bintang pop pujaan ramai dek kemantapan dan kehebatan vokal yang sukar ditandingi.

Sehinggakan Davis sendiri pernah memberitahu bahawa suara Houston telah mengubah dunia. Meneruskan legasinya, Houston muncul dengan dua album selepas itu, Whitney (1987) dan I'm Your Baby Tonight (1990) yang menampilkan banyak lagu-lagu popular serta hits di seluruh dunia.

Antaranya I Wanna Dance with Somebody (Who Loves Me), Where Do Broken Hearts Go, So Emotional, Didn't We Almost Have It All, I'm Your Baby Tonight, All The Man That I Need dan Miracle telah meletakkan nama Houston di mercu kejayaan. Menyedari popularitinya yang luar biasa itu, Houston mengorak langkah sebagai seorang pelakon dengan membintangi filem semi muzikal, The Bodyguard bersama Kevin Costner pada tahun 1992.

Impak yang terhasil daripada filem itu cukup besar apabila album runut bunyinya menjadi fenomena di seluruh dunia. Semuanya gara-gara lagu I Will Always Love You yang menjadi lagu tema filem tersebut. Rata-rata pengkritik dan pencinta muzik dunia bersetuju bahawa nyanyian dan penyampaian Houston dalam lagu itu cukup memukau dan luar biasa sekali.

Penangan populariti lagu itu juga telah menjadikan album runut bunyi The Bodyguard sebagai album runut bunyi terlaris sepanjang zaman dengan penjualan sebanyak 17 juta unit di AS dan 44 juta salinan di seluruh dunia. Malah album itu juga telah memenangi tiga anugerah Grammy termasuk Album Terbaik serta Rakaman Terbaik dan Persembahan Vokal Pop Terbaik untuk Houston bagi lagu I Will Always Love You.

Ekoran daripada kejayaan lagu itu juga, kontroversi mula tercetus apabila Houston telah mengeluarkan kenyataan yang telah menyinggung perasaan komposer dan penyanyi asal lagu itu, Dolly Parton. Houston dikatakan telah membuat kenyataan yang menyatakan dia menyanyikan lagu itu jauh lebih baik daripada Parton di mana kebenaran itu memang jelas terbukti. Namun Houston menafikan perkara itu dengan memuji Parton sambil menyatakan lagu itu telah ditulis begitu indah oleh Parton.

Begitu juga Parton yang berterima kasih kepada Houston yang telah memperkenalkan lagu itu kepada masyarakat dengan lebih meluas selain dapat meningkatkan royaltinya. Selepas itu, Houston telah membintangi dua buah filem lagi iaitu Waiting To Exhale (1995) dan The Preacher's Wife (1996) dengan album runut bunyinya juga sukses biarpun tidak sehebat The Bodyguard.

Pada ketika dia berada di kemuncak kegemilangan itulah juga Houston mula terlibat dengan dadah dan alkohol. Dua kali memasuki pusat pemulihan, Houston membuat pengakuan terbuka kepada Oprah Winfrey mengenai keadaan dirinya yang sudah bebas pengaruh tersebut pada 2010.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Kisah Hidup Whitney Houstan sejak kecil!

Edisi Hangat! Alkohol, dadah punca ragut nyawa Houston!

Oleh Kaki Wayang on

PADA pukul 3.43 petang Sabtu lalu (Ahad pagi waktu Malaysia), polis Los Angeles yang menerima panggilan kecemasan telah bergegas ke bilik penginapan Whitney Houston di Hotel Hilton Beverly. Malah pasukan paramedik yang kebetulan berada di hotel berkenaan turut bergegas ke bilik penginapannya. Tetapi mereka tidak dapat berbuat-buat apa untuk menyelamatkan nyawa penyanyi tersohor itu. Ironinya, sesuai dengan taraf diva yang diterima, riwayat hidup Houston berakhir pada malam sebelum Anugerah Grammy - malam yang sentiasa ditunggu-tunggunya saban tahun. 

Serentak dengan itu juga, berita kematiannya tersebar ke serata dunia. Orang ramai yang lalu lalang di Time Square, New York tergamam seketika seolah-olah tidak percaya akan berita kematian diva berusia 48 tahun ini. Yang menjadi persoalan sekarang ialah apakah yang menjadi punca kematiannya? Lagi pula, berita mengenai Houston terutama yang kurang enak tentang dirinya agak jarang terpampang di media massa kebelakangan ini.

Sehingga artikel ini ditulis, punca kematian Houston masih lagi disiasat dan semuanya akan terjawab sebaik sahaja keputusan bedah siasat diumumkan. Biar sebab-sebab kematiannya masih tidak pasti namun pemergian anak kelahiran New Jersey, AS ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi serta kurang enak didengar.

Sudah pasti, punca utama yang dikaitkan dengan Houston adalah dadah dan alkohol yang telah menjadi sebahagian hidup penyanyi itu sejak sekian lama. Mungkin terlalu awal untuk mengaitkan kedua-dua faktor itu tetapi jika diselak kembali helaian diari hidup pemilik nama penuh Whitney Elizabeth Houston ini, memang tiada yang mustahil.

Kerana dadah dan alkohol jugalah, ia telah menjatuhkan prestij dan kedudukan Houston sebagai bintang termasyhur dunia yang disanjung jutaan peminatnya. Malah menurut sumber, sewaktu Houston melatih penyanyi Brandy dan Monica ketika latihan persembahan untuk Grammy Khamis lalu, dia bukan sahaja kelihatan berpeluh tetapi nafasnya juga berbau arak dan rokok.

Dua hari lalu, penyanyi itu turut mengadakan persembahan pada malam parti pra-Grammy bersama-sama Kelly Price. Kehidupan malap Houston bermula apabila dia mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan pop, New Edition, Bobby Brown pada tahun 1992. Sebelum itu, Houston pernah dikaitkan dengan beberapa orang lelaki termasuklah pemain American football, Randall Cunningham dan pelakon komedi terkenal, Eddie Murphy. Ketika Houston membuat keputusan untuk berkahwin dengan Brown, ramai menganggap ia satu langkah yang kurang bijak ekoran reputasi dan rekod buruk lelaki itu.

Namun kerana cinta yang mendalam kepada Brown, Houston tidak mempedulikan kata-kata orang termasuk keluarganya yang tidak berkenan dengan pilihan hati Houston itu. Ternyata cinta melangkaui segala-galanya buat Houston dan Brown dan mereka dikurniakan dengan satu-satuya anak perempuan, Bobbi Kristina Houston Brown yang kini berusia hampir 18 tahun.

Permulaan kehidupan mereka berjalan dengan baik sehinggalah beberapa tahun selepas itu apabila rumah tangga mereka berdepan dengan pelbagai masalah yang berpunca daripada Brown. Lelaki itu bukan sahaja terlibat dalam kes-kes jenayah sehingga dipenjarakan, lebih malang lagi, Brown merupakan individu yang bertanggungjawab merosakkan reputasi dan prestij Houston dengan dadah dan alkohol.

Walaupun begitu, Houston masih terus setia di samping suaminya walau dikecam dan dikritik oleh masyarakat yang melihatnya sebagai seorang yang kurang waras apabila terus bersama lelaki yang dianggap perosak itu.

Tetapi ketika itu, nasib masih menyebelahi Houston kerana lagu-lagu dan suaranya masih lagi bertenaga serta diterima baik oleh para peminat setianya. Nama penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu I Will Always Love You dan I Wanna Dance With Somebody (Who Loves Me) terus berada di puncak sehinggalah pada awal tahun 2000 apabila dengan perlahan-lahan kualitinya sebagai penyanyi termasyhur mula jatuh. Suaranya yang dahulu dianggap sebagai suara emas berubah menjadi parau sehingga dia tidak mampu lagi menyanyi seperti asal. Nota tinggi yang sering dinanti-nantikan tidak lagi berupaya memukau peminat.

Semuanya berpunca daripada pengambilan dadah dan alkohol yang menjadi peneman setia Houston setiap masa terutama ketika dia berdepan dengan pelbagai masalah rumah tangga dan hidup. Sehinggakan peminat setianya sendiri mengecam dan mengkritik Houston apabila dia muncul dengan album I Look To You pada tahun 2009 selepas kali terakhir hadir dengan album Just Whitney... pada 2002.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Alkohol, dadah punca ragut nyawa Houston!

Edisi Hangat! Gambar Whitney Houstan diusung keluar dari hotel dan punca kematiannya!

Oleh Kaki Wayang on

BOBBI dikejarkan ke hospital kerana didapati tidak sedarkan diri di Hotel Beverly Hilton hanya beberapa jam sebelum ibunya ditemui mati di hotel sama. 

Whitney Houston dilaporkan mati akibat campuran sejumlah ubat-ubatan termasuk pil merawat tekanan dikenali dengan nama dagangan Xanax dan alkohol. Sumber berkata, pegawai koroner Los Angeles memberi tahu keluarga Whitney, kandungan air di paru-paru penyanyi popular itu tidak mencukupi untuk menganggap dia lemas dalam tab mandi di bilik Hotel Beverly Hilton.

Malah, kata sumber itu, koroner percaya Whitney mati sebelum kepalanya tenggelam di dalam tab berkenaan. Laman sesawang gosip TMZ melaporkan, mayat Whitney sebenarnya ditemui ibu saudaranya, Mary Jones, bukan pengawal peribadi seperti dilaporkan kelmarin.

“Anak perempuan Whitney, Bobbi Kristina, 18, juga dipercayai tertidur dalam tab mandi di hotel sama hanya 24 jam sebelum itu,” lapor TMZ.

Pengawal keselamatan terpaksa dipanggil untuk membuka kunci pintu bilik Bobbi dan kini keluarganya bimbang kejadian itu bukan secara kebetulan, sebaliknya cubaan remaja terbabit membunuh diri. Sementara itu, Bobbi dikejarkan ke hospital dua kali dalam tempoh 24 jam ekoran penemuan mayat Whitney kelmarin.

Remaja terbabit dimasukkan ke hospital kali pertama selepas dipercayai pengsan akibat mengambil arak dan pil khayal diberikan anggota rombongan Whitney satu demi satu untuk menenangkannya. Bobbi sekali lagi dilihat dibawa keluar dengan pengusung dari hotel berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi - hanya beberapa jam sebelum mayat Whitney ditemui. Sumber berkata, Bobbi terpaksa dikejarkan ke Hospital Cedars-Sinai untuk menerima rawatan bagi masalah tekanan melampau. Beberapa jam kemudian, Bobbi dibenarkan keluar, tetapi rakan dan keluarganya tetap bimbang terhadap keadaan mentalnya.

Pada Khamis, Whitney dilihat berpesta sehingga mabuk dan sempat bergaduh dengan pengawal keselamatan pusat hiburan berkenaan. Petang keesokan harinya, Whitney sekali lagi berpesta secara melampau. Kata sumber, beberapa botol Lorazepam, Valium, Xanax dan ubat tidur ditemui di bilik Whitney.

“Ubat itu dipercayai bertindak sebagai penenang, menyebabkan Whitney tertidur dalam tab mandi sebaik saja ia bercampur dengan alkohol yang diambil petang sebelumnya,” katanya.

Pejabat koroner Los Angeles secara rasmi enggan memberi komen terhadap khabar angin mengenai penemuan air dalam paru-paru Whitney yang boleh mengaitkannya dengan insiden lemas. Maklumat lanjut mungkin hanya dikeluarkan selepas semua siasatan disiapkan dan ia dijangka mengambil masa antara satu hingga dua bulan. Polis juga tidak membenarkan sesiapa melawat mayat berkenaan selagi ia berada dalam kawalan mereka. TMZ melaporkan, pada peringkat awal ramai pihak percaya mayat Whitney ditemui bekas teman lelakinya yang muda 17 tahun, Ray-J. Namun, Ray-J mendakwa dia tidak berada “di mana-mana tempat berhampiran lokasi kejadian” tetapi tetap bersedih.

“Dia ada menghubungi saya melalui telefon tetapi tidak sempat dijawab,” katanya.

Ketika Whitney mati dan Bobbi dihantar ke hospital, bekas suami penyanyi itu, Bobby Brown, berada di Nashville. Walaupun dilaporkan menangis akibat kematian Whitney, Brown tetap muncul di pentas bersama kumpulannya, New Edition, dan sempat menjeritkan “Aku sayang kamu, Whitney!” ketika konsert berkenaan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Whitney Houstan diusung keluar dari hotel dan punca kematiannya!

Edisi Hangat! Susulan Kisah Bagaimana Whitney Houstan Meninggal Dunia!

Oleh Kaki Wayang on

Whitney Houston

Diva, Whitney Houston yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan mukanya tersembam di dalam tab mandi berisi air di Hotel Hilton Beverly Hills, California, Amerika Syarikat Sabtu lalu,didapati bercakap dengan ibunya menerusi telefon, kira-kira 25 minit sebelum kematiannya.

Akhbar The Sun, UK, melaporkan, terdapat beberapa botol ubat yang mengandungi bahan penenang dan ubat tidur sepertimana yang digunakan oleh mendiang Michael Jackson telah ditemui di dalam bilik hotel, tempat Whitney menginap itu,

Sebelum itu pada waktu tengah hari, sepupu Whitney iaitu penyanyi jaz dan “soul” terkenal Dionne Warwick telah menelefon mendiang untuk bertanya tentang majlis koktel yang akan diadakannya sempena majlisAnugerah Grammy yang akan berlangsung pada Ahad malam waktu tempatan.


Kemudian pada jam 2.30 petang, Whitney telah masuk ke bilik mandi sementara pengawal peribadinya bernama Ray menunggu di luar bilik. Selepas itu pada lebih kurang jam 3.15 petang, Whitney telah menelefon ibunya Cissy pula. Menurut ibunya itu, berdasarkan perbualan mereka, dia tidak mengesyaki sesuatu yang buruk.

Menjelang jam 3.43 petang, pengawal peribadi Whitney, Ray mula bimbang dan resah kerana Whitney yang sepatutnya sudah bersedia untuk satu rakaman televisyen di koridor hotel berkenaan bersama sebuah stesen televisyen masih belum keluar dari bilik mandinya. Ray kemudiannya meminta salah seorang pendandan rambut Whitney yang juga stafnya memeriksa keadaan penyanyi itu.

The Sun melaporkan, pembantu penyanyi itu telah menjerit ketakutan sebaik sahaja menemui Whitney dalam keadaan mukanya tersembam di dalam tab mandi yang dipenuhi air dan kelihatan sudah tidak bernyawa.

Mereka kemudiannya cuba untuk memberi pertolongan cemas kepadanya. Pasukan paramedik yang tiba beberapa minit kemudian turut memberikan bantuan kecemasan tetapi malangnya mereka juga gagal menyelamatkannya.

Pada pukul 3.55 petang, pasukan paramedik mengisytiharkan penyanyi pop terkemuka era 80-an dan 90-an yang berusia 48 tahun itu secara rasminya telah meninggal dunia. Akhbar The Sun juga turut memetik beberapa orang saksi sebagai berkata, 48 jam sebelum kematiannya, Whitney telah didapati mabuk dan mengambil minuman keras dengan jumlah yang banyak.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Susulan Kisah Bagaimana Whitney Houstan Meninggal Dunia!

Edisi Hangat! Whitney Houstan lemas dalam bilik mandi!

Oleh Kaki Wayang on

WHITNEY bersama bekas suaminya, Bobby Brown, dan anak perempuan mereka Bobbi, di Disneyland pada Ogos 2004. 

Penyanyi dan pelakon legenda, Whitney Houston, mati dalam bilik hotel disewanya selepas sekian lama bergelut dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol, semalam. Berusia 48 tahun, Whitney ditemui lemas dalam tab mandi oleh pengawal peribadinya.

Menurut sumber, turut ditemui di bilik hotel itu, beberapa botol mengandungi ubat. Katanya, paramedik berusaha menyedarkan penyanyi terbabit tetapi dia akhirnya disahkan mati pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) semalam.

Anak perempuan Whitney, Bobbi Kristina, 19, dilaporkan menjerit-jerit dan bertengkar dengan polis yang enggan membenarkannya masuk ke Hotel Beverly Hilton untuk melihat mayat ibunya. Rakan sepupu Whitney, Dionne Warwick, yang turut bergegas ke hotel itu berkata, Bobbi “tidak dapat dipujuk” sesiapa. Setakat ini, punca kematian Whitney belum diketahui.

Sumber berkata, tiada ubat larangan ditemui di suite tingkat empat hotel berkenaan, tetapi petang kelmarin, Whitney dilihat berfoya-foya berlebihan, selain mabuk dan berborak dengan kuat di lobi. Ketika mayat penyanyi itu diusung ke ambulans, beberapa ela dari situ, sejumlah selebriti, termasuk Britney Spears dan Kim Kardashian mengambil bahagian dalam majlis parti menjelang Anugerah Grammy di hotel sama. Whitney sepatutnya hadir di majlis yang dianjurkan mentornya, Clive Davis.

Suasana parti itu bertukar apabila Davis memberikan penghormatan kepada Whitney sebelum berkata: “Tuan-tuan dan puan-puan, mari kita mulakan muzik.” Selebriti turut memberi penghormatan kepada Whitney sepanjang malam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutig Grammy, Neil Portnow, berkata majlis itu sama sekali tidak akan dibatalkan. Menganggap Whitney sebagai rakan, Portnow berkata, Jennifer Hudson akan mengadakan persembahan di majlis anugerah itu hari ini untuk memperingati penyanyi terbabit. Berita kematian Whitney mendorong ramai tokoh terkenal turut memberi penghargaan terhadap penyanyi yang terkenal itu.

Menurut Simon Cowell, Whitney adalah “diva sebenar” dan seorang daripada penyanyi memiliki suara terhebat pernah didengarnya. Rihanna pula berkata, dia menangis apabila mendapat tahu kematian Whitney, manakala Mariah Carey terlalu sedih kerana kehilangan seorang kawan.

Mitch Winehouse, bapa Amy Winehouse - penyanyi yang mati akibat ketagihan dadah tahun lalu - berkata muzik Whitney dan anaknya akan kekal selamanya. Sumber tidak disahkan berkata, Whitney ditemui bersendirian dalam tab mandi dan mungkin mati akibat lemas.Jurucakap polis mengesahkan, mereka menerima panggilan dari hotel itu pada jam 3.43 petang dan tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Whitney Houstan lemas dalam bilik mandi!

Edisi Hangat! Ketagihan Dadah Punca Whitney Houstan Meninggal Dunia?

Oleh Kaki Wayang on


Diva Whitney Houston Meninggal Dunia

Penyanyi diva terkenal, Whitney Houston dilaporkan meninggal dunia seorang diri ketika ditemui salah seorang rakan terdekatnya di tingkat empaat kamar hotel, Beverly Hilton, pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) semalam. Menurut sumber, rakan Whitney kemudiannya menghubungi paramedik 911 yang bergegas datang ke hotel berkenaan dan berusaha memulihkan beliau melalui kaedah CPR namun cubaan tersebut gagal.

Paramedik 911 kemudiannya mengesahkan kematian penyanyi yang bersuara emas tersebut. Pegawai koroner, Ed Winter, yang menyiasat kematian Whitney memberitahu bahawa terlalu awal untuk mengenal pasti punca-punca kematian penyanyi wanita berkulit hitam itu.

“Belum pasti, masih diperingkat awal penyiasatan dan terlalu awal untuk memberitahu punca kematiannya,” katanya yang dipetik dari TMZ.com.

Dalam kejadian sebelum itu, Whitney dikatakan telah menyertai rakan-rakannya di satu parti santai di hotel tempat beliau menginap pada malam itu dan dikatakan dalam keadaan sihat sahaja.

Rakan-rakannya, Dionne Warwick dan Cissy Houston yang turut berada di parti itu mengesahkan perkara tersebut.

Sementara itu, bekas suami Whitney, Bobby dilaporkan agak bingung dan sedih atas kematian penyanyi itu serta dilihat keluar masuk di hotel tersebut sambil menangis teresak-esak.

Pihak berkuasa sedang berusaha untuk mendapatkan waran untuk menggeledah di bilik hotel Whitney ditemui meninggal dunia dan para penyiasat dijangka mencari dadah yang dikatakan menjadi punca utama kematian mengejutkan penyanyi tersebut.

Sebelum ini, mendiang dikatakan berhempas pulas selama bertahun-tahun untuk menyelesaikan masalah ketagihan dadah yang agak kronik.

Whitney dikatakan telah keluar berseronok bersama teman-temannya di Hollywood pada malam Khamis lalu dan sempat mencapai mikrofon untuk mendendangkan sebuah lagu yang merupakan persembahan terakhir di dalam hidup beliau.

Untuk rekod, penyanyi di kelas yang tersendiri ini pernah menggondol dua Anugerah Emmy, enam Anugerah Grammy, 30 Anugerah Muzik Billboard dan 22 Anugerah Muzik America ketika berada di kemuncak kariernya.

Selain itu, beliau juga merupakan penyanyi wanita pertama yang berjaya mengungguli Carta Billboard Amerika di kedudukan no.1 dan sebanyak 200 juta albumnya terjual di seluruh dunia. Whitney meninggalkan seorang anak perempuan, Bobbi Kristina, hasil perkahwinannya dengan penyanyi R&B terkenal, Bobby Brown, pada tahun 1992 sebelum berpisah pada tahun 2007.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Ketagihan Dadah Punca Whitney Houstan Meninggal Dunia?

Edisi Hangat! Penyanyi legenda Whitney Houston meninggal dunia!

Oleh Kaki Wayang on



Penyanyi pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat dalam tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills, kata polis.

“Pada pukul 3:55 petang (semalam), Whitney Houston diisytihar meninggal dunia di sebuah hotel di Beverly Hills,” kata jurucakap polis, Mark Rosen.

Beliau berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di dalam rombongan beliau dan menemui Houston di atas lantai di bilik hotelnya di tingkat empat ketika usaha telah dibuat untuk memulihkan beliau.

“Tiada tanda jelas berlaku sebarang kejadian jenayah pada masa ini dan kes ini sedang disiasat oleh polis Beverly Hills,” kata jurucakap tersebut.

Punca kematian belum dapat diketahui pada masa ini.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Penyanyi legenda Whitney Houston meninggal dunia!