Penyanyi dan pelakon Latiff Ibrahim kini masih dirawat di Unit Rawatan
Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), di sini, selepas diserang
penyakit jantung kelmarin.
Sehubungan itu, keluarga Latiff meminta penyebaran khabar palsu kematian penyanyi dan pelakon itu dihentikan serta-merta. Adiknya yang juga penghibur terkenal, Datuk Khadijah Ibrahim berkata, khabar angin itu menimbulkan keadaan panik sekali gus membawa tekanan apabila ramai rakan serta sanak saudara terkejut dan menyangka mereka tidak dimaklumkan mengenai kematiannya itu.

“Saya harap tiada pihak membuat spekulasi atau menyebarkan perkara yang
tidak tepat, apatah lagi membabitkan isu meninggal dunia. Abang saya
memang dimasukkan ke hospital disebabkan serangan jantung, namun
keadaannya masih dalam pemantauan.
“Sebenarnya sejak semalam lagi kami menerima banyak panggilan telefon. Apa pun dalam situasi begini, lebih baik kita mendoakan semoga dia cepat sembuh,” katanya ketika dihubungi semalam.
Latiff atau nama sebenarnya, Abdul Latiff Ibrahim, 62, pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu. Namun sejak kebelakangan ini kesihatannya tidak menentu apabila sejak tahun lalu sudah tiga kali dikejarkan ke hospital disebabkan serangan sama.
Daripada keluarga terdekat, difahamkan penyanyi 80-an yang popular dengan lagu Nora itu sepatutnya menjalani pembedahan jantung sekali lagi dalam tempoh terdekat.
P/s: Semakin ramai rasanya yang suka buat cerita-cerita yang tak tahu hujung pangkalnya..biasalah khabar angin..bila khabar angin "blogger" biasanya akan jadikan ianya sebagai satu aset untuk menarik pembaca untuk datang ke blog mereka..yelaa..sape tak terkejut dan sape tak nak tahu kan kalau "Latif Ibrahim Meninggal Dunia"..konfem ramai yang nak baca..tapi hati-hatilah dalam menulis benda yang melibatkan nyawa..