PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Latif Ibrahim meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label Latif Ibrahim meninggal dunia. Show all posts

Edisi Terkini! Latif Ibrahim Meninggal Dunia!

Oleh Kaki Wayang on

Penyanyi Dan Pelakon Terkenal 70-an, Latiff Ibrahim Meninggal Dunia
Penulis sedih apabila dimaklumkan yang penyanyi dan pelakon era 70-an, Latiff Ibrahim telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara, di sini pada pukul 5.50 petang tadi akibat komplikasi jantung. Jenazah beliau akan dibawa ke Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk urusan pengkebumian. Siapa tidak kenal penyanyi ‘bersuara jantan’ yang cukup dikagumi sewaktu era kegemilangannya.

Penulis sedih apabila dimaklumkan yang penyanyi dan pelakon era 70-an, Latiff Ibrahim telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara, di sini pada pukul 5.50 petang tadi akibat komplikasi jantung. Jenazah beliau akan dibawa ke Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk urusan pengkebumian. Siapa tidak kenal penyanyi ‘bersuara jantan’ yang cukup dikagumi sewaktu era kegemilangannya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Latif Ibrahim Meninggal Dunia!

Edisi Terkini! Latif Ibrahim Masih Hidup!

Oleh Kaki Wayang on

Latiff Ibrahim

Penyanyi dan pelakon Latiff Ibrahim kini masih dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), di sini, selepas diserang penyakit jantung kelmarin.

Sehubungan itu, keluarga Latiff meminta penyebaran khabar palsu kematian penyanyi dan pelakon itu dihentikan serta-merta. Adiknya yang juga penghibur terkenal, Datuk Khadijah Ibrahim berkata, khabar angin itu menimbulkan keadaan panik sekali gus membawa tekanan apabila ramai rakan serta sanak saudara terkejut dan menyangka mereka tidak dimaklumkan mengenai kematiannya itu. 

“Saya harap tiada pihak membuat spekulasi atau menyebarkan perkara yang tidak tepat, apatah lagi membabitkan isu meninggal dunia. Abang saya memang dimasukkan ke hospital disebabkan serangan jantung, namun keadaannya masih dalam pemantauan.

“Sebenarnya sejak semalam lagi kami menerima banyak panggilan telefon. Apa pun dalam situasi begini, lebih baik kita mendoakan semoga dia cepat sembuh,” katanya ketika dihubungi semalam.

Latiff atau nama sebenarnya, Abdul Latiff Ibrahim, 62, pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu. Namun sejak kebelakangan ini kesihatannya tidak menentu apabila sejak tahun lalu sudah tiga kali dikejarkan ke hospital disebabkan serangan sama.

Daripada keluarga terdekat, difahamkan penyanyi 80-an yang popular dengan lagu Nora itu sepatutnya menjalani pembedahan jantung sekali lagi dalam tempoh terdekat.

P/s: Semakin ramai rasanya yang suka buat cerita-cerita yang tak tahu hujung pangkalnya..biasalah khabar angin..bila khabar angin "blogger" biasanya akan jadikan ianya sebagai satu aset untuk menarik pembaca untuk datang ke blog mereka..yelaa..sape tak terkejut dan sape tak nak tahu kan kalau "Latif Ibrahim Meninggal Dunia"..konfem ramai yang nak baca..tapi hati-hatilah dalam menulis benda yang melibatkan nyawa..
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Latif Ibrahim Masih Hidup!

Edisi Sentap! Tuduhan Palsu Meninggal Dunia, Latif Ibrahim Stabil Di IJN!

Oleh Kaki Wayang on


Spekulasi yang mengatakan penyanyi dan pelakon veteran tahun 80-an iaitu Latif Ibrahim meninggal dunia pada Sabtu adalah tidak benar. Sebaliknya penyanyi itu berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini pada Sabtu. Pelakon Liza Abdullah yang juga rakan beliau berkata, Latif kelihatan bersemangat dan boleh berborak dengannya ketika melawat beliau pada Sabtu malam.
 "Keadaannya stabil. Dia boleh berborak dengan saya sambil bertanya saya tak 'shooting' ke?" katanya kepada mStar Online melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini Ahad.

Menurut Liza, dia bergeges ke IJN pada Sabtu selepas mendapat berita kononnya Latif meninggal dunia.
Jelasnya, selepas melihat dan berjumpa Latif secara berdepan barulah dia berpuas hati dan menganggap tuduhan itu adalah palsu.

"Saya geram betul. Kenapalah ada org yang suka sangat buat cerita tak betul. Saya memang tak sedap hati bila dapat tahu cerita tu. Sebab tu saya terus ke IJN untuk melihat kesahihannya," kata Liza.

Tambahnya, Latif merupakan individu yang kuat semangat dalam menempuh penyakit jantung yang di hadapinya itu. Sehubungan itu Liza meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Latif dan tidak menyebarkan berita palsu pada masa akan datang. Sementara itu adik penyanyi tersebut iaitu Datuk Khatijah Ibrahim memberitahu kesihatan Latif berada dalam keadaan terkawal.

Pada Sabtu pihak media di khabarkan Latif meninggal dunia selepas ada pihak menyebarkan berita tersebut sehingga menimbulkan suasana panik.

P/s: Kepada semua, anda diminta untuk berhati-hati dalam menyampaikan berita agar tidak menimbulkan suasana panik..

Sumber: MSTAR
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Tuduhan Palsu Meninggal Dunia, Latif Ibrahim Stabil Di IJN!