SERAP...susuk emas meresap ke dalam kulit pemakai.
Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah 
hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang 
wanita insaf dan nekad membuang susuk dipakainya lebih 20 tahun.
  Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati
 berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat 
dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib 
serupa.
   “Bagaimanapun, bukan senang untuk membuang pelbagai susuk yang 
lebih 20 tahun tertanam di beberapa anggota tubuh kerana prosesnya amat 
menyeksakan.
“Saya terpaksa berendam seminggu dalam kubang kerbau dengan bantuan bomoh yang membuang debu-debu susuk di dalam tubuh.
   “Sepanjang seminggu itu, makanan dihantar bomoh berkenaan kerana 
kubang kerbau tempat saya berendam jauh daripada orang ramai,” katanya 
yang sedia berkongsi keterlanjuran silamnya sebagai iktibar kepada 
masyarakat.
   Hayati berkata, dia mula memakai susuk ketika berusia 25 tahun 
berikutan ingin kelihatan cantik supaya kedai makan diusahakannya 
menarik pelanggan. 
 

 

 0 Comments
0 Comments