PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label kisah-kisah pengajaran. Show all posts
Showing posts with label kisah-kisah pengajaran. Show all posts

Edisi Pengajaran! Pramugari Koma Di Tanah Suci Mekah - Serius Kisah Benar!

Oleh Kaki Wayang on


Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Pramugari Koma Di Tanah Suci Mekah - Serius Kisah Benar!

Edisi Iktibar! Wajah Hodoh, Kulit Hangus Akibat Pakai Susuk Apabila Mati - Kisah Benar!

Oleh Kaki Wayang on

SERAP...susuk emas meresap ke dalam kulit pemakai.
SERAP...susuk emas meresap ke dalam kulit pemakai. 

Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang wanita insaf dan nekad membuang susuk dipakainya lebih 20 tahun.

Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib serupa.
Sila baca selanjutnyaEdisi Iktibar! Wajah Hodoh, Kulit Hangus Akibat Pakai Susuk Apabila Mati - Kisah Benar!

Edisi Informasi! Kisah Allah Menciptakan Jibrail A.S!

Oleh Kaki Wayang on

 Sekadar gambar hiasan!!!

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa,
“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Kisah Allah Menciptakan Jibrail A.S!

Edisi Informasi! Abu Hurairah bak mutiara!

Oleh Kaki Wayang on

MAKAM Abu Hurairah yang terletak di tengah-tengah Suoq Hamidiyah, Damsyiq, Syria. 

ABU Hurairah r.a, sahabat Nabi Muhammad SAW, dikatakan biasa berpuasa sunat tiga hari pada setiap awal bulan Qamariah (bulan Arab dalam tahun Hijrah) dan mengisi malamnya dengan membaca al-Quran dan solat tahajud. Beliau akrab dengan kemiskinan dan sering mengikat batu di perutnya untuk menahan lapar. Dalam sejarah, beliau dikenal sebagai tokoh yang paling banyak meriwayatkan hadis. Orang mengenalinya sebagai Bapa Kucing Kecil (Abu Hurairah).

Abu Hurairah adalah sahabat yang sangat akrab dengan nabi. Beliau dikenal sebagai salah seorang ahli suffah, iaitu golongan fakir yang tinggal di wakaf masjid (pondok ini juga diperuntukkan bagi para musafir yang ingin bermalam). Begitu rapatnya beliau dengan nabi sehingga baginda selalu memanggil Abu Hurairah untuk mengumpulkan ahli suffah, jika ada makanan yang hendak diagihkan.

Abu Hurairah adalah salah seorang 'tokoh kaum fakir.' Beliau sering berada dalam keadaan kelaparan. Tetapi beliau terkenal sebagai tokoh yang teguh berpegang pada sunnah Rasulullah SAW. Beliau sering menasihati orang agar jangan hanyut dalam kehidupan duniawi dan dorongan hawa nafsu. Beliau tidak membezakan antara golongan kaya dengan golongan miskin, pembesar negeri atau rakyat jelata dalam menyampaikan kebenaran. 

Malah selalu bersyukur kepada Allah sama ada dalam keadaan susah mahupun senang. Pemilik nama Abdul Rahman (versi lain Abdul Syams) ibn Shakhr Ad-Dausi itu juga terkenal sebagai seorang yang periang dan suka berlawak. Beliau banyak menulis anekdot. Beliau juga terkenal dengan sifatnya yang suka menghibur anak-anak kecil dan menyayangi anak-anak kucing. Ke mana-mana sahaja pergi, beliau akan membawa haiwan itu sehingga julukan Abu Hurairah (bapa kucing kecil) melekat pada dirinya.

Usianya muda 30 tahun daripada Rasulullah SAW. Beliau lahir di Daus, sebuah perkampungan miskin di padang pasir Yaman. Hidup di tengah-tengah kabilah Azad, beliau menjadi yatim sejak kecil - yang membantu ibunya menjadi penggembala kambing. Beliau memeluk Islam tidak lama setelah berhijrah ke Madinah pada tahun ketujuh Hijrah, bersamaan dengan rancangan keberangkatan Nabi SAW ke medan Perang Khaibar.

Bagaimanapun, ibunya enggan memeluk Islam. Malah ibunya pernah menghina Nabi SAW. Hal ini membuatkan Abu Hurairah berasa sedih. Oleh sebab itu, beliau memohon kepada Rasulullah agar berdoa moga-moga pintu hati ibunya terbuka untuk memeluk Islam. Tidak berapa lama Abu Hurairah kembali menemui ibunya, memujuk ibunya memeluk Islam. Ternyata ibunya telah berubah, bersedia mengucapkan dua kalimat syahadah.

Abu Hurairah berhijrah ke Madinah untuk mengadu nasib. Di sana beliau melakukan pelbagai pekerjaan - menjadi buruh kasar bagi sesiapa yang memerlukan tenaganya. Seringkali beliau terpaksa mengikatkan batu di perutnya bagi menahan kelaparan yang bukan kepalang. Begitu cintanya beliau kepada Rasulullah sehingga sesiapa yang disayangi oleh nabi, beliau akan turut menyayanginya. Misalnya, beliau suka mencium Hassan dan Hussain kerana selalu melihat Rasulullah mencium kedua-dua cucu baginda itu.

Tatkala kediaman Khalifah Uthman ibn Affan dikepung pemberontak, dalam peristiwa yang dikenal sebagai al-Fitnatul Kubra (bencana besar), Abu Hurairah bersama 700 orang Muhajirin dan Ansar mengawal rumah tersebut dengan penuh taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap khalifah. Pada era pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib, Abu Hurairah ditawar menjadi gabenor di Madinah. Bagaimanapun, beliau menolak. Ketika terjadi persengketaan antara Saidina Ali dengan seterunya, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abu Hurairah mengambil keputusan untuk bersikap neutral.

Hinggalah era Muawiyah berkuasa, Abu Hurairah bersedia menjadi gabenor di Madinah. Bagaimanapun, terdapat versi lain mengatakan, Marwan bin Hakam merupakan orang yang memujuk Abu Hurairah bertugas sebagai pembantunya di pejabat gabenor Madinah. Abu Hurairah menghembus nafas terakhir pada 57 atau 58 H (676-678 M) dalam usia 78 tahun di Madinah. Beliau meninggalkan warisan yang amat berharga, iaitu sejumlah 5,374 hadis Nabi Muhammad SAW yang terus bersinar bak butiran mutiara yang memancarkan kilauan cemerlang hingga ke hari ini.

Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Abu Hurairah bak mutiara!

Edisi Pengajaran! Akibat Meninggalakan Solat!

Oleh Kaki Wayang on


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Akibat Meninggalakan Solat!

Edisi Kisah Nabi! Kisah Seorang Wanita tua Dengan Rasullallah S.A.W!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang wanita tua yang sedang melintasi gurun pasir dengan membawa beban yang berat. Walaupun tampak sangat kepayahan, namun ia tetap berusaha membawa barang bawaannya dengan sekuat tenaga. Tak lama kemudian, seorang laki-laki muda datang dan menawarkan diri untuk mengangkat bawaannya. Wanita malang itu menerima tawaran tersebut dengan senang hati. Laki-laki itu pun mengangkat bawaannya kemudian mereka berjalan beriringan.

“Senang sekali kamu mau membantu dan menemani, saya sangat menghargainya”, kata wanita itu. Ternyata ia adalah seorang wanita yang senang berbicara. Laki-laki itu pun dengan sabar mendengarkan sambil tersenyum tanpa pernah menginterupsinya. Suatu saat dia berkata pada laki-laki tersebut, “Anak muda, selama kita berjalan bersama, saya hanya punya satu permintaan. Jangan berbicara apapun tentang Muhammad! Gara-gara dia, tidak ada lagi rasa damai dan saya sangat terganggu dengan pemikirannya. Jadi sekali lagi, jangan berbicara apapun tentang Muhammad!”.

Dia lalu melanjutkan lagi, “Orang itu benar-benar membuat saya kesal. Saya selalu mendengar nama dan reputasinya kemanapun saya pergi. Dia dikenal berasal dari keluarga dan suku yang terpercaya, tapi tiba-tiba dia memecah belah orang-orang dengan mengatakan bahwa tuhan itu satu.”

“Dia menjerumuskan orang yang lemah, orang miskin, dan budak-budak. Orang-orang itu berpikir mereka akan dapat menemukan kekayaan dan kebebasan dengan mengikuti jalannya,” wanita itu melanjutkan dengan kesal. “Dia merusak anak-anak muda dengan memutarbalikkan kebenaran. Dia meyakinkan mereka bahwa mereka kuat dan bahwa ada suatu tujuan yang bisa diraih. Jadi anak muda, jangan sekali-kali kamu berbicara tentang Muhammad!”

Tak lama kemudian, mereka sampai ke tempat tujuan. Laki-laki itu menurunkan barang bawaannya. Wanita tua itu menatapnya sambil tersenyum penuh terima kasih. “Terima kasih banyak, anak muda. Kamu sangat baik. Kemurahan hati dan senyuman kamu itu sangat jarang saya temukan. Biarkan saya memberi kamu satu nasihat. Jauhi Muhammad! Jangan pernah memikirkan kata-katanya atau mengikuti jalannya. Kalau kamu lakukan itu, kamu tidak akan pernah mendapatkan ketenangan. Yang ada hanya masalah.”

Pada saat laki-laki itu berbalik menjauh, wanita itu menghentikannya, “Maaf, sebelum kita berpisah, boleh saya tahu namamu, anak muda?” Lalu laki-laki itu memberitahukannya dan wanita itu terkejut setengah mati.

“Maaf, apa yang kamu bilang? Kata-katamu tidak terdengar jelas. Telinga saya semakin tua, terkadang saya tidak bisa mendengar dengan baik. Kelihatannya lucu, saya pikir tadi saya mendengar kamu mengucapkan Muhammad.”

“Saya Muhammad,” laki-laki itu mengulang kata-katanya lagi pada wanita tua itu.

Wanita itu terpaku memandangi Rasulullah SAW. Tak berapa lama meluncur kata-kata dari mulutnya, “Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah utusan-Nya.“

Demikianlah Rasulullah SAW. Hanya dengan dua kata dari mulutnya yang mulia, serta dibekali dengan kerendahan hati, kesabaran, dan kewibawaan yang luar biasa, beliau sanggup mengubah hati seorang wanita tua yang sebelumnya sangat membencinya menjadi mencintainya hanya dalam waktu singkat.

Betapa agungnya peribadi baginda!
Sila baca selanjutnyaEdisi Kisah Nabi! Kisah Seorang Wanita tua Dengan Rasullallah S.A.W!

Edisi Agama! Tiga pengajaran untuk tunjukkan kelebihan manusia!

Oleh Kaki Wayang on

DALAM al-Quran, surah al-Fathir, ayat 10, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jugalah segala kemuliaan. Kepada Allah juga naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang salih pula diangkat naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya).” Dari ayat di atas, ada tiga pengajaran penting sewajarnya menjadi renungan bagi setiap muslim.

Pertama, dalam realiti kehidupan semasa, ramai orang mempunyai persepsi salah mengenai hakikat kemuliaan hidup (izzah). Sehubungan itu, Ahmad Sonhadji Mohamad, seorang ulama terkenal di Singapura dan rantau ini menjelaskan bahawa kemuliaan yang dikurniakan kepada manusia iaitu seperti kata Ibnu Abbas:

“Mereka makan menggunakan tangan sedangkan makhluk yang lain makan dengan mulut yang dihadapkan ke tanah ataupun manusia itu dimuliakan dengan sebab mereka dibekalkan akal, diberikan kebolehan bertutur kata, tahu memilih di antara yang baik dengan yang buruk, tahu menulis dan melukis, seterusnya dikurniakan kefahaman.”

Di samping itu, kemuliaan itu mungkin bersandarkan kepada wajah yang cantik dan bentuk badannya yang molek ataupun kerana manusia dapat menguasai apa yang ada di muka bumi dan menggunakannya untuk maslahat hidup manusia itu sendiri atau dengan dikurniakan kepandaian dan kebijaksanaan untuk mentadbirkan urusan mereka dengan baik.

Jelas, dari maksud ayat suci dan tafsirannya bahawa di permulaan ayat ini, Allah SWT menyebut mengenai kemuliaan dan di akhir ayat pula mengenai kelebihan yang dikurniakan kepada manusia. Ringkasnya, maksud kemuliaan manusia itu ialah Allah menjadikan manusia lebih mulia daripada haiwan kerana diberi akal, boleh bertutur kata, pandai menulis dan melukis serta bagus pula rupa dan bentuk tubuh badannya.

Dan maksud kelebihan pula ialah Allah menjadikan manusia kelainan kerana dengan akal dan kefahamannya, dapatlah dia memperbaiki kepercayaan atau iktikadnya dengan betul serta memperbaiki budi pekertinya menjadi mulia.

Yang kedua, segala amal perbuatan terpuji baik dalam bentuk ucapan mahu pun tindakan, sesungguhnya memiliki jalur langsung kepada Allah dan akan diangkat serta dilaporkan oleh malaikat ke hadrat Allah, Zat yang Maha Tinggi dan Maha Mulia.

Oleh itu, berbuat baik yang disertai keikhlasan dan kesungguhan harus menjadi gaya hidup orang beriman, termasuk berbuat baik kepada orang yang tidak pernah berbuat baik kepada kita sekali pun.

Dalam satu hadis sahih, Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya:

“Amalan yang paling afdal di sisi Allah ialah menghubungkan silaturahim kepada orang yang memutuskan kekeluargaan denganmu, memberi kepada orang yang kikir kepadamu dan memaafkan orang yang menganiaya dirimu. (Riwayat Ahmad dan Dailami)
Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang inginkan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan rezeki Allah tidak akan turun terus dari langit melainkan dengan perantaraan hamba-Nya yang lain. Ini bermakna bahawa orang yang tidak menjalin silaturahim dengan manusia lain sumber rezekinya akan terputus.

Bekerja, berniaga, bertani dan apa-apa pekerjaan pun di dunia ini tidak boleh dilakukan secara bersendirian. Tidak dapat tidak semuanya membabitkan penyertaan dan bantuan daripada manusia lain.

Yang ketiga, jika kemuliaan yang hakiki diraih melalui tunduk dan patuh kepada Allah disertai dengan pelaksanaan amal salih yang berterusan, baik dengan ucapan mahupun tindakan yang berlandaskan keikhlasan, nescaya segala bentuk kejahatan daripada orang-orang berkelakuan jahat, pasti akan mengalami kehancuran dan kebinasaan.

Orang yang beriman mesti meyakini bahawa segala bentuk kezaliman dan keburukan akan hancur dengan sendirinya selama mana orang yang beriman tetap beristiqamah dalam menebarkan benih-benih kebaikan dan menanam pohon kebajikan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Tiga pengajaran untuk tunjukkan kelebihan manusia!

Edisi Sentap! Kisah Pengajaran dari Satu Penampar!

Oleh Kaki Wayang on

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?
Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.
Pemuda : Saya amat tidak faham... ??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih... !!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya... .!
Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh pak imam... !!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak... .!!
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak... .!!!
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging... !!!
Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu... ?
Pemuda : Kulit dan daging... .!!!
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih... .!!!?
Pak Imam : Itulah... ! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk Syaitan... .walaupun sama unsur asalnya... !!
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kisah Pengajaran dari Satu Penampar!