PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Edisi Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Edisi Pengajaran. Show all posts

Edisi Pengajaran! Kisah Seorang Tidak Tahu Baca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya!

Oleh Kaki Wayang on

Kubur Bercahaya

Kisah Seorang Tidak Tahu Baca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya. Sungguh terkesan dan tersentuh hati ini tatkala membaca kisah seorang tidak tahu baca Al-Quran tapi kuburnya bercahaya. Banyak pengajaran yang kita dapat dari kisah benar ini. Bagaimana seorang yang tidak tahu membaca ayat suci Al-Quran tetapi dimuliakan oleh Allah.

Kita hanya manusia biasa dan menentukan seseorang itu masuk ke syurga atau neraka bukanlah tugas kita. Hanya Allah sahaja yang dapat menentukan destinasi syurga atau neraka bagi seseorang. Jadi, janganlah kita menghukum seseorang itu atas kebodohan dan kejahilannya kerana Allah itu Maha Mengetahui.

1. Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu.

2. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit.

3. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.

4. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung.

5. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

6. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

7. Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa saja.

8. Bukan seorang alim, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.

9. Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.

10. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

11. Ia akan duduk dan membelek al-Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi.

12. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya Allah.”

“Wahai Qalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.“

“Wahai Qalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”.


13. Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

14. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.

15. Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Kisah Seorang Tidak Tahu Baca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya!

Edisi Pelik! Kat Sini Hujan, Kat Sana Tak Hujan - Pernahkah Anda Melihat Fenomena Ajaib dan Pelik Ini?

Oleh Kaki Wayang on


Gambar hujan daripada udara... MasyaAllah... In lam yasya' lam yakun.. Firman Allah "Apakah kamu lihat air yang kamu semua minum?
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Kat Sini Hujan, Kat Sana Tak Hujan - Pernahkah Anda Melihat Fenomena Ajaib dan Pelik Ini?

Edisi Pengajaran! Sebuah Cerita Cinta Paling Agung, Cerita ini tentang JODOH!

Oleh Kaki Wayang on


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgM4Ho4LN3S60c7_WLy0scb6S7lBDI__mjieH63LcpQxu8MWgUYnQDbM4UHhprGQcB9yKO3lGK8dUhq6871tdcTuxFsb7tJPmFvqvWA3hlO8cf1rKNvz3sCMf8KR2otkCHMWoWLgshQpBCv/s1600/jodoh.jpg
Ada satu perkara yang suka aku kongsikan bersama rakan-rakan. Tentu saja tentang cinta.. cinta yang perlu ada pada perkiraanku selepas aku mencintai Allah dan Rasul-Nya. Kasih yang aku kira perlu aku lempiaskan pada seseorang yang lain selepas ibubapa dan keluarga serta diriku sendiri.

Ya.. cinta pada manusia biasa yang namanya lelaki kerana aku diciptakan sebagai seorang perempuan...

Umur yang semakin berinjak jauh meninggalkan alam remaja dan sekarang di dalam fasa kedewasaan memungkinkan aku berfikir tentang urusan jodoh. Seringkali persoalan itu ditanya kepadaku oleh teman-teman sekuliah dahulu.

"Tak ada buah hati ke?"
"Takkanlah tak ada yang minat dengan perempuan pandai macam kau ni?"
"Kau ni jual mahal sangat kot?"
"Bergayalah sikit, bagi cantik, mesti nanti ada yang terpikat kat kau.."
"Aku sudah, kau bila lagi?"
Aduh... mahu melayan satu-persatu pertanyaan mereka memang tidak terjawab. Paling mudah untuk kukatakan ketika itu,
"Belum jodoh lagi.."
atau aku katakan pada mereka,
"Belum bersedia lagi.. .nanti dah ada calon, akan diberitahu kelak".
Titik.

Berbicara tentang cinta memang tidak akan pernah habis. Semasa di universiti dahulu seringkali aku melihat pasangan yang kononnya sedang 'hangat bercinta' bertengkar atas perkara-perkara yang kecil.
Kadang-kadang aku ketawa sendirian apabila melihat adegan pujuk-memujuk persis lakonan di dalam filem Hindustan yang kutonton di televisyen. Bermacam-macam gaya yang ada apabila si lelaki cuba memujuk si wanita atau si wanita yang cuba memujuk si lelaki. Aku menggeleng-geleng kepala melihat gelagat mereka dalam tawa. Perkara yang padaku tidak wajar dilakukan apatah lagi pasangan itu masih belum punyai ikatan yang sah dan halal di sisi Islam sedangkan si wanita bertudung dan si lelaki bersongkok.
Aku pernah dilamar seorang lelaki pada perkiraanku dapat melengkapi kekurangan yang ada pada diriku. Tentu sahaja aku mencari seorang lelaki yang mudah tersenyum, tegas dalam kelembutan, lucu dan bisa membuatku gembira, dan yang paling penting dia seorang yang sangat menjaga solatnya dan ibadahnya. Cukup padaku itu dan aku telah bertemu dengannya. Tapi, seperti yang kukatakan sebelum ini, cerita ini tentang jodoh...
Arakian, aku dilamar aku menolak dengan lembut atas alasan kerana mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan kuliah. Ini amanah yang kupegang sejak mula aku menjejakkan kaki ke menara gading. Aku tidak suka berpacaran kerana pada aku ianya tidak wajar.
Kukatakan pada lelaki itu, sekiranya benar dia menginginkan aku menjadi suri hatinya maka tunggulah sehingga aku dan dia selesai bergraduasi. Kukatakan juga bahawa aku tidak suka keluar berdua-duaan. Sekiranya seorang lelaki itu benar mahu memiliki hatiku maka dia perlu memahami bahawa dia perlu lebih serius untuk mengatur masa depannya berbanding berpeleseran tanpa hala tujuan yang jelas.

Hubungan yang dijalin tanpa ada matlamat yang jelas bukanlah satu perhubungan yang bersungguh-sungguh tetapi hubungan yang terang-terangan berlandaskan nafsu semata-mata. Sekali lagi kukatakan di sini, ianya soal jodoh. Allah punya perancangan yang lebih menarik untukku, terserah padaku sahaja sama ada mahu mencari hikmah yang tersembunyi atau membiarkan diriku sendiri tertanya-tanya mengapa kesudahannya begini dan begitu...
Lelaki itu tidak sanggup menunggu lantas mengambil keputusan mencari yang lain...
Aku sedikit kecewa namun kubisikkan pada hati agar redha dengan ketentuan Ilahi. Dalam melayari kehidupan dan mehnah, aku belajar pelbagai perkara. Setiap hari aku belajar dan adakalanya mengajarkan sesuatu kepada yang lain. Benar, usia yang semakin bertambah membuatkanku berasa gusar kerana masih tidak dipertemukan jodoh.
Hidupku banyak dihabiskan dengan bekerja sebaik sahaja menamatkan pelajaran di universiti. Rakan-rakan lain ramai yang berlumba-lumba mendirikan rumahtangga dan aku masih lagi sendiri. Agak sunyi tapi kutabahkan hati supaya aku tidak menjadi seorang yang terlalu menurut nafsunya.
Tiba saat rezekiku dilebihkan Allah di mana aku diterima bekerja sebagai salah seorang pegawai psikologi. Tidak perlu aku ceritakan dengan tepat di mana aku ditempatkan. Sejak pertama kali aku menjejakkan kaki di sini, tidak pernah terlintas di fikiranku untuk mencari pasangan hidup. Niatku hanya mahu bekerja kerana Allah, mencari rezeki untuk keluargaku agar kami dapat hidup dengan lebih selesa.
Sukacita sekali lagi aku maklumkan, bahawa ini semua urusan jodoh. Jodoh yang tertulis kemas di luh mahfuz, Salah satu rahsia agung yang tersembunyi dari pengetahuan hamba-Nya selain urusan umur, rezeki dan maut.
Salah seorang daripada orang bawahanku yang usianya lima tahun lebih tua dariku dan tentunya seorang lelaki benar-benar membuatkan jiwaku bergetar. Entah kenapa, tapi aku takut ianya melalaikan dan bisa menghumban diriku ke lembah kehinaan. Takut untuk terjerumus di dalam zina hati.
Lelaki itu kerapkali mengujiku dengan pelbagai pertanyaan. Tingkahnya yang kadang-kadang membuatku tertanya-tanya kenapa dia perlu bersikap sedemikian denganku dan tidak dengan perempuan-perempuan yang lain di pejabat. Aku positifkan fikiran, mungkin juga kerana aku adalah orang atasannya dan wajar saja dia menghormatiku lebih daripada yang lain. Mungkin.
Satu hari, dengan izin Allah jua ianya terjadi, ketika sedang enak menjamu selera bersama rakan-rakan sepejabat pada waktu malam, satu rahsia tersingkap. Salah seorang rakan pejabatku bertanyakan sama ada aku sudah punya kekasih hati atau belum. Satu soalan yang kukira agak lucu untuk ditanya. Aku senyum dan menggeleng.
Dia kemudian berkata, ada seseorang yang dekat denganku ingin menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan serius. Aku dapat mengagak tapi aku meminta kepastian darinya. Nah! Jelas bahawa lelaki di pejabat yang sama yang kuceritakan sebentar tadi. Tepat telahanku kali ini. Firasatku jarang tersasar apatah lagi jika aku mohon agar Allah membimbingku agar aku tidak menjadi orang yang berprasangka yang tidak baik kepada orang lain.
Hatiku menguntum senyum. Tentu saja rasa suka apabila diri disukai oleh orang lain yang bergelar lelaki. Aku senang sahaja bekerja dengannya. Selalu di dalam doaku di mana aku memohon agar aku dijodohkan dengan seseorang yang baik akhlak dan agamanya, bersederhana dalam segala urusan, dan bonus bagiku sekiranya lelaki itu seorang yang sedap mata memandang...
Lelaki itu juga hingga sekarang masih mengujiku dengan pelbagai pertanyaan. Aku cuma menjawab pertanyaannya sekadar yang kumampu dan hingga saat ini tidak pula dia menyatakan sendiri kepadaku bahawa dia punya 'perasaan' padaku. Aku juga begitu, walaupun setiap kali bertemu jiwaku rasa tenang dan gembira.
Namun cepat-cepat aku sedarkan diri, khuatir kerana dia bukan siapa-siapa denganku malah bukan mahramku yang layak untuk aku fikirkan tentangnya. Aku cuba tidak memandang tepat ke matanya kerana fitrah kewanitaan dan keperempuanan yang malu dan masih menebal dalam diri menjadi perisai iman yang aku takut makin terhakis.
Cuma satu yang ingin kupesan pada rakan-rakan di luar sana yang masih belum punya 'pacar'.
Usah gusar dan khuatir.
Kamu tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki. Ketahuilah, manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa tunduk malu pada perkara-perkara yang tidak patut.
Aku tidak menyatakan yang aku ini tidak pernah berbuat dosa tapi aku berusaha untuk memperbaiki diri dan cuba mengelakkan diriku daripada tergelincir ke arah itu.
Ingat, jika ada lelaki yang menyatakan dia menyukai kamu, tanyakan kembali apa yang dia mahukan daripadamu. Jika dia sekadar ingin bersuka-suka dan punya pacar persis seperti teman-teman yang lain maka jauhkanlah dirimu daripadanya.
Sekiranya dia benar-benar serius, mahu mengikat tali perkahwinan, punya kedudukan kewangan yang kukuh dan latar belakang keluarga yang menyamankan dan mendamaikan dirimu maka pertimbangkanlah permintaannya untuk menjadikan dirimu itu sebagai suri hidupnya.
Sekadar bercerita tentang jodoh. Sungguh betul, ianya urusan rahsia antara yang tersulit sekali di dalam keterbatasan pengetahuan manusia melainkan dengan izin-Nya.
Harus diingatkan, walaupun ianya urusan Allah, namun kita tidak pula diperintahkan untuk sekadar menanti dan berpeluk tubuh. Proaktif itu perlu. Carilah jodoh dengan cara yang diizinkan dan diredhai Islam atasnya kerana dengan itu moga hubungan kalian nanti juga akan direhai Allah, Insya-Allah.
Sekadar perkongsian rasa dengan rakan-rakanku tentang urusan jodohku yang masih lagi samar. Moga sahaja Allah membantu di dalam urusan yang berkaitan dengannya dan menjauhkan aku daripada melakukan kemaksiatan hati mahupun tingkah perbuatan secara sir (rahsia) mahupun secara jahr (terang-terangan).
Jika benar lelaki itu jodoh yang dikirim Allah untukku meraih cinta yang lebih besar yakni cinta Ilahi maka aku redha.
Aku tidak mahu mengatakan bahawa aku ikhlas menerimanya kerana perkara ikhlas itu milik Allah yang tiada manusia berhak menyatakan bahawa dia ikhlas. Biar Allah sendiri yang menghukumkan tentang itu.
Buat rakan-rakanku yang mungkin sedang mencari jodoh atau telah bertemu jodoh, aku doakan agar kalian memperoleh jodoh sepertimana yang diinginkan olehmu.
Ketahuilah bahawa Allah memberikan apa yang kita perlu dan bukan yang kita suka kerana mungkin saja sesuatu yang kita suka itu akan menjadi satu keburukan suatu hari nanti.
Pasangan kita moga terdiri daripada si dia yang 'melengkapkan' kekurangan yang ada pada diri masing-masing agar kita lebih mudah berjuang meraih cinta-Nya....
Menantikan kalimah cinta daripada insan yang dicinta... moga kami meraih cinta-Nya, amin.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Sebuah Cerita Cinta Paling Agung, Cerita ini tentang JODOH!

Edisi Pengajaran! Keluarga Allahyarhamah Cikgu Nuroshlizan Kecewa Gambar Palsu Tersebar!

Oleh Kaki Wayang on

Gambar Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli

Gambar Palsu Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli Tersebar. Al-Fatihah buat seluruh umat islam yang terkorban dalam tragedi Mekah beberapa hari yang lalu. Disebalik kejadian yang sungguh menyayat hati ini, pelbagai pengajaran yang kita boleh dapat melalui ujian besar Allah SWT ini.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Keluarga Allahyarhamah Cikgu Nuroshlizan Kecewa Gambar Palsu Tersebar!

Edisi Pengajaran! Nur Fadhliah Kongsi Keistimewaan Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli!

Oleh Kaki Wayang on


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tragedi yang berlaku di Tanah Suci Mekah. Pelbagai pengajaran yang dapat kita ambil dari ujian yang Allah SWT turunkan di muka bumi tercinta umat Islam ini. Di sinilah kota Baginda Nabi Muhammad SAW yang kita sayang dan rindui. 
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Nur Fadhliah Kongsi Keistimewaan Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli!

Bila Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Berpakaian Sempoi!

Oleh Kaki Wayang on

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wa Maghfiratuh Wa Ridwanuh..

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam..Alhamdulllah hari ini tanggal 1 November 2012 kita masih lagi diberikan kesempatan dan peluang oleh Allah SWT untuk terus hidup di bumi Allah SWT ini tidak lain dan tidak bukan untuk mentadbir alam ini berlandaskan perintah-perintahNya..

Maka ketahuilah hendaknya Allah SWT senantiasa memberikan peluang kepada hamba-hambaNya untuk memperbaiki dan bersyukur atas segala nikmat yang Allah SWT berikan..sebelum kita ke tajuk  utama artikel ini. Meh kita ikuti sedikit nikmat Allah SWT yang Allah SWT berikan kepada kita yang mungkin kita tak perasan dan lupa atau selepas kamu baca artikel ini kamu pasti akan ucapkan..

“Alhamdulillah tak ku sangka sampai begini nikmat yang Allah SWt berikan kepada sekalian manusia”

Nikmat tahi telinga yang pahit (Tak pernah ku rasa ok hehe..)
-    Cuba bayangkan kalau tahi telinga tu manis..maunya semut datang dan masuk ke dalam telinga habis tahi telinga kita tu kan? Itulah kuasa Allah SWT yang tak pernah difikirkan oleh kita.
 
Nikmat bulu mata dan mata yang cantik dan sempurna
-    Cuba bayangkan kalau tak de bulu mata sudah pasti habuk senang nak masuk ke dalam mata. Dengan adanya bulu mata yang Allah SWT jadikan cantik buat kita maka dengan sebab itulah mata kita dilindungi dengan baik.
 
Nikmat bulu hidung dan hidung yang mancung (Jangan sampai pipi tersorong-sorong sudah)
-    Cuba bayangkan kalau kita tidak mempunyai hidung? Bagaimana untuk kita bernafas? Bernafas melalui mulut? Maka Allah SWT hadiahkan kepada kita hidung agar kita mudah untuk bernafas.

Masih tak cukup lagi kah nikmat yang Allah SWT berikan? Maka ucapkanlah Alhamdulillah. Dapat pahala kerana memuji Allah SWT. Amacam? Mudah tak nak dapat pahala? Mudah bukan..

Ok cukup tazkirah kita pada pagi ini, sebenarnya tajuk hari ini adalah tajuk Bila Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Berpakaian Sempoi. Korang ingat korang je yang pandai bergaya? Korang ingat Ustaz Don dan Ustaz Azhar ni tak pandai bergaya? Meh kita tengok gambar sempoi mereka berdua. Memang sempoi dan tak sangka mereka akan berpakaian seperti itu.


 Amacam? Sempoi tak?
Sila baca selanjutnyaBila Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Berpakaian Sempoi!

Edisi Agama! Apa Hukum Bercinta?

Oleh Kaki Wayang on


Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain?

Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.

Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.
Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi  حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.
Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.

Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci.  Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.

Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.

Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.

Memiliki dan berkongsi perasaan cinta ini yang halal ini diperakui oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: "يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)". أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yang kaya, tetapi dia cinta kepada yang miskin. Maka berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: (Kami tidak melihat perkara yang sesuai bagi orang yang saling menyintai itu kecuali kahwin)”.  Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa “hadith ini sahih mengikut syarat Imam Muslim”, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231).  

Nabi langsung tidak mencela perasaan cinta yang dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin. Nabi hanya berkata bahawa perkara yang sesuai kepada orang yang saling menyintai itu adalah kahwin.

Hadith seterusnya berkenaan cinta Mughith kepada Barirah:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ زَوْجَ بَرِيرَةَ كَانَ عَبْدًا يُقَالُ لَهُ مُغِيثٌ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ يَطُوفُ خَلْفَهَا يَبْكِي وَدُمُوعُهُ تَسِيلُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعبَّاسٍ: يَا عَبَّاسُ، أَلَا تَعْجَبُ مِنْ حُبِّ مُغِيثٍ بَرِيرَةَ وَمِنْ بُغْضِ بَرِيرَةَ مُغِيثًا). فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ رَاجَعْتِهِ). قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ تَأْمُرُنِي؟ قَالَ: (إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ) قَالَتْ: لَا حَاجَةَ لِي فِيهِ. أخرجه البخارى (5/2023، رقم 4979)، وأبوداود (2/270، رقم 2231)، والنسائى (8/245، رقم 5417)، وابن ماجه (1/671، رقم 2075)، وأخرجه أيضًا ابن حبان (10/96، رقم 4273).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas (dia berkata): “(Bekas) Suami Barirah adalah seorang hamba dipanggil Mughith. Seolah-olah aku melihatnya sekarang mengekori belakang Barirah dengan bercucuran air mata atas janggutnya. Nabi lalu berkata kepada Abbas: (Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?. Kata Nabi kepada Barirah: (Kalaulah kamu dapat kembali kepadanya). Barirah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu memerintahkan aku? Nabi berkata: (Aku hanya menjadi juru runding). Barirah berkata: “Aku tak punya hajat pada Mughith”. Hadith riwayat Imam Bukhari (5/2023, no 4979), Abu Daud (2/270, no 2231), Imam An-Nasa’I (8/245, no 5417), Ibnu Majah (1/671, no 2075), juga Ibnu Hibban (10/96, no 4273).

Apa yang dapat difahami daripada hadith ini adalah:
1) Nabi tidak pernah melarang Mughith daripada terus mencintai Barirah walaupun Barirah telah menjadi ajnabiyyah buatnya.

2) Nabi bahkan mengambil inisiatif bagi melihat cinta itu berjaya dengan memujuk Barirah supaya kembali kepada Mughith, tetapi apakan daya Barirah tetap menolak.

3)Nabi tidak memberikan sebarang komen terhadap Mughith yang setia mengekori Barirah untuk memujuknya. Bahkan Nabi bersabda kepada Abbas: (Tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?)

Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud.

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.
Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.
Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak  pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya. Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.

Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63).

Maksudnya: “Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: (Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu. Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).

Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amir Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.

Hal ini berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya, bak sabda Nabi dalam sebuah hadith:

(الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف(. أخرجه البخارى (3/1213،3158).

Maksudnya: (Roh-roh itu adalah ibarat tentera yang saling berpasangan, mana-mana roh yang secocok maka roh-roh itu akan bersatu, mana-mana roh yang tak secocok maka roh-roh itu akan berselisih). Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1213, no 3158).

Sabda Nabi: (Antara keelokan Islam seseorang itu, dia meninggalkan apa yang tak patut baginya). Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (4/558, no 2317) dan dia berkata: Gharib. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2/1315, no 3976) dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya (1/466, no 229).

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Surah Ar-Rum: 21
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Apa Hukum Bercinta?

Edisi Pengajaran! Tampil Bertudung Di MHI, Gambar Eksklusif Nurul Syuhada Nurul Ain Bertudung!

Oleh Kaki Wayang on


Namun, pagi ini agak kecoh juga di Twitter apabila beberapa orang yang menonton Malaysia Hari Ini (MHI) terkejut dengan imej & penampilan terbaru Nurul Syuhada Nurul Ain. Nurul Syuhada di’lihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi ini dan rata rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini dengan baik.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Tampil Bertudung Di MHI, Gambar Eksklusif Nurul Syuhada Nurul Ain Bertudung!

Edisi Pengajaran! Lihat Bagaimana Allah SWT Mengangkat Martabat HambaNya - Serius Benar!

Oleh Kaki Wayang on


Masyallah tabarakallah.... walaupun sebagai pekerja pembersihan, berkulit hitam, namun menjadi imam kpd bos, pegawai dan pihak yang lebih atas daripada imam tersebut.... Allah mengangkat martabat hambaNya yang beramal soleh dan beriman untuk naik ke darjat yg mulia... teringat kisah Saidina Bilal bin Rabah, hanya seorang hamba berkulit hitam, tapi diangkat martabat darjatnya oleh Allah SWT dan kemuliaan Bilal sehingga ke hari ini, sehingga kita dapat tahu waktu berbuka dalam berpuasa.

Sesungguhnya manusia tiada bezanya di sisi Allah SWT..hanya iman dan amal sahaja yang membezakan antara makhluk Allah SWT di sisiNya..
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Lihat Bagaimana Allah SWT Mengangkat Martabat HambaNya - Serius Benar!

Edisi Pengajaran! Subhanallah, Aku Malu Dengan Dia, Jom Lihat Lelaki Kudung Solat!

Oleh Kaki Wayang on



Subhanallah..tinggi sungguh imannya..sedangkan kita yang sihat tubuh badan, cukup anggota tubuh..kaki dan tangan semuanya sempurna Allah SWT berikan kepada kita semua..tapi kenapa dan mengapa masih ramai lagi yang tak mampu nak solat dengan baik dan masih ramai lagi yang tidak solat walhal ianya tuntutan agama yang paling utama..cuba korang lihat dan renung-renungan apa yang "hamba Allah" dalam gambar itu lakukan..
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Subhanallah, Aku Malu Dengan Dia, Jom Lihat Lelaki Kudung Solat!

Edisi Pengajaran! Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran Yang Perlu di Hayati!

Oleh Kaki Wayang on


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran Yang Perlu di Hayati!

Edisi Pengajaran! Betapa Ruginya Orang-Orang Dari Golongan Ini - Ikuti Kupasannya!

Oleh Kaki Wayang on


Dari gambar di atas kita yang dikurniakan akal fikiran yang sempurna oleh Allah SWT pasti tahu apa yang dimaksudkan dengan pernyataan-pernyataan di atas..
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Betapa Ruginya Orang-Orang Dari Golongan Ini - Ikuti Kupasannya!

Edisi Pengajaran! Artis Terkenal Filipina, Queenie Padilla Peluk Islam!

Oleh Kaki Wayang on

Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Artis Terkenal Filipina, Queenie Padilla Peluk Islam!

Edisi Pengajaran! Amaran Kepada Mereka Yang Suka Buat Mulut Muncung dan Comel Untuk Profile Facebook!

Oleh Kaki Wayang on


Haaa..sekarang ni kan jadi "Trend" para lelaki dan para wanita yang selalu upload gambar yang kononnya comel bagi mereka ke Facebook dan Twitter atau kat mana-manalah..Cuba lihhat dan baca apa yang Imam Muda Fattah katakan di atas..ada benarnya.."Tepuk Dada Tanya Iman".
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Amaran Kepada Mereka Yang Suka Buat Mulut Muncung dan Comel Untuk Profile Facebook!

Edisi Pengajaran! Pemain Bola Sepak Real Madrid, Kaka Masuk Islam!

Oleh Kaki Wayang on


Artikel PALING MENARIK hari ini:



Dilaporkan bahawa Kaka ataupun nama sebenar Ricardo Kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid (Dubai). Ya Allah, semoga Allah memberi hidayah kepadanya dan ahli keluarganya. Mari kita share berita ini dan mendoakan supaya pintu hati pemain bola ini bersama-sama Islam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Pemain Bola Sepak Real Madrid, Kaka Masuk Islam!

Edisi Pengajaran! Ustaz Zahazan Komen Status Tatu Awi Rafael - Ikuti Kupasan Penuh!

Oleh Kaki Wayang on


Dosa penyanyi Awi Rafael, 26, yang melukis tatu pada badannya akan diampunkan oleh Allah sekiranya dia benar-benar bertaubat dan menyesali perbuatannya itu. Pendakwah bebas, Ustaz Zahazan Mohamed berkata, tindakan Awi yang tidak malu untuk mendedahkan rasa kesalnya secara umum adalah satu perbuatan terpuji dan harus dijadikan contoh oleh semua pihak agar tidak meniru perbuatan bertatu tersebut.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Ustaz Zahazan Komen Status Tatu Awi Rafael - Ikuti Kupasan Penuh!

Edisi Pengajaran! Rahsia Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah Terbongkar!

Oleh Kaki Wayang on



Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Rahsia Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah Terbongkar!

Edisi Pengajaran! 10 Ayat Pedas Untuk Orang Yang Bagi Alasan Kubur Masing-Masing!

Oleh Kaki Wayang on


'Kubur masing-masing' antara alasan tipikal yang kerap diguna pakai oleh mereka yang sangat-sangat ego dan bongkak untuk menerima teguran atas kejahilan yang mereka lakukan. Berikut adalah 10 contoh ayat makan dalam yang boleh dipraktikkan ke atas golongan macam ni.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! 10 Ayat Pedas Untuk Orang Yang Bagi Alasan Kubur Masing-Masing!

Edisi Pengajaran! Pelakon Dunia Anita, Fazurina Kini Bertudung - Comel Pula Tengok!

Oleh Kaki Wayang on


Pelakon yang pernah popular menerusi siri Dunia Anita dan Trilogi Cinta iaitu Fazurina mengambil keputusan untuk mengenakan hijab selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu. Fazurina berkata, keputusan itu tidak dipaksa oleh sesiapa sebaliknya ia datang ikhlas daripada hatinya sendiri dan telah lama berniat untuk berbuat demikian.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Pelakon Dunia Anita, Fazurina Kini Bertudung - Comel Pula Tengok!

Edisi Pengajaran! Fenomena Awan Terbelah Bukti Kekuasaan Allah SWT!

Oleh Kaki Wayang on


Aku tak tahulah ini fenomena awan terbelah ke apa ke..walau apa pun jenis fenomena ini..hanya Allah SWT je yang mampu buat macam ni..ade ke manusia mampu buat macam ini? Mungkin ianya berlaku apabila cahaya matahari terlindung daripada sediki awan..namun ianya tetap bukti kekuasaan Allah SWT..
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Fenomena Awan Terbelah Bukti Kekuasaan Allah SWT!