PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label kelebihan zakat fitrah. Show all posts
Showing posts with label kelebihan zakat fitrah. Show all posts

Edisi Agama! Tiga pengajaran untuk tunjukkan kelebihan manusia!

Oleh Kaki Wayang on

DALAM al-Quran, surah al-Fathir, ayat 10, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jugalah segala kemuliaan. Kepada Allah juga naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang salih pula diangkat naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya).” Dari ayat di atas, ada tiga pengajaran penting sewajarnya menjadi renungan bagi setiap muslim.

Pertama, dalam realiti kehidupan semasa, ramai orang mempunyai persepsi salah mengenai hakikat kemuliaan hidup (izzah). Sehubungan itu, Ahmad Sonhadji Mohamad, seorang ulama terkenal di Singapura dan rantau ini menjelaskan bahawa kemuliaan yang dikurniakan kepada manusia iaitu seperti kata Ibnu Abbas:

“Mereka makan menggunakan tangan sedangkan makhluk yang lain makan dengan mulut yang dihadapkan ke tanah ataupun manusia itu dimuliakan dengan sebab mereka dibekalkan akal, diberikan kebolehan bertutur kata, tahu memilih di antara yang baik dengan yang buruk, tahu menulis dan melukis, seterusnya dikurniakan kefahaman.”

Di samping itu, kemuliaan itu mungkin bersandarkan kepada wajah yang cantik dan bentuk badannya yang molek ataupun kerana manusia dapat menguasai apa yang ada di muka bumi dan menggunakannya untuk maslahat hidup manusia itu sendiri atau dengan dikurniakan kepandaian dan kebijaksanaan untuk mentadbirkan urusan mereka dengan baik.

Jelas, dari maksud ayat suci dan tafsirannya bahawa di permulaan ayat ini, Allah SWT menyebut mengenai kemuliaan dan di akhir ayat pula mengenai kelebihan yang dikurniakan kepada manusia. Ringkasnya, maksud kemuliaan manusia itu ialah Allah menjadikan manusia lebih mulia daripada haiwan kerana diberi akal, boleh bertutur kata, pandai menulis dan melukis serta bagus pula rupa dan bentuk tubuh badannya.

Dan maksud kelebihan pula ialah Allah menjadikan manusia kelainan kerana dengan akal dan kefahamannya, dapatlah dia memperbaiki kepercayaan atau iktikadnya dengan betul serta memperbaiki budi pekertinya menjadi mulia.

Yang kedua, segala amal perbuatan terpuji baik dalam bentuk ucapan mahu pun tindakan, sesungguhnya memiliki jalur langsung kepada Allah dan akan diangkat serta dilaporkan oleh malaikat ke hadrat Allah, Zat yang Maha Tinggi dan Maha Mulia.

Oleh itu, berbuat baik yang disertai keikhlasan dan kesungguhan harus menjadi gaya hidup orang beriman, termasuk berbuat baik kepada orang yang tidak pernah berbuat baik kepada kita sekali pun.

Dalam satu hadis sahih, Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya:

“Amalan yang paling afdal di sisi Allah ialah menghubungkan silaturahim kepada orang yang memutuskan kekeluargaan denganmu, memberi kepada orang yang kikir kepadamu dan memaafkan orang yang menganiaya dirimu. (Riwayat Ahmad dan Dailami)
Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang inginkan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan rezeki Allah tidak akan turun terus dari langit melainkan dengan perantaraan hamba-Nya yang lain. Ini bermakna bahawa orang yang tidak menjalin silaturahim dengan manusia lain sumber rezekinya akan terputus.

Bekerja, berniaga, bertani dan apa-apa pekerjaan pun di dunia ini tidak boleh dilakukan secara bersendirian. Tidak dapat tidak semuanya membabitkan penyertaan dan bantuan daripada manusia lain.

Yang ketiga, jika kemuliaan yang hakiki diraih melalui tunduk dan patuh kepada Allah disertai dengan pelaksanaan amal salih yang berterusan, baik dengan ucapan mahupun tindakan yang berlandaskan keikhlasan, nescaya segala bentuk kejahatan daripada orang-orang berkelakuan jahat, pasti akan mengalami kehancuran dan kebinasaan.

Orang yang beriman mesti meyakini bahawa segala bentuk kezaliman dan keburukan akan hancur dengan sendirinya selama mana orang yang beriman tetap beristiqamah dalam menebarkan benih-benih kebaikan dan menanam pohon kebajikan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Tiga pengajaran untuk tunjukkan kelebihan manusia!

Betol-betol Insaf! Kadar Zakat Fitrah 2011

Oleh Kaki Wayang on

Waktu mengeluarkan Zakat Fitrah bagi Bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:

    Wajib: Apabila terbenamnya matahari pada akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari keesokan harinya.  
    Paling afdhal: Sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya.  
    Sunat: Dari 1 hingga 30 Ramadhan.  
    Makruh: Selepas selesai menunaikan Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenamnya matahari pada 1 Syawal.  
    Haram: Selepas terbenamnya matahari 1 Syawal.
Niat Zakat Fitrah
“ Wang sebanyak RM _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/ keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala. ”

Kadar Zakat Fitrah 2011 | 1432H


So, jangan pura-pura lupa yer..dan jangan pula bayar lewat..kang tak sempat bayar pula...Lagi pasal ZAKAT FITRAH: Sudah Tunaikan Zakat Fitrah 2011? dan DI SINI: Kelebihan Zakat Fitrah

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Kadar Zakat Fitrah 2011

Betol-betol Insaf! Zakat Fitrah : Kewajipan Dan Kelebihannya

Oleh Kaki Wayang on

http://wanwidget.com/wp-content/uploads/2011/08/zakat-fitrah-2011.jpg 

Zakat Fitrah adalah kewajipan yang dikenakan ke atas setiap orang yang dikira masih mempunyai makanan yang mencukupi bagi dirinya dan juga tanggungannya di Aidilfitri. Kewajipan zakat fitrah terhadap setiap muslim dinyatakan oleh saidina Umar RA berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

" Sesungguhnya Rasullullah SAW mewajibkan zakat fitrah daripada muslim, baik hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, iaitu sebanyak segantang kurma atau gandum "      ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ).
Dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Said Al-Khudry bermaksud :

" Ketika Rasullullah SAW berada bersama kami, kami mengeluarkan zakat fitrah untuk setiap anak kecil, orang dewasa, merdeka atau hamba sebanyak segantang makanan samada berupa keju, kurma, gandum atau anggur kering. "
Kita dapat melihat kelebihan atau faedah zakat fitrah ke atas setiap individu muslim dari 4 sudut iaitu sudut rohani, ibadah masyarakat dan ekonomi.

Kelebihan zakat fitrah dari sudut rohani :

- Sesungguhnya zakat fitrah mampu mendidik hati dan menjauhkan orang yang menunaikannya daripada bersifat dengan sifat-sifat keji seperti kedekut dan mementingkan diri sendiri.

- Sabda Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abas bermaksud :  
" Diwajibkan oleh Rasullullah SAW bahawa zakat fitrah membersihkan bagi orang yang berpuasa dan memberi makan bagi orang miskin. "
Kelebihan zakat fitrah dari sudut ibadah :

- Zakat fitrah boleh menampung ibadah puasa yang mungkin berkurangan disebabkan kelakuan kita ketika berpuasa dan juga boleh menyucikan orang-orang yang berpuasa dari sifat lagha dan bercakap kotor atau keji di bulan Ramadhan.

Kelebihan zakat fitrah dari sudut masyarakat :

- Kefarduan zakat fitrah akan memberi rasa kebersamaan orang yang berpuasa terhadap saudara-saudaranya yang fakir lagi miskin. Rasa kebersamaan ini lahir apabila golongan yang fakir lagi miskin ini mampu menikmati kemeriahan hari raya sama seperti saudara-saudara mereka yang lebih berkemampuan manakala golongan pembayar zakat dapat merasa ketenangan dengan kegembiraan yang terpancar dari raut wajah golongan yang fakir ini.

- Selain itu, kefarduan ini sudah pasti akan menyucikan masyarakat daripada sifat-sifat tercela seperti hasad dengki, iri hati, dendam-mendendami, tamak, kedekut, ujub, riak dan takabbur. Akhirnya akan lahirlah keharmonian, kesejahteraan, keamanan dan ketenangan di dalam masyarakat seluruhnya.

Kelebihan zakat fitrah dari sudut ekonomi :

- Apa lagi yang dapat dikatakan tentang keadaan ekonomi apabila permintaan dalam pasaran meningkat, sudah tentu aktiviti ekonomi akan bertambah rancak dan ini sudah tentu mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan terhadap negara khususnya. Disamping dapat membantu golongan fakir miskin memenuhi keperluan di Aidilfitri, para peniaga juga dapat kelebihan daripada kefarduan zakat fitrah ini.

- Ekonomi negara Islam sudah pasti akan berada di tahap yang baik dan dapat meneruskan momentum kenaikannya sepanjang bulan Ramadhan.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa zakat fitrah adalah antara unit terpenting dalam ekonomi Islam yang mampu memberi banyak kelebihan kepada masyarakat dan negara khususnya dari sudut ekonomi selain merupakan terapi rohani dan jasmani kepada masyarakat sekaliannya.

Anda sudah tunaikannya??
" Barang siapa menunaikan zakat fitrah sebelum solat hari raya maka zakat itu dterima dan barangsiapa yang membayar selepas solat, zakat itu sebagai sedekah biasa. " ( Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) .

Kredit: IQTISODUNA
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Zakat Fitrah : Kewajipan Dan Kelebihannya