Edisi Sentap! Akhirnya Fernando Torres Menemui Sentuhan Gol - Serius Hangat!

Oleh Kaki Wayang on


Penyerang termahal Liga Perdana Inggeris, Fernando Torres meledak dua gol sekali gus mengakhiri badi kemarau jaringan hampir lima bulan bagi membantu kemenangan Chelsea 5-2 ke atas Leicester dalam saingan suku akhir Piala FA, awal pagi tadi. Chelsea menguasai permainan di Stamford Bridge dengan menyumbat dua gol pada separuh masa pertama menerusi jaringan Gary Cahill dan Salomon Kalou.

Tiba giliran Torres mengakhiri kemarau gol selepas 26 perlawanan dengan menewaskan penjaga gol Leicester, Kaspar Schmeichel. Leicester cuba bangkit apabila Jermaine Beckford menyumbat gol pada minit ke-77 namun Torres sekali lagi meledak menerusi tandukannya.

Torres kemudian membantu Raul Meireles untuk gol kelima Chelsea dan kemenangan itu menyaksikan Chelsea kelab pertama layak ke separuh akhir di Wembley.

“Saya amat memerlukan gol berkenaan. Saya bekerja keras untuknya,” kata Torres kepada stesen ESPN. “Mungkin kerja penyerang ialah membuat jaringan dan jika anda tidak melakukannya, orang akan berfikir anda bermain dengan teruk sekali,” katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment