Edisi Sentap! Mentor 6 2012 Adalah Mentor Yang Paling Buruk - Serius Sentap!

Oleh Kaki Wayang on


Aku pasti ramai sebenarnya yang menanti Program Realiti TV yang terbaru, Mentor 6 kan..semuanya dek kehangatan dan kehebatan suara Salma Mentor 6 yang juga merupakan juara Mentor tahun lepas. Melihat kepada kejayaan yang dirangkul Salma, menyebabkan ramai diantara peminat-peminat muzik tanahair begitu menantkan kehangatan Mentor 6 yang baru sahaja selesai pross pemilihan dan uji bakatnya beberapa minggu lepas.

Namun semuanya itu hanya indah khabar dari rupa, pada konsert pengenalan semalam kesemua peserta yang diperkenalkan nampaknya tidak ada nilai komersil langsung (minta maaf)..aku ni bukannya pandai menyanyi pun..mengkritik bolehlah..melainkan peserta yang bernama Caroline sahaja yang nampaknya mempunyai suara yang agak baik tika mendendangkan Lagu "Price Tag"...
 
Dari peserta pertama sehinggalah keenam, semuanya tidak menampakkan nilai terbaik untuk bergelar Mentor 6..mungkin juga sindrom Konsert Pengenalan ataupun “episode pertama” Mentor menyebabkan para peserta sepertinya gugup dan tidak mampu mengawal suara mereka dengan baik.

Ternyata pemilihan dan proses ujibakat juga sepertinya tidak dilaksanakan dengan baik dan sepatutnya..walaupun pada hakikatnya para Mentor mempunyai senarai penjang kriteria penyanyi yang mereka inginkan..Namun pada pengamatan aku, terdapat beberapa orang penyanyi yang tidak dipilih sebenarnya lebih layak untuk bertanding pada Mentor 6 ini.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment