Edisi Sentap! Cerita Seks, Lucah dan Gambar Bogel Jadi Pilihan!

Oleh Kaki Wayang on

Dewasa ini, blog semakin menjadi pilihan. Entah berapa puluh orang bahkan lebih dari itu yang memilih untuk memiliki blog sendiri. Dek kerana ingin mengejar “kekayaan” dalam berblogging, para blogger sekarang begitu selesa memilih genre artikel sebegitu rupa..

Memanglah ianya akan mampu menjana trafik yang begitu tinggi..tapi sampai bila ianya akan dapat mempertahankan dan memperkukuhkan blog anda? Bayangkan 20 tahun akan datang, anda sudah mencapai umur yang boleh dikatakan “veteran” masikah anda mahu menulis artikel berbentuk dan berbaur lucah?

Sejak kebelakangan ini, artikel-artikel sebegini begitu menjadi pilihan para blogger terutamanya blogger-blogger baru sebab nak dapatkan trafik yang baik. Begitu juga dengan blogger-blogger senior..bukan satu atau dua, bahkan memang ramai yang buat macam tu…

Sebagai contoh paling mudah adalah pada laman ping BABAB.NET..perghhhhh pada page pertama sahaja dalam 25 post utama, terdapat lebih separuh post berbaur lucah.. keadaan ini sebenarnya begitu membimbangkan..

Persoalannya sekarang, sampai bilakah post-post seperti ini akan berterus-terusan diangkat sebagai post pilihan blogger-blogger di Malaysia?

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment