Edisi Sentap! Seks Songsang Pelajar!

Oleh Kaki Wayang on



Kajian yang dilakukan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendapati sebanyak 21 laporan polis telah dibuat sepanjang tahun lalu berkenaan pembabitan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kegiatan seks sejenis.

Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, statistik bagi seluruh negara itu amat membimbangkan dan keadaan dijangka menjadi lebih dahsyat sekiranya perjuangan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mendapat tempat di negara ini.


"Untuk bulan Januari tahun ini sahaja, sudah empat laporan polis dibuat mengenai kes ini yang membabitkan pelajar-pelajar sekolah dan itu tidak mengambil kira lagi kes-kes yang tidak dilaporkan.

"Kita lihat masalah keruntuhan akhlak ini semakin menjadi-jadi dan lebih merisaukan adalah apabila terdapat hampir 20 NGO (pertubuhan bukan kerajaan) serta beberapa parti politik yang secara terbuka menyokong LGBT," katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment