Skuad hoki negara memulakan kempen kelayakan Olimpik 2012 dengan
langkah meyakinkan apabila membelasah Chile 5-1 dalam perlawanan sulung
sebentar tadi.
Malaysia mendahului 1-0 melalui Mohd. Razie Rahim pada minit ke-18
sebelum Jan Richter menyamakan kedudukan buat Chile, dua minit kemudian.
Terikat 1-1 pada separuh masa pertama, Malaysia memperbaiki aksi pada
babak kedua dengan meledak empat gol menerusi Faisal Saari pada minit
ke-42 dan Hafifihafiz Hanafi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-49.
Dua minit kemudian, Razie yang bertindak selaku ketua pasukan
menjaringkan gol sekali lagi menerusi pukulan sudut penalti sebelum
Mohd. Amin Rahim melengkapkan kemenangan 5-1 Malaysia pada minit ke-58.