Edisi Sukan Hangat! Tarik diri: Chong Wei Gagal Pertahan Kejuaraan All England 2012!

Oleh Kaki Wayang on



Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan All England apabila terpaksa menarik diri dari meneruskan set kedua perlawanan akhir perseorangan lelaki di National Indoor Arena, Birmingham semalam.

Pemain nombor satu dunia itu mengalami kecederaan di bahu kanannya ketika menentang musuh tradisinya dari China, Lin Dan pada kedudukan 2-6.

Walaupun agak terganggu dengan kesakitan di bahunya, Chong Wei tetap memberikan tentangan sengit sebelum memberi laluan kepada Lin Dan untuk memenangi set pertama 21-19.

Penonton yang berada di National Indoor Arena itu nyata tidak putus-putus memberi sokongan padu dan sorakan semangat kepada pemain negara itu sehingga Chong Wei terpaksa akur dengan kecederaan yang dialaminya.

"Saya rasa kami bermain baik dan dia (Chong Wei) juga bermain baik. Tetapi dia tidak mahu kecederaannya menjejaskannya kerana saya tahu dia mahu bermain dan kami akan bertemu lagi di Sukan Olimpik,” kata Lin Dan ketika ditemu bual selepas perlawanan itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment