PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Lee Chong Wei. Show all posts
Showing posts with label Lee Chong Wei. Show all posts

Edisi Terkini! Keluarga Tidak Pedulikan Saya, Punca Bapa Lee Chong Wei Mahu Bunuh Diri - Ikuti Kupasan Penuh!

Oleh Kaki Wayang on


Polis menggagalkan dua cubaan membunuh diri bapa kepada seorang ahli sukan negara termasuk di atas Jambatan Pulau Pinang. Lelaki berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Keluarga Tidak Pedulikan Saya, Punca Bapa Lee Chong Wei Mahu Bunuh Diri - Ikuti Kupasan Penuh!

Edisi Sukan Hangat! Pengorbanan Datuk Lee Chong Wei!

Oleh Kaki Wayang on



DATUK Lee Chong Wei sememangnya sudah banyak berkorban bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. Pelbagai kejayaan telah dilakar jaguh badminton dunia itu dan semuanya untuk negara. Kali ini, dia sekali lagi terpaksa berkorban bagi memastikan sandaran yang diletakkan di bahunya untuk membawa pulang pingat emas pertama Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan berjaya direalisasikan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan Hangat! Pengorbanan Datuk Lee Chong Wei!

Edisi Sukan Hangat! Gambar Aksi Datuk Lee Chong Wei Dalam Kejohanan Badminton All England 2012 - Serius Hot!

Oleh Kaki Wayang on


Pertamanya, tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei atas persembahan dan aksi dalam Kejohanan All England malam tadi..walaupun agak kecewa apabila beliau gagal untuk mempertahankan kejuaraan yang dimilikinya namun beliau sebenarnya sudah membuktikan yang beliau masih seorang pemain yang berwibawa dan mampu mengharumkan nama Malaysia.

Kegagalan beliau bermakna, beliau gagal untuk mencapai hatrik selepas menang pada dua sesi sebelumnya iaitu pada 2010 dan 2011.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan Hangat! Gambar Aksi Datuk Lee Chong Wei Dalam Kejohanan Badminton All England 2012 - Serius Hot!

Edisi Sukan Hangat! Tarik diri: Chong Wei Gagal Pertahan Kejuaraan All England 2012!

Oleh Kaki Wayang on



Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan All England apabila terpaksa menarik diri dari meneruskan set kedua perlawanan akhir perseorangan lelaki di National Indoor Arena, Birmingham semalam.

Pemain nombor satu dunia itu mengalami kecederaan di bahu kanannya ketika menentang musuh tradisinya dari China, Lin Dan pada kedudukan 2-6.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan Hangat! Tarik diri: Chong Wei Gagal Pertahan Kejuaraan All England 2012!

Edisi Sukan! Hafiz Hashim Tewaskan Chong Wei dalam Perlawanan Simulasi!

Oleh Kaki Wayang on




JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tewas mengejut kepada pemain perseorangan kedua, Muhamad Hafiz Hashim dalam satu perlawanan simulasi di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam. Pada aksi tersebut, Chong Wei yang merupakan pemain No. 1 dunia tewas 10-21, 21-23.

Kekalahan Chong Wei itu ternyata mencetuskan kebimbangan kerana dia diletakkan sebagai sandaran utama bagi membantu skuad negara menghadapi kempen kelayakan Piala Thomas di Macau yang bermula Isnin ini. Bagaimanapun, bagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock, beliau menganggap kekalahan tersebut bukanlah suatu yang membimbangkan.

Sebaliknya, Seu Bock menjelaskan, kekalahan itu adalah disebabkan keletihan yang dialami Chong Wei sepanjang menjalani latihan pusat yang bermula sejak 30 Januari lalu sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan kali ini.

"Saya tidak mahu memberikan tekanan kepada Chong Wei dengan mengatakan yang dia perlu menang perlawanan hari ini (semalam).

"Selepas mengikuti jadual latihan yang padat, kamu sendiri boleh lihat yang dia beraksi dalam keadaan yang letih. Dia memberi tumpuan penuh terhadap latihan.

"Jangan hanya disebabkan perlawanan simulasi ini, Chong Wei perlu dikecualikan daripada menjalani latihan," kata Seu Bock.

Tambah Seu Bock, beliau memberi jaminan bahawa Chong Wei akan kembali berada pada tahap prestasi sebenarnya sebelum kempen kelayakan bermula.

"Masih ada beberapa hari lagi sebelum kempen kelayakan bermula. Saya yakin tidak akan ada masalah untuk Chong Wei beraksi pada tahap sebenarnya apabila kempen kelayakan bermula nanti," tambahnya.

Sementara itu, Seu Bock turut memuji persembahan yang dipamerkan Hafiz. Jelas Seu Bock, Hafiz telah memberikan kelegaan buat skuad negara sekiranya dia boleh beraksi seperti perlawanan semalam pada kempen kelayakan nanti.

"Hafiz telah banyak menunjukkan peningkatan.

"Jadi, ia sedikit sebanyak tidak memberikan tekanan kepada Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (beregu utama lelaki) untuk menghadiahkan mata.

"Ini kerana, Hafiz telah buktikan yang dia juga mampu menyumbangkan mata," ujar Seu Bock.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan! Hafiz Hashim Tewaskan Chong Wei dalam Perlawanan Simulasi!