SUSPEK termasuk seorang wanita (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk mendapat perintah tahanan reman semalam.
Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama seminggu ke atas tiga suspek kes bunuh dan bakar Nurul Nadirah Abdullah (Lihat: Dirang Tulis Nama Guna Dakwat Merah - Petanda dia Mahu Meninggalkan Kita), 5, atau yang lebih dikenali sebagai Dirang di Mahkamah Majistret di sini.
Pendaftar Mahkamah Rendah, Nuriza Mustaffa membenarkan ketiga-tiganya yang berusia 30-an direman sehingga 23 Mac ini untuk siasatan kes pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, mereka yang positif penggunaan dadah itu ditahan polis di sebuah rumah kosong di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang pada 1 Mac lalu untuk siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 sehingga semalam.