Edisi Terkini! Keluarga Dirang Rancang Pindah Untuk Lupa Tragedi - Serius Sedih!

Oleh Kaki Wayang on


Keluarga Nurul Nadirah Abdullah, kanak-kanak malang yang dibunuh dan dibakar, merancang untuk berpindah ke kediaman lain bagi melupakan kisah pahit yang berlaku terhadap mereka.

Ibu Allahyarham, Roselyn Alan, 25, berkata beliau merancang untuk berpindah kerana tidak sanggup berasa sedih setiap kali terbayangkan Nurul Nadirah, yang mesra dipanggil Dirang, di setiap sudut rumah itu.

"Buat masa ini saya belum tahu mahu berpindah ke mana kerana suami masih belum mendapat kerja. Dulu memang pernah rancang untuk pindah tetapi suami masih tidak kerja. Saya rasa hendak pindah kerana bayang-bayang Dirang sentiasa ada dalam rumah ini," katanya ketika ditemui di rumahnya, di Flet Seri Delima, Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Roselyn yang dalam keadaan sugul, berkata sebagai orang Islam beliau reda
dengan kematian anaknya, namun tetap berharap pembunuh Dirang dapat diberkas dan dibawa ke tali gantung.

Katanya, beliau ada bermimpikan arwah Dirang yang datang memeluknya sambil meminta supaya tidak bersedih sebelum terjaga-jaga dari tidur kira-kira 3.30 pagi tadi.

"Dia (Dirang) hanya pakai seluar berwarna biru dan memberitahu saya supaya tidak menangis kerana dia dalam keadaan baik. Dia juga mencium saya sebelum saya terjaga dari tidur," katanya sambil menambah anak kedua daripada tiga beradik itu gemar menonton siri Upin dan Ipin serta Barbie setiap hari. 

Roselyn turut berterima kasih kepada semua pihak termasuk jiran dan pihak berkuasa yang bersama-sama membantu mencari anaknya sepanjang dua minggu lalu.

Nurul Nadirah, 5, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA mengesahkan mayat rentung yang ditemui di Nusa Damai, Masai, dekat sini pada Khamis lalu adalah mayatnya.

Kanak-kanak itu hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit dekat rumahnya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Afasz said...

al-fatihah buat adik dirang/

Post a Comment