Edisi Terkini! Perogol Bersiri Tawar Pekerjaan Untuk Perdaya Mangsa!

Oleh Kaki Wayang on

Polis Hong Kong berkata, mereka menahan suspek perogol bersiri yang memperdaya mangsanya dengan meletakkan iklan temuduga kerja palsu di Internet.

Lelaki berusia 31 tahun itu, yang dikenali sebagai Chan, ditahan Isnin lalu, selepas seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun berkata dia dirogol di sebuah hotel di mana “temuduga” itu dijalankan.

Jurucakap polis berkata, “Kami masih menyiasat sekiranya ada gadis lain yang menjadi mangsanya. Kami merayu mereka untuk tampil memberi keterangan.”

Akhbar South China Morning Post melaporkan, kemungkinan 10 wanita telah menjadi mangsanya, berdasarkan gambar yang dijumpai dalam alat elektronik suspek itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment