Pelarasan
gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan
berkuatkuasa 1 Januari tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada perbincangan
CUEPACS dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam
Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini,
pagi tadi.
"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh
atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar
ketika ditemui di sini, hari ini.
Pada perhimpunan itu, Perdana Menteri turut
mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan
mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.
Sementara itu, Najib turut mengumumkan pelarasan
gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta
Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred
Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh
peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara.
P/s: Buat pengetahuan semua, apabila penguatkuasaan pelarasan gaji bermula pada 1 januari 2012 bermakna tunggakan gaji akan dibayar oleh kerajaan. Ianya mungkin sedikit sebanyak mengembirakan penjawat awam.
Lagi entri berkenaan dengan Isu Pemansuhan SBPA dan kembali ke SSM: