Edisi Terkini! Pengumuman Keseluruhan Perdana Menteri Mengenai Pemansuhan SBPA!

Oleh Kaki Wayang on


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Perdana Menteri juga mengumumkan :

  • Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54
  • Bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus)
  • Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan
  • Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus)
  • Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
  • Kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
  •  SSM akan ditambahbaik
  • Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji & mempertimbangkan sebarang bentuk cadangan pada masa akan datang untuk penambaikan perkhidmatan awam
  • Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
  • Jusa naik ikut tangga gaji setelah dibuat pelarasan kenaikan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54
  • Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan
  • Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan daalm pembentangan Bajet 2012

Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Berkenaan isu SBPA dan SSM ini memang sudah lama sangat baru selesai, namun ianya belum selesai sepenuhnya lagi selagi kita tak lihat sendiri Lampiran C yang dikhabarkan bakal menjadi struktur baru gaji penjawat awam dengan pengekalan SSM itu.

LAGI BERITA TERKINI MENGENAI STRUKTUR GAJI BARU:

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...