Langkah kerajaan membatalkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam
(SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik
membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat responsif terhadap
kehendak masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Beliau berkata, langkah itu diambil setelah satu jawatankuasa yang
ditubuhkan untuk menilai semula SBPA berpendapat ia tidak berapa sesuai
dengan gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan dan Pencapaian
Diutamakan.
"(Justeru) Perdana Menteri telah mengambil satu langkah (untuk) menilai
balik (SBPA)," katanya selepas merasmikan set tren MyKomuter yang
operasinya bermula hari ini.
Pembatalan skim SBPA itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak pada satu perhimpunan khas dengan penjawat awam di
Putrajaya hari ini.
Muhyiddin berkata, cadangan SBPA itu telah dikemukakan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi selepas ia diteliti semula kerajaan
mendapati ada beberapa perkara dalam skim itu yang perlu dipinda.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata dengan keputusan ini,
guru-guru juga diharap berasa gembira kerana kerajaan akan melaksanakan
seberapa segera janji-janjinya sebelum ini.
"Macam perdana menteri kata, guru-guru jangan gundah gulana, apa yang
dijanjikan dalam bajet itu (Bajet 2012) akan dipenuhi dan mungkin dalam
tempoh yang terdekat perincian itu akan dimaklumkan oleh pihak JPA.
Dengan jaminan perdana menteri itu, kita harap ia akan dapat memuaskan
hati," katanya.
Ketika ditanya sama ada tarikh pilihan raya umum ke-13 telah hampir
memandangkan kerajaan sudah menyelesaikan isu SBPA, Muhyiddin berkata,
"Belum ada sebarang keputusan yang jelas mengenai tarikh pilihan raya
umum ke-13."
"Semua orang boleh membuat spekulasi kononnya pilihan raya akan berlaku
sebaik sahaja kerajaan menyelesaikan status kedudukan SBPA, tidak ada
salahnya.
LAGI
BERITA TERKINI:
- SBPA dimansuh, Kembali ke SSM
- Jadual Gaji Minimum - Maksimum | Sistem Saraan Malaysia
- Elaun Sara Hidup (COLA) Naik Mengikut Kawasan
- Pengumuman Keseluruhan Perdana Menteri pada Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam
- Pelarasan Gaji Kuatkuasa 1 Januari 2012 – Tunggakan akan dibayar sekali!