Edisi Hangat! Selepas Isterinya, Aaron Aziz Kini Tampil Memberikan Penjelasan Berkenaan Dengan Nama Sebenar Beliau - Ikuti Penjelasan Beliau!

Oleh Kaki Wayang on


KELMARIN hari yang cukup kecoh buat aktor popular Aaron Aziz, 36, apabila sebuah portal hiburan menyiarkan kad pengenalan Singapura yang didakwa miliknya.

Apa yang mengecewakan hero filem Ombak Rindu dan KL Gangster itu, nama yang tertera pada kad pengenalan rekaan sendiri itu tertera nama Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa yang didakwa merupakan nama sebenar Aaron.

Sejak kad pengenalan itu tersebar di Internet, Aaron didakwa menipu para peminatnya dengan menggunakan nama glamor Aaron Aziz.

Persoalannya apakah nama sebenar Aaron?

Sejak bila Aaron tahu kad pengenalan yang menggunakan gambar dan nama Mat Haron Mustapha itu tersebar di Internet?
 
Saya mula dapat tahu pada pukul 4 pagi pada 2 April lalu. Ketika itu isteri saya sedang melayari Internet. Saya memang sangat terkejut sebab gambar yang digunakan adalah wajah saya tetapi nama yang digunakan sememangnya bukan nama saya.

Apa yang bermain pada fikiran Aaron saat pertama kali melihat kad pengenalan tersebut?

Saya fikir apa tujuan orang yang buat kad pengenalan palsu ini. Mulanya saya ingat dia guna kad pengenalan tersebut untuk buat pinjaman bank, tetapi bila lihat nama yang tertera bukan nama saya, saya rasa lega. Kedua, saya rasa memang orang yang buat kad pengenalan itu tiada kerja dan sengaja cari kerja.

Jadi apa nama sebenar Aaron?

Saya rasa ramai sudah tahu nama sebenar saya ialah Aaron Mustapha Aziz bukannya Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa. Saya sekarang dalam proses untuk dapatkan status penduduk tetap di Malaysia, jika tidak percaya, boleh periksa dengan jabatan yang berkaitan tentang nama asli saya ini.

Aaron dituduh menipu peminat apabila kad pengenalan rekaan itu tersebar di Internet, komen?

Saya sedar ramai yang ingat nama Aaron Aziz adalah nama glamor, tetapi itu memang nama sebenar saya. Kalau saya dilahirkan dengan nama lain, saya tetap akan gunakan nama sebenar walaupun apa sahaja bunyi nama itu. Saya tidak menipu peminat dengan nama saya.

Bagi Aaron adakah nama yang komersial dan sedap bunyinya penting buat seorang artis?

Mungkin setiap artis ada sebab tertentu jika mereka menggunakan nama komersial dan bukannya nama sebenar. Apa yang saya lihat mereka mahu privasi diri terjaga. Jika ramai tahu mungkin orang akan guna untuk perkara yang tidak baik seperti membuat pinjaman bank tanpa pengetahuan artis itu. Artis yang sengaja guna nama komersial, bagi saya tidak salah. Ia terpulang kepada diri sendiri jika mereka lebih selesa dan yakin menggunakan nama lain.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
4 Comments

{ 4 Komen Membina!... read them below or add one }

Unknown said...

x kesah ler nama dia apa pun
yg pnting dia mmg terbaek..
apa ler ada pada nama tue.

Unknown said...

ala...kalau pun nama dia btul mat harun mustafa..knp org nk jadikan isu plak..suka hati dialah..xfhm aku..

Cik mama said...

Alaaa benda ni tak der pape pun, sbb dia tgh femes kan skg ni, so memg ada laa pihak yg tak bertaggungjwp tu tuk jatuhkan dia.. sabborr jerlaaa..

Kaki Wayang said...

Setuju..mungkin pada mulanya nak dijadikan gurauan tak sangka pula jadi serius macam ni..hahahaha..tak kisahlah kalau nama dia Mat Haron pon..dia tetap gempak...

Post a Comment