PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts
Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts

Edisi Hangat! Gambar Perkahwinan Aaron Aziz Yang Super Klasik!

Oleh Kaki Wayang on


Gambar perkahwinan Aaron Aziz. Tengok gambar dah tau penuh dengan nilai klasik. Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hendaknya..
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Perkahwinan Aaron Aziz Yang Super Klasik!

Edisi Hangat! Gambar Aaron Aziz dan Isteri Di Kota Mekah!

Oleh Kaki Wayang on


Kalau anda belum tahu, dua minggu lalu Aaron Aziz bersama isteri, Diyana Halik telah pun terbang ke kota Mekah untuk mengerjakan umrah & kini sudah pulang ke Malaysia. Pasti’nya peminat Aaron Aziz yang banyak membeli akhbar Berita Harian awal tahun ini ingin melihat suasana pasangan bahagia ini mengerjakan umrah.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Aaron Aziz dan Isteri Di Kota Mekah!

Edisi Panas! Jawapan Panjang Lebar Aaron Aziz Terhadap Wartawan, Isu PR!

Oleh Kaki Wayang on


Berikut adalah kenyataan rasmi Aaron Aziz sebagai respon kepada artikel wartawan Hazrey yang disiarkan melalui entri Wartawan Pelik Aaron Nafikan & blog Hazrey.com sebentar tadi. Baca laporan penuh selepas ini.

Salam Hazrey,

Pertama sekali, Alhamdulillah kerana sempat bertemu Hazrey di Sri Pentas tempohari dan tak sangka, ada wartawan yang sporting dan kita sempat bergurau biarpun waktu membatasi kita untuk berborak lebih lama. Tentunya banyak isu menarik boleh dikongsi jika masa mengizinkan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Jawapan Panjang Lebar Aaron Aziz Terhadap Wartawan, Isu PR!

Edisi Panas! Datuk Siti Nurhaliza Kecam Zed Zaidi Pertikai Kemenangan Aaron Aziz!

Oleh Kaki Wayang on


Tindakan Zed Zaidi mengkritik kemenangan yang dinobatkan Pelakon Utama Filem Ombak Rindu Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular 2011 Anugerah Bintang Popular (ABP)- menerusi laman sosial Twitter mendapat beberapa maklumbalas negatif beberapa rakan artis.
Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Datuk Siti Nurhaliza Kecam Zed Zaidi Pertikai Kemenangan Aaron Aziz!

Edisi Panas! Zed Zaidi Anggap Pelakon Luar, Aaron Aziz Setaraf Pembantu Rumah!

Oleh Kaki Wayang on

TAK sudah-sudah kontroversi yang dicipta oleh Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi. Selepas isu tiga usul yang dikemukakan kepada kerajaan, keluar pula isu Zed membelakangkan Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dalam membuat sebarang keputusan berhubung persatuan tersebut.

Belum lagi reda kedua-dua isu yang ditimbulkan, Zed sekali lagi mencipta kontroversi baharu apabila dia menyuarakan rasa tidak puas hati di laman sosial Twitternya mengenai kemenangan pelakon Singapura, Aaron Aziz menerima Anugerah Bintang Paling Popular 2011 baru-baru ini.

Walaupun kenyataan di laman sosial Twitternya tidak menulis nama Aaron tetapi ramai pengikutnya yang tahu siapakah yang dimaksudkan oleh Zed itu.

Dalam Twitter milik Zed itu, dia menulis: ‘AKU LEBIH BERBANGGA KALAU RAKYAT MALAYSIA YANG MENANG!!! Terima kasih rakyat Malaysia kerana mengalakkan artis luar merosakkan industri seni!’
Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Zed Zaidi Anggap Pelakon Luar, Aaron Aziz Setaraf Pembantu Rumah!

Edisi Hangat! Aaron Aziz Kini Rakyat Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on


Kan bagus jika sekiranya Aaron Aziz memiliki kerakyatan negara Malaysia. Maka tidak akan ada lagi sebarang salah faham atau rasa tidak puas hati sesetengah orang terhadapnya.

FIGURA kacak itu kini sedang sibuk menjalani proses penggambaran drama bersiri 80 episod berjudul Adam dan Hawa serta baru menghabiskan penggambaran filem KL Gangster 2, Kerat 14 dan Tyckoon. Itu senarai produksi lakonan aktor popular masa kini, Aaron Aziz yang terbaharu khabarnya akan terlibat dengan sebuah filem aksi belum berjudul bakal diarahkan oleh seorang pengarah dari Brunei, selain juga dijadualkan membintangi filem Cicakman 3.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Aaron Aziz Kini Rakyat Malaysia!

Edisi Hangat! Komen Pedas dan Isu Sebenar Zed Zaidi Mengutuk Kemenangan Aaron Aziz - Ikuti Penjelasan dan Kenyataan Zed Zaidi!

Oleh Kaki Wayang on


Assalamualaikum kepada semua... wah..!!! makin panas cerita aku bila balik dari ABPPH tak sangka macam pisang panas!. Tapi aku tak kisah.. "AKU KENA BUAT APA YANG AKU PERLU BUAT" dah jadi TANGGUNGJAWAB aku sebagai seorang PEMIMPIN yang harus membuat kerja dengan AMANAH, JUJUR, IKHLAS dalam PERJUANG! Ya! aku sedar ramai yang suka, dan lagi ramai yang TAK SUKA AKU!, aku tak kisah! BERANI KERANA BENAR, aku memegang prinsip " WALAUPUN PAHIT TERPAKSA DI TELAN " dan " KALAU TAKUT DI LANDA OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI!!! ".
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Komen Pedas dan Isu Sebenar Zed Zaidi Mengutuk Kemenangan Aaron Aziz - Ikuti Penjelasan dan Kenyataan Zed Zaidi!

Edisi Hangat! Isu Kuku Buruk Tak Halang Aaron Aziz Rangkul Anugerah Artis Paling Popular!

Oleh Kaki Wayang on


Mungkin itulah ungkapan paling sesuai yang mahu diucapkan oleh Artis Paling Popular, Aaron Aziz kepada pembenci Aaron Aziz. Ternyata kontroversi dan kontroversi ciptaan pembenci Aaron Aziz tidak mampu menggoyah kekuatan dan kepopularan Aaron Aziz.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Isu Kuku Buruk Tak Halang Aaron Aziz Rangkul Anugerah Artis Paling Popular!

Edisi Hangat! Walaupun Kuku Saya Buruk, Saya Tetap Artis Paling Popular - Aaron Aziz!

Oleh Kaki Wayang on

Mungkin itulah ungkapan yang cuba Aaron Aziz ucapkan selepas dinobatkan sebagai Artis Paling Popular 2011 semalam. Begitulah penangan pelakon utama Ombak Rindu dan KL Gangster ini. Walaupun sebelum ini nama beliau dikaitkan dengan ISU Menipu Nama Sebenar dan ISU Kuku yang entah hape-hape..nampaknya itu semua adalah isu remeh yang tidak perlu diambil maklum oleh Aaron Aziz. Kuku buruk ke, dia tetap popular!!! Tahniah Aaron Aziz.


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Walaupun Kuku Saya Buruk, Saya Tetap Artis Paling Popular - Aaron Aziz!

Edisi Hangat! Selepas Isterinya, Aaron Aziz Kini Tampil Memberikan Penjelasan Berkenaan Dengan Nama Sebenar Beliau - Ikuti Penjelasan Beliau!

Oleh Kaki Wayang on


KELMARIN hari yang cukup kecoh buat aktor popular Aaron Aziz, 36, apabila sebuah portal hiburan menyiarkan kad pengenalan Singapura yang didakwa miliknya.

Apa yang mengecewakan hero filem Ombak Rindu dan KL Gangster itu, nama yang tertera pada kad pengenalan rekaan sendiri itu tertera nama Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa yang didakwa merupakan nama sebenar Aaron.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Selepas Isterinya, Aaron Aziz Kini Tampil Memberikan Penjelasan Berkenaan Dengan Nama Sebenar Beliau - Ikuti Penjelasan Beliau!

Edisi Sentap! Aaron Aziz Mengamuk Nama Mat Haron Mustapha Dipermainkan, Dituduh Menipu Nama Sebenar - Nama Saya Aaron Aziz Mustafa!

Oleh Kaki Wayang on

 
“Nama saya Aaron Aziz Mustafa, bukan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa. “Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,” kata pelakon, Aaron Aziz, 36 yang berang dengan ‘permainan’ individu yang menyiarkan keratan kad pengenalan ‘buatan sendiri’ didakwa miliknya di sebuah forum hiburan, semalam.

Kata Aaron, sejurus membuka laman hiburan itu, dia terkejut selepas mendapati tuduhan mengatakan nama sebenarnya ‘Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa’ dan dia difitnah menipu peminat dengan nama sebenarnya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Aaron Aziz Mengamuk Nama Mat Haron Mustapha Dipermainkan, Dituduh Menipu Nama Sebenar - Nama Saya Aaron Aziz Mustafa!

Edisi Hangat! Pose Istimewa Aaron Aziz dan Siti Saleha dalam Filem Kerat 14!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Pose Istimewa Aaron Aziz dan Siti Saleha dalam Filem Kerat 14!

Edisi Hangat! Gambar Aaron Aziz Paling Jantan dan Macho Pernah Aku Tengok!

Oleh Kaki Wayang on


Gaya seorang jejaka idaman Malaya..siapa tak kenal Aaron Aziz..lagak seorang hero dalam filem KL Gangster begitu menyerlahkan akan kejantanan dan kemachoannya (erkkk ade ke perkataan tu)

Kredit: Rotikaya
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Aaron Aziz Paling Jantan dan Macho Pernah Aku Tengok!

Edisi Hangat! Gambar Aaron Aziz bercium di Paris!

Oleh Kaki Wayang on


Berlatarbelakangkan Menara Eiffel, Paris, kedua-dua pasangan bahagia yang sama cantik dan sama padan dilihat berkucupan dan sama sekali menyangkal mana-mana gosip liar yang melanda Aaron Aziz sebelum ini.

Uitt..Mmmm..No komen...kepada peminat-peminat Aaron Aziz jangan sentap yer..
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Aaron Aziz bercium di Paris!

Edisi Artis! Isteri Risau Aaron Aziz Semakin Popular Dan Digilai Ramai

Oleh Kaki Wayang on


Perempuan mana yang tidak mahu gilakan lelaki sekacak Aaron Aziz. Lebih-lebih lagi jika mengetahui yang Aaron Aziz adalah seorang family man.

Isteri aktor kacak yang semakin meningkat naik ini, Diyana Halik mula meluahkan rasa risau beliau terhadap situasi ini. Diyana bukan setakat risaukan populariti Aaron Aziz tetapi juga risaukan ketampanan suami tersayang.

Mungkin kerisauan Diyana mula terbit selepas Aaron Aziz menjadi duta kecantikan untuk L’Oreal & imej melalui iklan menunjukkan yang Aaron Aziz memang layak di’gelar lelaki terkacak Malaysia.





Sila baca selanjutnyaEdisi Artis! Isteri Risau Aaron Aziz Semakin Popular Dan Digilai Ramai

Edisi Kaki Wayang! Filem “Prince Of The City” Lakonan Aaron Aziz, Punya Unsur 18SX!

Oleh Kaki Wayang on


Fuhhh! Tidak tahu samada mahu terkejut atau kagum ataupun kecewa, filem arahan Julian Cheah turut mempunyai unsur 18SX!

Tapi tidak keterlaluan kami katakan kerana filem ini adalah untuk pasaran antarabangsa dan tidak disasarkan kepada pasaran tempatan sahaja. Mungkin sebab itulah adanya adegan seksi pelakon wanita, Tara yang hanya memakai bikini sahaja di tepi pantai.

Filem arahan Julian Cheah ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Jehan Miskin dan juga hero pujaan ramai, Aaron Aziz. Apa yang menarik, pelakon Hollywood iaitu Michael Madsen yang popular dengan filem Donnie Brasco turut sama membintangi filem ini dan menyerikan lagi babak-babak aksi ‘Prince Of The City’.

Anda tonton sendiri trailer filem berjudul ‘Prince Of The City’ ini dan jangan mudah memberi pandangan. Pastikan tunggu sehingga filem ini ditayangkan di pawagam dahulu ya!

Kredit: OhBulan!

Sila baca selanjutnyaEdisi Kaki Wayang! Filem “Prince Of The City” Lakonan Aaron Aziz, Punya Unsur 18SX!

Betol-betol Sengal! Aktor kencing dalam kabin: Penerbangan tergendala dua jam

Oleh Kaki Wayang on

http://www.celebritymen.info/resimler/gerard-depardieu-0.jpg

Bintang filem Perancis, Gerard Depardieu, kencing di tempat duduk penumpang kapal terbang apabila mendapati tandas pesawat berkenaan ditutup, kata sumber, semalam. Katanya, aktor berusia 63 tahun itu menjerit mahu membuang air ketika penerbangan dari Paris ke Dublin, Ireland, bersedia untuk berlepas.

“Disebabkan pesawat itu bergerak di landasan dan bersedia untuk berlepas, kru kabin meminta Depardieu bersabar,” katanya.

Bagaimanapun, kata saksi, pelakon yang pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar itu memberitahu, dia tidak boleh menahan dirinya.

“Dia yang kelihatan mabuk kemudian berdiri dan kencing di situ juga,” katanya.

Perbuatan Depardieu memaksa penerbangan itu tergendala dua jam bagi membolehkan pesawat dicuci. Tidak dapat dipastikan sama ada Depardieu dibenarkan terus menaiki pesawat itu atau tidak
 
P/s: Hahahahahaha..aku hanya mampu gelak dengan kejadian ini...

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Aktor kencing dalam kabin: Penerbangan tergendala dua jam

Betol-betol Hangat! Review filem KL Gangster

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRj3SA2rU_we13ya7rj9F6BzH8tjWkxO3SPyFSzN0XNfsdJuClaEfRNH45GWv8u6xkkJS26AbXqvrQVTnUjC-dQjJq6lT1sBLuaoT_ULsYWAkxQQycvRPmXgKeXmwHahjXERLpzdYOhlfO/s1600/kl+gangster.jpg 

Jun ni, peminat-peminat filem arahan pengarah muda Mohd. Syamsul Yusuf, akan disajikan dengan filem terbaru arahan beliau KL Gangster.

Sedikit synopsis filem ini: 

“KL Gangster mengisahkan dua beradik Malek dan Jai lakonan Aaron dan Ady yang terjebak dalam dunia gangster. Malek dipenjara lima tahun kerana dikhianati kumpulannya sendiri yang didalangi Shark (Syamsul) yang juga anak tiri King (Ridzuan Hashim). King adalah ketua kongsi gelap paling berpengaruh di Kuala Lumpur.

Selepas menjalani hukuman dipenjara, Malek ingin mengubah kehidupannya dengan menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap. Namun ianya bukan lah lessen untuk masyarakat menerimanya semula. Malek dipandang serong dan sering diganggu gangster yang mahu membalas dendam terhadapnya. Mujurlah ada teman lamanya King yang sering membantunya daripada diganggu gangster lain.

Adiknya Jai pula menjadi orang kanan Shark. Konflik makin tegang apabila Shark merasakan dirinya tergugat dengan kehadiran Malek. Pelbagai strategi dilakukan oleh Shark untuk melangkaui Malek namun tetap dihalang oleh King yang menganggap Malek sebagai sahabatnya.

Wujud pula dendam Shark terhadap ayah tirinya sendiri. Kemelut antara dua beranak semakin berlarutan dan berpaksikan kuasa dan sikap tamak Shark menganggap Malek adalah punca segala-galanya”

Apa yang bakal terjadi dalam konflik yang semakin tegang ini?jom join Betol-betol Hangat! Menonton movie ni..Kat East Coast Mall, Kuantan yerrr..

P/s: Jangan banyaksangat tengok filem-filem ganas yer kengkawan..jangan bawak anak tau g tgok filem ni lebih-lebih lagi kalau masih remaja..kang ditirunya aksi-aksi dalam filem ni..mampuih kite nak menjawabnya..(Mode: kekadang Betol-betol Hangat (BBH) kecewa kerana banyak sangat filem-filem bercorak keganasan dan masalah kebejatan social di pawagam sekarang ni)Selamat menonton yer siding pembaca sekalian..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Review filem KL Gangster

Betol-betol Hangat! Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara

Oleh Kaki Wayang on

Wow..is it true? Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara? Biar betik koooo..bile masa pula dia dilacurkan bapa saudara sendiri..ape nak kene lah dengan dunia sekarang ni..tak boleh dibiarkan ni kalau macam ni..Begitulah kisahnya apabila filem yang diadaptasi dari Novel Ombak Rindu akan menjengah di pawagam tak lama lagi...Hahahahaha..suspen kerrnnn (dalam hati pembaca: tak suspen pon dah tau lama dah)

 Watak Izzah dalam Ombak Rindu

Tak kira dah lama ke dah basi ke..aku tetap nak post jugak tajuk ni..hahahahaha..al-kisahnya bermula apabila Novel Ombak Rindu hasil karya Fauziah Ashari. Filem Ombak Rindu adalah terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures. Selepas Lagenda Budak Setan yang mencapai rating yang baik dalam filem sebelumnya..giliran Ombak Rindu pula akan ditayangkan di layar perak..sedikit sinopsis Ombak Rindu:
"Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?"
sumber: Limau Ais

Dan apa yang paling menarik sebenarnya Watak Maya Karin memerlukannya memakai tudung sepanjang filem itu nanti..begitulah watak Izzah yang bakal dijayakan oleh pelakon terkenal itu nanti..sedikit tentang Maya Karin aka Izzah:

“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.
“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini".


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara