Edisi Pilu! Kisah Ibu Penyebab Kematian Anak Hanya Kerana Lipstik!

Oleh Kaki Wayang on


Sedang berblogwalking, tetiba terbaca satu tajuk yang begitu memilukan dan merentap hati bagi sesiapa yang membacanya..sedih dan pilu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..entri seterusnya ini menceritakan bagaimana seorang wanita yang begitu mementingkan harta dan kebendaan berbanding anaknya..


Kita tahu bahawa benda yang dibeli itu mahal harganya..namun sebagai IBU sudah sepatutnya perilaku dan tingkah laku mestilah persis seorang ibu kan..tapi apabila marah menguasai diri..beginilah jadinya apabila “anaknya pergi meninggalkannya” akibat dari api kemarahan yang membara dalam jiwa seorang wanita yang bergelar IBU..



Ikuti kisahnya di sini..


Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, “Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama”.

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuannya penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah menukilkan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat…. jantung anak perempuan itu telah berhenti berdegup.

Dan saat si ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, di situ tertulis sekeping ayat  dengan lipstik merah yang tertulis: “Sayang Mama Sampai Bila Bila”.


P/s: Anak adalah anugerah yang tidak terhingga daripada Allah S.W.T kepada pasangan suami isteri yang mendirikan rumahtangga. Timbul riak wajah yang ceria dan gembira suami isteri apabila mereka diberitahu oleh doktor yang merawat mengatakan bahawa isterinya mengandung sekian bulan..maka jagalah anak anda sebaik mungkin..bukan untuk menyakiti kerana Anak adalah amanah dan anugerah tak ternilai dari Allah S.W.T..


Ustaz Kaki Wayang

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

mieza said...

mcm2 hal. beragak laa skit nak pukul pn..

Post a Comment