Edisi Sentap! Perlu Ke Kita Hargai Manusia Macam Ni?

Oleh Kaki Wayang on


Salam Jumaat kepada Muslimin dan Muslimat semua..

Mana yang rasa dia tu LELAKI..jangan pula korang tak rasa bersalah atau rasa tak berdosa pula tak pegi Solat Jumaat jap tadi yer..Sila sentap yer pada mereka yang terasa..


Berbalik kepada persoalan di atas..Sebagai manusia kita sudah pastinya tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Cuba kita muhasabah diri kita yer..saat kita bangun tidur pagi tadi..ada tak kita ucap Alhamdulillah? Ke masa mak kejut (Keadaannya macam ni)

Mak: Jeinab, Oooi Jenab ooi..tak nak bangun ke? Ni dah “subuh gajah” dah ni..kang terlepas pula..dah solat tu jangan pula tido semula nanti rezeki “mahal” pastu g keje..
(Apa yang kita jawab?)
Jeinab: Ala mak ni kaco la, Jeinab nak tido pun tak buleh.
(Tak do pun ucap Alhamdulillah, Allah SWT bagi peluang untuk aku hidup sehari lagi di dunia ini untuk memperbetulkan apa yang telak ku perbuatkan semalam)..kan bagus kalau ada doa dan ucap syukur macam tu..

ITU Mukadimah jer yer…

Kalau kita nak menghargai seseorang lihatlah akan SUMBANGAN yang dia berikan dan bukannya melihat kepada:-

Betapa hensemnya dia/ cantiknya dia

Pantang tengok lelaki (staf) hensem/ awek (staf) hensem terus dia hargai..hargai macam mana tak tahulah..

Keje “ngulor”

Ni memang sikap orang melayu yang suka sangat ngulor time keje..dah perkataan ngulor tu pun orang melayu yang cipta, yang kejenya ngulor pun orang kita jugalah..satu kawasan kampus kalau boleh dia nak tawaf 18 kali..

Sarapan ke Masak kat kedai makan?

Ni lagi satu penyakit manusia..kalau pegi makan/ sarapan tak pernah dalam 30 minit..mengalahkan waktu peniaga tu berniaga lagi..orang tu berniaga 2 Jam je (sebab jualan cepat habis)..dia duk situ dari kedai tu dibuka sampailah nak tutup..mak aih..macam ni ke pekerja yang kita nak bagi Anugerah (Penghargaan)..kadang-kadang orang beranggapan “Ko ni pegi sarapan ke, ko ganti Mak Cik Temah (peniaga bukan nama sebenar) tu masak?

Seniority

Sebab ko tua dah nak pengsan (tak nak guna perkataan mati kang tak pasal-pasal…)..sebab ko dah tua, veteran, pekerja paling lama kat sini ko memang patut diberikan anugerah ke? Dah kalau ketiga-tiga kriteria di atas ko buat perlu ke diberi penghargaan? Sesuathooooo sangat..

Tepuk dada tanya selera..kalau anda rasa diri anda jujur dan ikhlas bak Romeo and Juliet (tak do kono ngono) sila jujur yer…

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
6 Comments

{ 6 Komen Membina!... read them below or add one }

Ash said...

pendek sangat entry nih.. tambah la lagi..

Kaki Wayang said...

Vegehtoooo..cukup letew...

Ash said...

pasal mengampu tu tak masuk skali?

Aziela said...

Sangat mengecewakan. Kita cuba kerja seikhlas mungkin, tapi sering gegar sebab faktor2 mcm nie..

Unknown said...

mesti org gomen ni..ehehe agak jerrr :p

Farhan Yusuf said...

hahahhaha
terbaekkkk beb...

Post a Comment