Wah
dah popular sekarang..itulah kebanyakan komen dan pujian yang entah ikhlas atau
tidak dari segelintir rakan blogger..sebagai seorang blogger, aku tidak begitu
memikirkan sangat akan pujian yang diberikan..aku tahu di mana aku berada..aku
tahu asal usul dan tahap kemampuan aku..Sebab apa aku popular? Sebab aku pandai Azan? Semua orang pandai azan..Sebab aku pandai menyanyi? Semua orang pandai menyanyi? Sebab aku pandai bertilawah dan bertaranum? Semua orang mampu bertaranum..Sebab aku hensem..huk huk..sila muntahijo..Sebab aku jana pendapatan lumayan dari berblog? Mmmm ramai lagi yang jana pendapatan lebih tinggi dari aku..
Kalau
korang rasa aku ini popular itu pun sebab masuk dalam Majalah InTrend Edisi Mei2012..kalau tak masuk? Konfem korang tak cakap aku ni popular kan? Lihat saja
Ben Ashaari yang seringkali dilihat dan kemudiannya dilamar Media Massa, TV,
Suratkhabar dan sebagainya..lebih popular dari aku..
Nak
kata aku ni otai dalam berblog? Mmmm tidak rasanya sebab lebih ramai lagi
blogger yang otai dari aku..Selain Ben Ashaari, blogger seperti HasrulHassan,
Eyriqazz, Yanmieonline dan Denaihati boleh dikatakan otai dalam dunia blog..lihat
saja pencapaian mereka..memang jauh kalau nak dibandingkan blog aku yang
setahun jagung ni..
Bermula
pada April 2011, blog ini kini berusia setahun dua bulan..masih terlalu awal
lagi untuk aku mendabik dada walhal ada lagi blogger lain yang lebih
hebat..Setahun yang lepas, aku bermula sebagai seorang yang kosong dari segi
ilmu pengetahuan dalam dunia blog dan kini aku masih lagi tercari-cari rentak
dalam berblog..masih memerlukan bantuan blogger-blogger lain dalam bidang
penulisan kreatif..
Walauapapun,
jutaan terima kasih buat semua pembaca yang menyokong blog ini selama ini.
Tahniah buat korang semua! Jangan anggap aku sudah popular walhal hanya
beberapa orang saja yang kenal aku tetapi berjuta lagi tak kenal siapa Kaki
Wayang..