Edisi Hangat! Blog Kaki Wayang Dalam Majalah InTrend Edisi Mei 2012!

Oleh Kaki Wayang on


Pertamanya, terima kasih diucapkan kepada Majalah InTrend Edisi Mei 2012 atas penghargaan yang diberikan tatkala Blog Kaki Wayang menjadi pilihan untuk menghiasi Segmen “Gaya Hidup: Klik dan Blog. Akhirnya blog ini menerima penghargaan dari pihak media massa. Sebenarnya bukan mudah untuk berjaya dalam dunia blog. Aku sendiri masih belum berjaya dalam dunia penulisan kreatif ini. 


Perkongsian ilmu dan informasi yang terdapat dalam blog ini memungkinkan aku untuk terus “berkarya”. Hamboih! Dah macam composer pula dah. Terima kasih juga kepada penulis segmen berkenaan En. Muzammin Muzlan yang begitu pandai mengolah kata agar blog aku kelihatan gah di sisi blog orang lain yang terpilih pada edisi kali ini.

Dalam dunia “blogging” yang penuh dengan cabaran ini, niche blog amat penting dalam usaha untuk menarik perhatian pembaca. Blog ini bermula dengan agak perlahan apabila dianggarkan hanya mencapai 100 pembaca setiap hari. Untuk pengetahuan para pembaca sekalian blog ini sudah setahun usianya pada April baru ini. Walaupun bermula agak perlahan dan kadangkala membuatkan aku rasa menyesal dan hampir berputus asa dalam dunia blogging ini. Namun keadaan berubah apabila artikel mengenai Arwah Rara Zikry menjadi pilihan pembaca pada ketika itu sehingga mencapai 45,000 tatapan pembaca dalam sehari. Keadaan dan situasi itulah yang menyebabkan aku ingin terus berkarya.

Ketika artikel ini ditulis, pageviews blog ini sudah mencapai hampir 1.5juta pembaca telah berkunjung ke blog ini. Satu pencapaian ajaib dan suatu yang mustahil aku rasakan untuk dicapai pada suatu masa dahulu. Namun tanggapan itu akhirnya berjaya ku gapai dengan usaha gigih yang aku lakukan agar blog ini diterima dan dikenali ramai pembaca.

Berbalik kepada Majalah InTrend, terima kasih diucapkan sekali lagi kepada pihak produksi, penyunting dan editor serta kepada semua yang terlibat (feeling macam dapat award OSCAR occay). Diharapkan dengan pemilihan ini mampu membawa blog ini ke peringkat yang lebih tinggi dalam dunia blogging ini.

Sedikit review mengenai “Blog Kaki Wayang Dalam Majalah InTrend Edisi Mei 2012". Sebenarnya aku masih belum lagi membaca majalah InTrend keluaran Mei ini secara rasmi. Berita kemasukan blog aku ini dalam majalah InTrend aku tahu melalui seorang rakan sepagar aku Mohd Khairi dan gambar yang aku amik ni pun adalah dari blog dia. Terima Kasih yer wahai Cerulean atas pemberitahuan tak rasmi ini. Aah kan, walaupun bahagian kecik je tapi aku tetapi bersyukur dengan penghargaan yang aku terima ini (**Sambil mengeluh..”alah keciknyer blog aku ditampal kat InTrend) orang lain semuanya mempunyai gambar besar-besar.

Aku sebenarnya tak tahu macam mana blog aku ini boleh masuk dalam senarai pilihan. Mohd. Khairi lainlah, sebab sebelum ni dia memang dah pernah masuk pun dalam Majalah InTrend (Korang pegi blog dia untuk tahu kisah selanjutnya) tapi aku ni, tak pernah pun hantar email diorang atau promosikan kat diorang. Nampak bebenor diorang ni pembaca setia blog aku..ke si Muzammin Muzlan ni peminat blog aku..perasan!..


Walaupun sedikit kecewa dengan cover yang dibuat oleh pihak InTrend untuk mengolah artikel dan teks review bagi blog aku namun aku tetap sayang korang laju-laju. Mungkin mereka ingin seimbangkan dengan entri-entri lucu yang pernah aku buat suatu masa dahulu..untuk pengetahuan korang, muka dalam artikel aku tu bukan aku ok..moteppp letak gambar mulut lebar macam tu..gambar itu merupakan gambar dalam salah satu artikel aku DI SINI!  Dan satu lagi artikel yang menjadi cover blog dalam Majalah InTrend adalah 5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat”.

Alamak, panjangnya entri ni..abaikan yer kalau ada TYPO sana sini..Terima kasih semua..entri khas akan menyusul selepas aku berjaya mendapatkan (membeli) majalah InTrend ini secara rasminya nanti..tunggu ya!!!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
23 Comments

{ 23 Komen Membina!... read them below or add one }

Emma said...

retis dah glamour =) boleh blanje makan ... ehhehe

Aziela said...

Err...nak tumpang glemer boleh..? Uisshh..bangganya akakk....

mR.nawza said...

TERBAIK!!!

Anonymous said...

bru baca hahahahhaa ... tu la lain kali letak mue sendiri bnyk2 bru kuar..pnat aku nk mengamati tu blog ko ke x hahahahaha... tp akhirnya dpt jgk hahaha

Anonymous said...

wohoo...tahniah2...

hazwan hairy said...

haaa tgk!! ko dpt msuk intrend kn..haha

Kaki Wayang said...

Belanja maka? volleh sajorkhhhh

Kaki Wayang said...

Silakan..nak tumpang kene bayar tambang tau...kui kui kui..

Kaki Wayang said...

Thanks..korang juga terbaek...

Kaki Wayang said...

Pagi tadi tergerak hati nak baca blog ko..ternyata berbaloi..masih tak cayer leh masuk majalah walaupun di sudut yg agak kecil..terasa kerdil pula apabila bergandingan dgn ko dan rakan-rakan blogger yg lain...

Kaki Wayang said...

Sama-sama..tak lama lagi giliran korang pula..

Kaki Wayang said...

Lainlah ko..masuk Majalah Remaja lagi...

eqbalzack said...

Tahniah! Abg eq dah masuk dah InTrend tu tahun lepas. sekali dengan ben ashaari...
Teruskan usaha utk tingkatkan mutu entry...

Kaki Wayang said...

Tetiba blogger retis EQ mengomen...Thanks Abg EQ..

Alyza Fisol said...

wahhh...tahniah...teruskan berkarya... :)

Kaki Wayang said...

Tetiba blogger retis AlyaFizol juga datang mengomen...

Anonymous said...

huu akhmdulilah , nsib baik ko singghh blog aku hahaa..xpyh nk ngade2 kerdil, aku punya sama saiz ngan ko..hahah

Kaki Wayang said...

Tapi aku kalah tahap keretisan..ko lagi retis...

Syafiq Ahadin said...

Phewwww.... congrates!!! hahahaha! :P

Kaki Wayang said...

Tetiba blogger retis mengomen jugak...

RamRamCute said...

Tahniah Azri...berkat usaha dan comitment yang membuahkan hasil..teruskan berkarya dan sukses selalu ye ;)

Kaki Wayang said...

Terima kasih atas sokongan yang diberikan...

Anonymous said...

mcm mane ko tau yg ko kalah? :P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...