Edisi Terkini! Susulan Kes Khalwat Pelakon: Beego Mengaku Tidak Bersalah - Ikuti Kupasan Kes!

Oleh Kaki Wayang on


Pelakon dan penyanyi, Beego mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam, terhadap tuduhan berkhalwat di sebuah rumah, Febuari tahun lalu.

Selain Beego atau nama sebenarnya, Md Aszerul Nizam Abdullah, 32, dua lagi rakan lelakinya, Fikry Zainon dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan menjelaskan mereka didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat.

Pada prosiding itu, dua rakan wanita mereka, Azlina Yazit @ Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhar masing-masing berusia awal 30-an mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang sama. Mahkamah mengarahkan Azlina dan Hadijah didenda RM3,000 atau tiga bulan penjara. Kedua-dua wanita tersebut kemudian membayar denda berkenaan.

Berdasarkan  fakta kes, kesemua mereka ditahan sekumpulan Pegawai Penguat kuasa Agama Islam Selangor di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang di sini, jam 6 pagi pada 23 Februari 2011. Mahkamah kemudian menetapkan 26 Jun 2012 untuk perbicaraan Beego bersama dua rakan lelakinya itu.

Beego yang pernah menganggotai kumpulan Phyne Ballerz mendirikan rumah tangga dengan Intan Shahira Mohd Shahrul Bahari pada 28 Disember 2007. Perkahwinan mereka berakhir 16 Mac 2009 selepas Beego sah melafazkan cerai talak satu terhadap Intan Shahira.

Sumber lain

Tiga tahun menyepi selepas kontroversi perceraian di mahkamah, penyanyi dan pelakon Beego (gambar) sekali lagi mengejutkan khalayak dengan kes tuduhan berkhalwat yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.

Beego yang dikenali menerusi sitkom Puteri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Kes itu dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal.

Menurut beliau, selain Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszarul Nizam Abdullah, 32, turut membuat pengakuan serupa ialah dua rakannya, Fikry Zainon dan Mohd. Arsli Meor Atan Ahmad masing-masing berusia 20-an dan bekerja di sektor swasta.

Mereka bertiga dituduh berkhalwat dengan dua orang wanita iaitu Azlina Yazit @ Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhtar di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang dekat sini pada pukul 6 pagi, 23 Februari 2011.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

RamRamCute said...

macam-macam kes...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...