Edisi Panas! Pelakon Beego Pula Ditangkap Khalwat - Serius Sentap!

Oleh Kaki Wayang on


Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 32 mengaku tidak bersalah dengan tangkapan dan tuduhan khalwat ke atasnya. Penafian itu telah direkodkan dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, Selasa lalu.

Apa yang berlaku 23 Februari tahun lalu, Beego bersama dua rakan lelaki dan dua kenalan wanita mereka telah ditahan sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama kira-kira pukul 6 pagi di sebuah rumah di Kondominium Okleaf Park, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Sebelum ini mereka telah gagal untuk perbicaraan pada 10 April lalu dan cuma hadir apabila mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.

Apa yang berlaku, dua lagi rakan lelaki Beego iaitu Fikry Zainun dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad turut tidak mengaku. Tetapi dua lagi kenalan wanita mereka mengaku bersalah dan telah dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara. Kedua-dua wanita tersebut telah membayar denda tersebut. Oleh

Oleh itu, mahkamah telah menetapkan 26 Jun 2012 untuk perbicaraan Beego bersama dua rakan lelakinya itu.

P/s: Tetiba terbaca kat OhArtis.Com mengenai kes ini..tak de guruh, tak de petir tetiba Beego terlibat dengan KES KHALWAT..Ntah betul ntah tidak..setakat ni memang tak percaya lagi...

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Kyra said...

hehe biase laa..gossip..

p/s : sorry ye, tlmbt update. tpi kyra dh letak dlm blglist :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...