Edisi Panas! Nizar Mohon Maaf, Susulan Kes Hasutan Nizar Terhadap Sultan Johor - Ikuti Kupasan Penuh!

Oleh Kaki Wayang on


“Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000. Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.

P/s: Psssst..siapa nak komen pasal Yang Dipertuan Agong bid Plate Number? Ada berani tak? Huk huk huk..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

Unknown said...

kalau dah mohon maaf..oklah tu

adarain said...

nak nasihat pun serba salah....hmmmmm....
papepun, zaman skrang ramai rakyat dah pandai menilai...pk la sndiri.
bila sbut kerajaan, kebanyakkan duit adalah duit daripada rakyat jugak..x kemana jugak.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...