Edisi Hangat! Saiful Apek Dedah Sikap Buruk Syarikat Produksi - Ikuti Kupasannya!

Oleh Kaki Wayang on


Pelawak Saiful Apek bersama artis dan krew filem akan mengadakan satu sidang media khas pada Selasa (esok) bagi mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab sebuah syarikat produksi yang dikatakan telah menganiaya mereka.

Ia akan diadakan pada pukul 3 petang di sebuah restoran di Subang Avenue, Subang Jaya, dekat sini.

Gitu-Gitu Production dalam satu e-mel yang dikirimkan kepada mStar Online di sini, Isnin memberitahu, dalam sidang media itu nanti Apek dan mereka yang terlibat akan mengumpul petisyen terhadap syarikat berkenaan.

“Saya berharap pihak media dapat hadir untuk menjawab beberapa isu termasuklah mengumpul petisyen daripada pekerja belakang tabir, artis dan krew yang pernah mempunyai masalah atau teraniaya oleh sebuah syarikat produksi,” kata jemputan itu.

Sebelum ini Apek melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap penerbit filem David Teo apabila pemilik Metrowealth Movie Production (MMP) itu dikatakan menghina Allahyarham Bob Kuman dengan menyifatkan arwah seperti “peminta sedekah”.

Dalam masa yang sama Apek juga dalam Facebook miliknya turut mendedahkan David pernah berhutang apabila tidak membayar upah kepada pelakon dan pekerja filem yang terlibat di bawah syarikat MMP sebelum ini.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...