Edisi Sentap! Budak Lapan Tahun Pandu BMW - Serius Sentap!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya di sini kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, wanita berkenaan berkata, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dulu sebelum menunggunya memasuki kereta. Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam.

Pihak berkuasa menyatakan, kerosakan pada rumah berkenaan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390).

Menurut pasukan bomba, budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya cedera ringan dalam insiden itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...