Edisi Hangat! Setelah Setahun Berblog..Apa Yang Kaki Wayang Dah Capai?

Oleh Kaki Wayang on


“Alaa ko memang laa blogger lama dan dah terror selok belok dan cilok mencilok dalam dunia blog ni”..Hello, aku baru setahun berblog ok..baru 4,000 post yang mampu aku buat setakat ni..follower pun tak sampai seribu lagi..


Bukan senang nak capai sepertimana yang telah aku gapai sekarang..nak kata aku femes..ramai lagi yang tak kenal aku..aku tidak mengejar kepopularan mahupun keretisan tahap gaban..tetapi aku mahu sampaikan informasi untuk para pembaca dalam apa jua bidang dan judul yang aku rasakan perlu untuk dikongsikan.

Blog ini bermula pada April 2011 dan sekarang dah Mei 2012..kira dah setahun sebulan dah aku berblog..apa yang aku capai? Kepuasan dalam diri yang menyebabkan aku begitu ketagih untuk berblog..bila kita melihat berpuluh-puluh orang ONLINE dalam blog kita sudah tentu kita merasa bangga akan pencapaian itu..pertama kali ketika mana blog ini mula mendapat tempat dihati pembaca seramai 28 orang online untuk membaca artikel diblog ini..

Hati hanya Allah SWT dan aku sahaja yang tahu akan kegembiraan itu..rasa macam menang piala dunia tahap 7 petala langit..agaknya begitulah kegembiraan aku..dari 28 orang online kadang-kadang menjengah sampai 295 orang yang online dalam satu-satu masa..hati berbunga-bunga apabila melihat statistic sebanyak 400,000-500,000 pageviews dicapai dalam masa sebulan..hevat kan?? Sila muntahijo ok..dan baru kejap tadi dapat khabar berita yang blog Kaki Wayang dimasukkan dalam pilihan blog dalam Majalah In-Trend Edisi Mei 2012..hevattt tak? Sila lempang Kaki Wayang laju-laju k..

Kalau dulu, post artikel pun main bedal je..sekarang dah tahu apa yang perlu dan tidak untuk dijadikan entri..so, apa yang korang dah capai setakat ini? Sila kongsikan..

Bersambung...!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

Emma said...

meh nak lempang lelaju..

RamRamCute said...

wahhh!! Hebatt tak henggat!! Tahniah Azri. Gigih dan sabar serta mempelbagaikan entri berjaya membuahkan hasil dan menarik minat para pembaca dan blogger baru dan lama di luar sana selain tidak kedekut ilmu sudi memberikan tunjuk ajar pada bloggger baru dan lama seperti akak ni..semoga awak maju dan terus maju lagi sambil memberikan tips-tips untuk terus kekal dalam dunia blogging ini. TAHNIAH!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...