Edisi Sengal! Promosi Arak Memalukan Islam!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Mmmm tak lama lagi seluruh umat Islam akan menghadapi bulan yang paling dirindui oleh orang-orang beriman yakni bulan puasa. Namun terdapat segelintir masyarakat yang memandang enteng akan perkara ini..malah mengambil kesempatan dalam kesempitan.
 
Lihat saja gambar di atas, bulan Ramadhan dijadikan bahan untuk mempromosi arak yang terang-terangan arak itu HARAM dalam Islam..Sebagai negara Islam, rasanya Malaysia sudah seharusnya mengawal pengeluaran arak ini. Paling tidak pun tutup terus kilang-kilang membuat arak kat Malaysia..konfem negara Malaysia akan menjadi sebuah negara Islam yang berjaya..

Kerana nak kaya dan untung lebih..kesannya macam inilah..orang bukan Islam (ntah-ntah orang Islam sendiri) sanggup menggunakan Islam sebagai satu medan kaut keuntungan secara haram! Hentikan penjualan arak di Malaysia!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment